Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, saya telah pulih sedikit dari demam panas dan sakit pening, dua hari jugalah terbaring. Bukan sakit akibat virus atau sebagainya, tapi di sebabkan kesan sampingan dari suntikan Vaksin, lucu kan? hehe. Saya bukanlah seorang yang anti vaksin sebenarnya, yang betulnya, saya memang takut pada jarum, serius memang trauma, kalau sebut jarum atau hospital memang trauma, biarlah sakit macam mana pun, asalkan tak akan ke hospital dan kena suntik atau cucuk cucuk sana sini. Seram

Setelah dipaksa berkali kali, akhirnya terpaksalah akur juga kerana pandemik Covid-19 ini semakin berbahaya dan menular jangkitannya, lebih menakutkan ada juga khabar berita yang boleh menjangkiti melalui persekitaran udara yang tidak bersih. Hampir bergaduh dan bertekak jugalah pasal suntikan vaksin ini bermula dari vaksin Pfizer sehinggalah ke Sinovac, dan tak di sangka pada edisi vaksin seterusnya iaitu AstraZeneca ini, saya terpilih, memang lucu dan risau, daftar pagi, tengahari dah dapat panggilan. Memang pantas betul KKM buat kerja. 

Ada kisah di hari tersebut, cuma nasihat saya pada korang semua yang mana masih belum terima suntikan vaksin, daftar lah segera sebelum terlambat, kalau bukan untuk diri sendiri, betulkan niat kita, semua yang kita buat ini adalah untuk keluarga kita. Ingat lah, di gelombang pandemik ketiga ini, kita tidak tahu siapa yang di jangkiti, kerana pesakit Covid-19 kadang kadang tidak menunjukkan simptom pun. Berhati hati lah.

PENAMBAHAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN AWAM NEGERI MELAKA

Kepada yang masih belum mendaftar Vaksin, korang boleh mendaftar di Aplikasi MySejahtera di telefon masing masing, mudah dan hanya menjawab berberapa soalan mudah dan seterusnya tunggu panggilan dari pihak KKM. Boleh lihat di SINI . Daftar segera.  

5 Langkah Mudah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera

Kalau saya yang takut jarum ini sudah di suntik, anda bila lagi? Mana tahu, lepas dah lengkap dua dos, dah boleh rentas negeri, kan? jom daftar vaksin, jangan risau, semua vaksin yang di gunakan telah di sahkan selamat oleh WHO dan pihak kerajaan Malaysia.  Hanya dengan 5 Langkah Mudah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera , anda berjaya melindungi keluarga anda dari Covid-19.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.