Bukan senang hendak menjadi seorang pemimpin, menjadi seorang pemimpin itu bukan sahaja di peringkat tertinggi di dalam suatu organisasi, malah di peringkat jawatankuasa samaada akar umbi yang di pilih juga adalah pemimpin dan bakal memimpin. Apabila di lantik, jalankanlah tanggungjawab dengan bersungguh sungguh dan dengan apa cara sekalipun, dan apa yang mendekatkan diri seorang pemimpin dengan  rakyat? Ubah persepsi dan stigma negatif masyarakat terhadap kepimpinan yang terdahulu. Tahun milennium ini memang sangat mudah untuk berhubung, boleh guna saluran media sosial dan internetyang mampu menghubungkan dekat dengan jauh, menyebarkan maklumat maklumat penting yang berguna. Sebagai pemimpin, apa ciri ciri yang perlu ada di dalam jiwa seorang pemimpin? Sudah pasti bijak menyelesaikan masalah, berfikiran terbuka, memudahkan cara, dan tidak sombong.

Bekerja lah seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan seperti pujian, wang ringgit dan sebagainya, Insya Allah, jika permulaan yang baik sudah pasti Allah akan memberikan pengakhiran yang baik, sebagai pemimpin atau di peringkat akar umbi, jadilah pemimpin yang memudah cara yang memudahkan proses orang awam, janganlah terlalu mencari salah pihak lawan kerana itu budaya politik lama yang membuatkan orang ramai semakin bosan. Saya pernah berada di dalam politik ini dari tahun 2006 sehingga 2013, niat saya pada ketika itu adalah memudah-cara dan nak mengeratkan silaturrahim bersama orang kampung dengan mengadakan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan memancing tertutup, pertandingan sepak takraw, program keagamaan seperti cara menguruskan jenazah dan kematian, serta program penyembelihan ayam mengikut hukum syarak.

Yang paling seronok sekali adalah, mengumpulkan semua penduduk kampung yang menganggur (tiada pekerjaan) dan memberikan info peluang pekerjaan mereka sesuai dengan kelayakan mereka, dan Alhamdulillah, hampir kesemuanya, telah pun mempunyai pekerjaan dan sudah berkeluarga. Itulah matlamat saya sebagai pemimpin kecil pada waktu itu.

Bukan Senang Hendak Menjadi Pemimpin

Contohilah Saidina Umar yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya. Beliau turun ke jalan di Madinah serta kampung sekitar pada waktu malam hanya untuk melihat keadaan hal ehwal rakyat. Kisah beliau memikul guni gandum dan memasak makanan untuk rakyat miskin memang semua kita maklum. Pemimpin hebat masa kini juga perlu bersikap prihatin seperti Umar. Kesejahteraan semua golongan masyarakat perlu diberi keutamaan. Saidina Umar sendiri turun melihat rakyatnya yang miskin dan tersentuh hati melihat penderitaan rakyatnya sedangkan Dia sendiri dalam keadaan yang selesa. 

Jadi lah pemimpin yang memudahcara jika pemimpin itu tidak bijak dan pandai sekalipun, haha, sekurang-kurangnya dapat membimbing ke arah yang lebih baik. senang ke nak jadi pemimpin? Bila pertandingan pemilihan, semua berebut rebut nak jawatan? hakikatnya selepas itu, duduk diam membisu dan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Kalau rasa tak mampu, eloklah lepaskan jawatan di dalam politik, tidak semudah yang di sangka. Semalam ternampak posting dari pemimpin popular ahli politik yang tersohor dan boleh la di anggap legend (hal peribadi dan perangai dia, saya tidak campur dan tak nak ambil tahu), apa yang saya lihat, orang tua ni, dia menggunakan saluran yang tepat di masa sekarang iaitu ICT. Inisiatif orang tua ini yang terbaiknya, dia buat satu laman web dan google forms untuk memudahcara orang awam di kawasan tadbiran dia untuk mendapatkan bantuan dari segi makanan dan sebagainya. Power tak? Syabas atas inisiatif ini.  

Di dalam situasi pandemik Covid-19, kita di sarankan agar mengamalkan budaya norma yang baharu, sedangkan ilmu dan corak pemimpinan tidak pernah di tambahbaik mengikut arus perdana.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. jadi ketua atau pemimpin ni banyak tanggunjawab yang harus dipikul

    BalasHapus
  2. betul tu Amar. jadi pemimpin yang utama perlu amanah tunai tanggungjawab.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.