Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, March 12, 2017

Bila Sudah Menjadi Kebiasaan

Di dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan ini, ada berbagai jenis ragam manusia, rambut sama hitam dalam hati lain lain, siapa yang tahu? Tiada siapa yang akan tahu, melainkan Nya…ada orang yang hidupnya kaya, banyak harta, tapi tamak dan sombong, ada yang miskin harta tapi hatinya baik, ada pula yang miskin harta dan ilmu, tapi nampak macam baik dan dalam masa yang sama hidupnya penuh dengan penipuan dan sabotaj, biar miskin harta, jangan miskin ilmu…

Ekonomi yang tidak menentu, ramai yang tidak menggunakan kudrat sepenuhnya pemberiannya seperti mencari pendapatan sampingan seperti berniaga, kerja lebih masa, tapi  orang pemalas ini mengambil jalan singkat dengan cara menipu, mencuri dan dalam masa yang sama, mengadu domba.

Manusia seperti ini kehidupannya tidak bahagia, dan merupakan barah dalam masyarakat, bila sudah biasa dengan menipu dan berbohong…akan menjadi tabiat dan tidak produktif.

Thursday, March 09, 2017

Hadiah Saguhati Giveaway

Salam, dan selamat pagi semua, akhirnya berjaya juga menyelesaikan hadiah saguhati yang tertunggak, dan seperti yang di janjikan, telah pun meletakkan banner di bahagian header blog aku, semasa membuat banner ini di adobe photoshop, tiada idea...haha, kalau ada idea, aku akan upgrade kepada yang lebih baik.

Boleh lihat senarai pemenang di sini , sepatutnya ada 4 blog banner, tapi bagi blog yang ketiga iaitu https://farhanajafri.blogspot.my, blog not found. Harap harap pemenang saguhati berpuas hati..jika mahu banner secara individu, bolehlah emel aku di safirulamar@gmail.com.
Duit Dari Internet