Assalamualaikum kepada semua , maaf kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga kan tidak terkejar langsung untuk melihat blog ini apetah lagi mengemaskini blog yang suram ini, walau macam mana pun, tetap bersyukur bila trafik blog semakin meningkat naik berbeza dari kebiasaan, Alhamdulillah. Kenapa trafik blog tiba tiba meningkat? 

Rasa lemah badan sebenarnya nak menulis di blog, salah satu sebabnya apabila url blog kena banned . Memang pelik dan sedih jugalah, nak promosi kan artikel di facebook tidak di benarkan. 

Ok jom kita terus ke topik utama iaitu Punca Kenaikan Trafik Blog Yang Tinggi? salah satu puncanya ialah url link blog ini tidak lagi di sekat oleh facebook, hampir lebih kurang lapan (8) bulan lamanya kena banned dan masuk penjara, tempoh sekatan kali kedua ini berbeza dengan tempoh sekatan yang pertama. Tidak pasti apa sebab url blog ini di sekat, mungkin terlalu sensitif ataupun berdasarkan pada aduan (report) angkara khianat dari rakan rakan di facebook, mereka membuat laporan terhadap blog saya sebagai abussive content. Korang boleh lihat di Sini

Punca kenaikan trafik yang tinggi di blog

Tanda tanda URL blog tidak lagi di sekat, apabila berjaya meletakkan URL blog di instagram, memang gembira dan macam tidak percaya lah, ada juga cuba tulis url link blog kemudian padam semula, selepas itu cuba masuk balik lepas tu dan simpan, Fuh, boleh. tak keluar pun pop-up community standards.

Jauh di sudut hati ini perasaan trauma pula bila nak publish link blog di media sosial seperti facebook, risau pisang berbuah untuk kali ketiga, nasihat saya, kalau rasa meluat dan semak dengan kandungan di dalam blog ini, janganlah sampai membuat report dengan alasan yang bukan bukan, niat saya untuk menyampaikan maklumat yang baik baik berkaitan komputer dan teknologi, jika ada di antara rakan rakan yang sakit hati dengan artikel saya, sila lah unfriend atau unfollow saya dari media sosial. Artikel saya tidak memburuk burukkan sesiapa pun.

Punca kenaikan trafik yang tinggi di blog

Terus bersemangat untuk menulis apabila trafik blog semakin menunjuk trend menaik, alhamdulillah. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca. Amin 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar