Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, maaf kerana lama betul saya tidak memgemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan kelas pembelajaran komputer dan dalam masa yang sama masih belajar sesuatu yang baru seiring dengan arus perdana masa kini. Banyak juga sebenarnya yang saya tidak tahu, betul lah cakap para cendekiawan yang mana semakin banyak kita belajar dan tahu, maka semakin banyak yang kita tidak tahu.

Dalam kesibukan mengajar pembelajaran komputer di sekitar Negeri Melaka, saya sebenarnya tengah bereksperimen dengan aplikasi yang sangat terkenal di kalangan anak muda masa kini iaitu Tiktok, memang terbaik dan lebih banyak manfaat sebenarnya, yang mana  kandungan video yang tidak elok di pandangan mata, tinggalkanlah, dan content yang bermanfaat pula, bolehlah di jadikan iktibar dan pedoman. Kepada korang yang mempunyai akaun tiktok boleh lah follow akaun saya di SINI . Kalau korang follow saya, sudah pasti saya akan follow back anda kembali.

Sepanjang sebulan lebih saya join tiktok ni, saya masih mencari content yang sesuai untuk akaun tiktok saya. sebagai contoh seperti tutorial, hebahan info, promosi perniagaan ataupun sebagainya, di pendek kan cerita, masih tercari cari rentak dan di dalam proses belajar dengan melihat video orang lain, hehe. 

Masih Belajar Dan Terus Belajar

Pada mulanya, bila dengar je tiktok, sudah pasti yang bermain di minda kita, adalah joget menari, negatif, dan sebagainya, eh tak, sebenarnya banyak juga video yang bermanfaat seperti berkongsi resepi masakan, pembelajaran komputer, info berguna dan sebagainya. Jika kandungan video seperti joget joget tu terpapar, hanya ignore dan scroll lah laju laju, set kan kepada not interested, selesai. Kepada korang semua, jaga diri masing masing, patuhi SOP yang di tetapkan, amalkan penjarakkan fizikal dan paling penting pakai pelitup muka. 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. nampaknya saya kena install tik tok juga supaya tidak ketinggalan

    BalasHapus
  2. tiktok boleh je digunakan ke arah yg lebih positif

    BalasHapus
  3. ramadhan kareem semoga ramadhan kali ini lebih manis dan lebih dapat beribadah

    BalasHapus

Posting Komentar