Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, October 30, 2018

Kenangan Mengamit Memori

Kadang kadang rindu juga masa zaman muda mudi belasan dan masa umur 20an...macam macam kenangan pahit manis berlaku, tak lupa juga aktiviti aktiviti seperti bermain muzik dengan band di mini mini konsert sampai kena tahan polis, kerja di kapal balik hari, menjadi housekeping di berberapa hotel di Melaka dan yang paling rare..kerja sebagai pemancing ikan di hotel di bawah unit Recreation Park..di sebuah hotel atas air...paling penat bila kena menyelam cuci tingkap bistro yang terletak bawah air....setiap hari akan dapat pesanan dari supervisor yang unit banquet (dapur masak) memerlukan berpuluh ekor ikan pelbagai jenis untuk masakan tetamu di sebelah malam...nak dapat seekor ikan pun ambil masa.......memang tekanan, tapi dalam masa yang sama seronok..

Baru baru ini, kawan kawan band lama ajak reunion semula dan kebetulan ada satu persembahan di Kuala Lumpur...erm faham faham lah, kalau dah ada persembahan mengikut tema rock....so kenalah dress up macam macam rock n roll. Anak anak pun runsing dengan bapa nya yang kelihatan pelik bila  mengenakan pakaian yang bukan seperti kebiasaan yang di pakai hari hari...haha.

Monday, October 22, 2018

Cara Mudah Download Video Dari Facebook

Kadang kadang kita ada terlihat video yang lucu dan nak download, tapi tak tahu macamana nak download video dari facebook kan ? terpaksalah mencari keyword di youtube semata mata nak dapatkan video yang di kehendaki, agak membuang masa di situ....nah, kini korang tak perlu risau, ada penyelesainnya dengan save net. Jom cuba Cara Mudah Download Video Dari Facebook

Aku ada post sebelum ini berkenaan muat turun video terus dari youtube..menggunakan platform yang sama, cuma tutorial ini, direct terus dari youtube. Boleh klik disini

Tapi, bagaimana jika nak download video dalam facebook ? sangat mudah caranya...boleh ikut step by step di bawah ini, 

Bengkel Adobe Photoshop

Atas permintaan ramai, aku akan membuat bengkel Adobe Photoshop, tarikh nya akan di tetapkan pada waktu yang sesuai, cuma nak tengok penyertaan dahulu, cukup 10 orang at least, dah boleh jalan kelas, kadar bayaran nya ? sangat murah dan berbaloi, serius beb, sebab kali ini, latihan akan fokus pada kluster perniagaan ? Kenapa pula perniagaan ? Maksud nya, dengan menyertai bengkel ini...peserta boleh menjana pendapatan sampingan..seperti menghasilkan web animasi (iklan),  poster, banner, bunting dan sebagainya...serius memang berbaloi.

Jika berminat boleh hubungi aku secara whats app atau boleh hubungi secara terus di 016 6474201, anda akan di masukkan ke dalam group whats app kelas photoshop pada kali ini. https://wasap.com/60166474201/kelasphotoshop

jomsimpanan

Bayaran hanya serendah RM 50.00. Di dalam kelas ini, anda akan di ajar secara hands on....dan boleh bertanya sebarang soalan yang berkaitan dengan rekabentuk. Memang berbaloi...jom belajar dan jana pendapatan...

Tuesday, October 02, 2018

Mati Sakit Tua

Gun N Roses datang malaysia bulan ini ? Wow.....terbaik, rasanya ini kali kedua mereka datang ke negara kita...sempena jelajah not in this lifetime tour..haha, kali pertama tu nak pergi juga, sebab memang minat band ini...tapi, tak dapat pergi sebab tuntutan kerja lebih penting....kali kedua? apa lagi alasan hah..? mungkin lepas ini tak jumpa lagi mereka, samaada mereka mati sakit tua atau sebab mati penyakit berjangkit...ermm.....! Nama pun not in this lifetime kan ? 

Memang nak pergi tengok secara dekat mereka live, asyik dengar kat kaset dan CD je, nak juga tengok mereka live... tapi bila fikir, banyak lagi benda yang perlu dibayar...ada lah lebih baik, aku tengok mereka di you tube je, Mahal sangat wei...haha. Tengok di youtube pun sama je kan ? (Ayat nak sedapkan hati). 

Pernah berhenti hisap rokok, tapi bila tengok idola slash main gitar sambil hisap rokok, terus hisap balik rokok sampai sekarang....! lagu yang paling minat sampai sekarang dengar ialah november rain, rocket queen, mr brownstone, nightrain.....fuh! terbaik.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi