Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, October 30, 2018

Kenangan Mengamit Memori

Kadang kadang rindu juga masa zaman muda mudi belasan dan masa umur 20an...macam macam kenangan pahit manis berlaku, tak lupa juga aktiviti aktiviti seperti bermain muzik dengan band di mini mini konsert sampai kena tahan polis, kerja di kapal balik hari, menjadi housekeping di berberapa hotel di Melaka dan yang paling rare..kerja sebagai pemancing ikan di hotel di bawah unit Recreation Park..di sebuah hotel atas air...paling penat bila kena menyelam cuci tingkap bistro yang terletak bawah air....setiap hari akan dapat pesanan dari supervisor yang unit banquet (dapur masak) memerlukan berpuluh ekor ikan pelbagai jenis untuk masakan tetamu di sebelah malam...nak dapat seekor ikan pun ambil masa.......memang tekanan, tapi dalam masa yang sama seronok..

Baru baru ini, kawan kawan band lama ajak reunion semula dan kebetulan ada satu persembahan di Kuala Lumpur...erm faham faham lah, kalau dah ada persembahan mengikut tema rock....so kenalah dress up macam macam rock n roll. Anak anak pun runsing dengan bapa nya yang kelihatan pelik bila  mengenakan pakaian yang bukan seperti kebiasaan yang di pakai hari hari...haha.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi