Keadaan Kes Pandemik Covid-19 semakin menunjuk peningkatan yang terlalu agresif , semua orang mulai panik sehinggakan hampir kesemua negeri telah diumum perintah kawalan pergerakan (PKP) kembali, apabila di dalam tempoh PKP, segala aktiviti pergerakan akan terbatas. Memang menyedihkan, tapi apa yang harus di perkatakan lagi, di sebabkan kealpaan segelintir manusia, yang lain turut mendapat tempiasnya. 

Situasi membimbangkan ini, sudah pasti menyedarkan rakyat yang mula berdisiplin dan mematuhi SOP yang di tetapkan, jika peningkatan berterusan, adakah kawalan pergerakan di Melaka akan di lanjutkan? boleh lihat kenyataan dari Exco Kesihatan Negeri Melaka dari YB Datuk di SINI . Hanya 30% sahaja yang di benarkan bekerja di dalam sesebuah organisasi. Seronok juga bekerja dari rumah kan? Sekurang kurangnya dalam langkah berjaga jaga kuarantin diri di rumah, dapat lah kita menjimatkan wang dan masa, cuma yang tak best nya, kalau meeting online ni (atas talian) tiada makan, haha, biasanya setiap kali meeting bersemuka, dapat makan nasi atau mee goreng telur. Haha

Meeting Online Di Waktu Perintah Kawalan Pergerakan

Syabas kepada mereka yang memahami situasi apabila berada di dalam keadaan yang sangat membimbangkan ini, mereka mengambil inisiatif untuk melaksanakan mesyuarat secara atas talian (online). Sejak PKP di umumkan di Negeri Melaka, hampir setiap hari siang dan malam, ada mesyuarat online. Haha, bersama kita putuskan rantaian covid ini serta merta, bukan sepenuhnya, tapi sekurang kurangnya, bilangan jangkitan di harapkan berkurang dari hari ke hari.

Nasihat saya kepada ketua organisasi, jika ingin mengadakan mesyuarat, di sarankan buat lah secara maya di atas talian (Online), gunakan teknologi apabila berada di dalam tempoh yang kritikal khususnya membabitkan kesihatan dan nyawa. Pengisian sama, cuma cara dan kaedah mesyuarat berbeza, kalau buat meeting secara bersemuka (face to face) hanya sekadar membincangkan laporan aktiviti dan ucapan aluan supaya sentiasa jaga kebersihan diri dan kesihatan, lebih elok lah buat secara maya. Jadi lah manusia yang celik akal fikiran, sentiasa positif dan tidak mementingkan diri sendiri. Banyak saluran aplikasi boleh di gunakan untuk membuat mesyuarat secara maya (Online) salah satunya dengan menggunakan Aplikasi Zoom ataupun Google Meet. 

Pekerja pun ada keluarga nak beri rezeki bagi anak anak dan isteri makan, kasihan anak anak di rumah, janganlah bawa pulang penyakit ke rumah. Jangan paksa pekerja untuk hadir secara tiba tiba ke organisasi, belajarlah bertolenrasi, di dalam tempoh Covid-19 kan? janganlah pandang remeh, Bersama lah kita kuarantin kan diri di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.