Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, October 30, 2018

Kenangan Mengamit Memori

Kadang kadang rindu juga masa zaman muda mudi belasan dan masa umur 20an...macam macam kenangan pahit manis berlaku, tak lupa juga aktiviti aktiviti seperti bermain muzik dengan band di mini mini konsert sampai kena tahan polis, kerja di kapal balik hari, menjadi housekeping di berberapa hotel di Melaka dan yang paling rare..kerja sebagai pemancing ikan di hotel di bawah unit Recreation Park..di sebuah hotel atas air...paling penat bila kena menyelam cuci tingkap bistro yang terletak bawah air....setiap hari akan dapat pesanan dari supervisor yang unit banquet (dapur masak) memerlukan berpuluh ekor ikan pelbagai jenis untuk masakan tetamu di sebelah malam...nak dapat seekor ikan pun ambil masa.......memang tekanan, tapi dalam masa yang sama seronok..

Baru baru ini, kawan kawan band lama ajak reunion semula dan kebetulan ada satu persembahan di Kuala Lumpur...erm faham faham lah, kalau dah ada persembahan mengikut tema rock....so kenalah dress up macam macam rock n roll. Anak anak pun runsing dengan bapa nya yang kelihatan pelik bila  mengenakan pakaian yang bukan seperti kebiasaan yang di pakai hari hari...haha.

Apa pun, kenangan dulu tetap menjadi kenangan, biarlah berlalu, kalau boleh pergilah jauh jauh...kalau nak di ceritakan pada anak anak, lebih banyak sisi gelap dari yang baik baik. Lebih manis kalau pendam di dalam hati sahaja....haha. Sometime kita perlu reward diri kita dengan relax dari kesibukan kerja dan pelbagai masalah masalah lain...itu sebab, orang seronok dan pelik bila bersembang dengan aku....katanya semuanya hal aku boleh 'masuk' layan....bab memasak, bab memancing, bab muzik, bab sukan, bab pendidikan, bab ict...haha.....memang kelakar...itulah masa muda muda 20an...banyak juga aktiviti yang di lakukan masa tu. YANG PALING BEST, masa tu, takde gajet gajet smartphone ni semua....paling canggih masa tu pun game snake dan nokia butterfly. Agaknya tu yang menyebabkan banyak masa dan aktiviti lapang masa tu....

Permainan wajib masa tu...bola tepuk! peh memang best betul permainan ni......boleh baca artikel pasal permainan bola tepuk di sini . Kenangan Mengamit Memori . 

5 comments:

  1. zaman muda mudi mmg jenis segala benda nak try ye dak amar? hehehe tp haah rindu zaman takde gadget dulu2 sbb terasa lebih aura seronok tu compared to zaman skrg ni.

    ReplyDelete
  2. Asdalam singgah sini tertarik nak baca kenangan lama..zaman remaja pasti dalam kenangan

    ReplyDelete
  3. Oh! ingatkan bola tepuk tu apa hahaha...
    Eh! Mrs. A pun pernah main gak permainan ni
    Players tu biasanya buat dari kotak rokok, bola dia pulak dari kertas timah dalam kotak rokok tu

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi