Alhamdulillah, hadiah misteri sempena menang Segmen Ucapan Buat Frontliner Covid-19 telah pun selamat tiba di rumah saya pada minggu lepas, terima kasih kepada penganjur segmen Giveaway ini, hadiah misteri itu ialah merupakan sebuah beg sandang portable lengkap dengan kabel gajet yang sesuai dipakai untuk aktiviti riadah seperti jogging dan sebagainya. Memang sangat sesuai dengan kondisi bapa yang mempunyai lima anak seperti saya ini, setiap kali keluar, mesti bawa macam macam barang sampai penuh poket seluar,  dengan adanya beg sandang ini, lepas ni kalau keluar beriadah seperti melihat angsa berenang di tasik sambil melihat matahari terbenam ataupun keluar jogging boleh lah pakai beg sandang ini. 

Keceriaan itu lebih berganda apabila mendapat panggilan peperiksaan SPA secara atas talian yang berlangsung pada awal julai 2020. Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT. Mohon korang doakan saya agar di permudahkan dan diterangkan hati semasa menjawab peperiksaan nanti, Secara jujurnya, memang lemah bab teori ni, kerana sebagai orang teknikal lebih kepada praktikal, kalau nak jawab ikut buku, memang alamatnya ke laut china selatan la hihi, kalau menjadi panel penemuduga khususnya di bahagian teknologi maklumat, lebih gemar beri laptop dan minta pemohon kerja, bangunkan laman web atau buat design secara hands on terus, bergantung pada position kerja yang di mohon.

Hadiah Misteri Menang Segmen Ucapan Buat Frontliners Covid19
Hadiah Misteri
Mengikut pengalaman saya sepanjang lebih 10 tahun bekerja, kalau faham teori tak semestinya di bahagian teknikal dia bagus, itu mengikut pemahaman saya lah. Saya pernah juga membuat berbeapa soalan peperiksaan untuk fasa temuduga di mana ada dua set soalan iaitu objektif dan praktikal, ramai tidak berjaya menjawab secara praktikal, Buat masa ini cukuplah saya kongsikan kepada korang semua berkenaan dua (2) perkara gembira ini 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar