Sebelum berumah tangga boleh dikatakan memang setiap hari kami berjumpa, yelah duduk serumah dengan ibu bapa kan, Kini, masing masing ada kehidupan tersendiri, masing masing sibuk dengan tugas dan komitmen pada keluarga, nasib baik ada group whats app, boleh la hubungi tanya khabar dan video call adik beradik sekali sekala. 

Ermm, yang sedihnya, baru dapat tahu yang Adik Bongsu Kemalangan Jalan Raya pada dua hari yang lepas di Simpang empat MITC Ayer Keroh, Melaka.Kemalangan berlaku di awal pagi sekitar jam 6.30 pagi ketika dia hendak ke tempat kerja, Sebanyak lapan (8) buah kenderaan terlibat di dalam kemalangan ini. Kemalangan memang tidak berbau, tidak dijangka. Adik bongsu ini dia pendiam sedikit, manja dan rapat dengan emak dan ayah, semua benda nak berahsia, sampai hal kecemasan begini pun susah nak beritahu, walaupun pada adik beradik sendiri, alasan sebab tak nak menyusahkan, maklumlah, mulut abang ini kesat sedikit, orang melaka kan, dalam kasar bahasa, tetap sayang adik beradiknya, atleast beritahu lah kan..

Dapat tahu berita kemalangan adik bongsu ini dari emak, terkejut juga bila dengar berita ini, maklumlah adik bongsu ini akan berkahwin pada tahun ini, darah manis katanya. Ada sahaja dugaan yang menimpa kalau tak jaga diri dan lalai.

Adik Bongsu Kemalangan Jalan Raya

Kenapa lah tak hubungi adik beradik yang lain pada masa tu? Patutlah rasa tak sedap hati, Nasib baik dia tiada kecederaan serius atau kritikal, cuma tangan je calar sedikit dan trauma, tapi kereta remuk teruk. Allah lindung. Katanya, semasa memandu, tiba tiba nampak gelap je di depan, langsung tak nampak apa apa semasa memandu, ternampak pula 'lintasan' dan ada seekor babi tiba tiba melintas. Hurm, mana satu yang betul lah ni, Entah ye entah tidak, biarlah pihak polis yang siasat, mujur semua yang terlibat di dalam kemalangan itu tiada apa apa kecederaan serius atau kemalangan jiwa berlaku.

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. syukur la tiada apa-apa yang buruk berlaku..

    kalau la kereta remuk..tak pe.

    boleh repair lagi

    BalasHapus
  2. innalillah.. mujur takde kecederaan serius.. anak bongsu selalunya independant

    BalasHapus
  3. Syukur tak ada apa2..semoga lepas ni lebih berhati2

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.