Bosan juga bila buka je media sosial je asyik kisah politik yang tak habis habis, politik kebencian dan kenyataan yang tak berpijak di bumi yang nyata, semua orang berkongsi berita yang tak penting dalam masa yang sama telah jauh meninggalkan ilmu yang berguna seperti technology update dan ICT dan boleh membuatkan terhakis nilai nilai dan akhlak (moral) pengguna media sosial itu sendiri. Rata rata orang seronok mencerca dan memaki semasa sendiri bermotifkan dendam politik.

Bangsa kita terutamanya terlalu fokus pada politik dan jawatan sedangkan kekayaan ilmu itu sendiri semakin jauh ketinggalan, tidak salah dalam berpolitik, kalau mahu berpolitik biarlah cukup ilmu di dada agar dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing masing. Janganlah seperti melepaskan batuk di tangga, bila dah dapat kuasa, banyak pula alasan, cakap pun tak serupa bikin.

Lumrah seorang manusia, semua mahu tunjuk hero untuk memperlihatkan siapa yang lebih bagus, mula lah dengar cerita baru muncul, hilang, dan keluar gua, lompat sana sini, Sedangkan pada hakikatnya, politik itu sendiri budayanya bersifat jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, pegang lah kata kata ini, Niat yang baik, membawa kepada pengakhiran yang baik. Jangan memilih milih dalam memberi bantuan, kalau masih lagi memilih milih penerima, tolong jangan cerita pasal jaga rakyat, itu bukan jaga rakyat, itu jaga kroni. Setuju atau tidak dengan kenyataan saya ?

Niat Yang Baik Membawa Pengakhiran Yang Baik

Berpolitik itu tidak salah, asalkan saling hormat dan menghormati dan jaga hakiki jawatan itu sendiri (bagi yang sudah ada kerja tetap), kalau rakyat di cawangan pun tidak mampu nak jaga, still dependend on someone to growth up your career, janganlah cerita pasal pengorbanan 22 bulan, bulan dan bintang bagai, kerana dalam tempoh itu, semua duduk diam diam tak buat apa melainkan menumpang isu isu yang sengaja di besar besarkan dan mengambil kesempatan dari kesilapan yang di lakukan oleh parti lawan kerana kekurangan ilmu pengetahuan.
 
Apa yang bermain di minda belia pun tidak boleh nak faham, elok lepaskan jawatan tu, beri lah pada yang lebih layak. Berpolitik bukan hanya sekadar suka suka, kaya kan poket sendiri dan syok sendiri. Kena faham apa yang rakyat mahukan untuk tambah nilai. Niat yang baik, membawa kepada pengakhiran yang baik. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.