Sepanjang tempoh Lockdown 3.0 ini, manfaatkan teknologi dan aplikasi yang kita tahu dengan menyebarkan pengetahuan dan kebaikan, semua orang duduk rumah, jika terlalu lama mungkin bosan, entahlah kita tidak tahu sampai bila akan berakhir perintah berkurung ini. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebenarnya ramai yang tidak tahu ada Aplikasi yang boleh menjana pendapatan antaranya seperti Tik tok dan menulis di blog, duduk di rumah dan dapat duit.

Kreativiti dan idea itu memainkan peranan penting dalam diri untuk menjana pengetahuan dan pendapatan, janganlah sempitkan minda dengan dogma negatif dan biarkan pemikiran sempit dari orang lain memanipulasi diri kita, kita punyai hak sendiri untuk menentukan apa yang kita mahu. Peduli kata kata orang yang tak mahu memajukan diri sendiri. Orang kita mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain kata sedangkan ia sangat bermanfaat kepada kita di waktu berkurung ini. 

Sudah lah tidak pandai dan tidak mengikuti arus semasa, bodoh sombong pula tu, sedarlah yang zaman sekarang, teknologi ICT telah menguasai dunia, manfaat lah sebaiknya untuk tujuan kebaikan dan pengetahuan. Tidak menjadi suatu dosa atau kesalahan apabila menyebarkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Kenali potensi diri kita, hampir kebanyakkannya orang di Malaysia suka menulis, menulis di Facebook, menulis di Tiktok dan sebagainya, jadikan menulis itu sebagai peluang kita menjana pendapatan, boleh baca di SINI

Hidup berpuluh tahun tapi tidak pernah pun mencuba sesuatu yang baharu di luar dari kebiasaan. Selalu mengeluh tidak cukup pendapatan di sebabkan lockdown, tidak mendapat info tepat, dan sebagainya. Sedangkan telefon tidak pernah lekang dari tangan masing masing, mustahil tiada talian internet sedangkan dari pagi sampailah ke petang, sibuk melayari whats app group berbincang sesuatu yang tidak berfaedah, dan seterusnya mengeluh dan terus mengeluh, sedangkan tiada langsung pun satu usaha untuk mencari peluang mencari pengetahuan, sudah lah tiada usaha malas pula tu. Orang melaka kata, kecik kecik tak nak mampus, dah besau menyusahkan orang lain. Haha

Manfaatkan Teknologi Untuk Menjana Pendapatan

Hidup ini cuma sekali sahaja dan cukup lah tu jika kita memanfaatkan masa hidup yang sekali ini dengan sentiasa belajar dan meningkatkan pengetahuan dalam diri, beri manfaat dan sebarkan kebaikan, Di luar negara, baik yang tua dan muda, bersama sama meraikan perbezaan dan berkongsikan pendapat, tetapi sebaliknya di Malaysia, kesombongan di dalam diri semakin menebal apabila usia menginjak, semakin berumur semakin ego dan tidak pula memberi manfaat pada yang muda. Jika kita mempunyai pengetahuan, percayalah hidup kita tidak akan sia sia, dari kita asyik mengeluh dan sentiasa salahkan orang lain, tidak akan dapat apa apa, usaha, jangan malas dan sentiasa menbaca, selepas itu Tawakal.

Jangan malas membaca, kalau tak mahu baca buku, boleh baca bahan bahan yang sesuai di Telefon, boleh google dan cari maklumat apa yang kita mahu. Susah ke? bukan susah tapi tidak sabar dan malas. Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri, sebagainya manusia, kadang kadang tidak semua kita tahu, tapi bila kita sentiasa positif dan bersemangat, Insha Allah segala urusan kita di permudahkan. Percayalah. Collaboration has no hierarchy, The sun collaborates with soil to bring the flowers on the earth. Dont let your life in others people hand. 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.