Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, May 14, 2017

Penat Dan Sibuk Dengan Aktiviti

Sejak akhir akhir ni banyak program dan aktiviti aku sertai seperti kejohanan bola sepak piala datuk apa entah, terpilih untuk futsal..dan aktiviti mencandat sotong di terengganu..nak jadikan cerita banyak ke sebelah pantai timur..hehe, tiada gambar sebab semuanya, berakhir dengan kekecewaan. Apa nak di katakan...

Kalau dulu, sukan yang betul betul aku main sepak takraw, pernah jugalah merasai piala dan medal peringkat dun...bila teringat balik, masa tu zaman muda muda...dan semuanya berakhir bila dan berkeluarga dan telah bekerja..tiada masa untuk bermain takraw ....hehe, tapi sekarang kalau ada offer bermain aku ok je..rasa rindu nak kembali...

Semua rakan rakan seperjuangan takraw..dah tak aktif..yang berniaga, yang dah meninggal, ada yang beralih ke sukan lain, macam macam lah..sekarang ni zaman gajet..dah takde aktiviti riadah macam kat kampung dulu...kesian anak anak sekarang..

Aku bersyukur di lahirkan di zaman 80 an, dan membesar pada tahun 90 an...masa tu best, semuanya menjadi kenangan terindah zaman berzaman. 

Friday, April 28, 2017

Bukanlah Peminat Fanatik Bola Sepak

Aku bukan lah merupakan peminat fanatik bola sepak tempatan,  dan jarang turun stadium, kalau tengok bola pun dekat TV je..itupun kalau ada player yang aku minat...bola sepak sekarang tak macam zaman aku muda mudi dulu...cewah. serius, kalau dulu, player bola yang aku minat, rusdi sulong (johor), dan rusdi suparman (selangor), banyak lagi lah, liew kit kong, bobby chua, sapian wahid, idris karim ermm apa lagi hah..erm dah lupa namanya...memang power..suasana bola dulu tak macam sekarang..

tengok bola sepak liga super

Kali ini tergerak hati nak tengok bola sepak tempatan secara live...ermm aku sebenarnya tak sokong team melaka, walaupun aku lahir di Melaka..aku minat JDT...hehe..sebab banyak membesar di Johor..

Aku excited nak datang..sebab nak tengok macam mana player main bola sepak dan live beb! hehe, dapat lah tengok Amri yahya..dalam masa yang sama, pkns ada safee sali. Mula mula aku bosan dan nak tidur...sekali Melaka gol...aku pun teruja dan nampak kemeriahannya...serius..tengok tv dengan live, better lagi live..baik korang datang stadium. hehe


Monday, April 24, 2017

Latihan Animasi 2D

Kesian tengok anak anak masa belajar software adobe flash ni...haha dulu namanya macromedia flash, sekarang dah jadi adobe flash. Sebenarnya, perisian ini, relevan untuk di gunakan pada tahun 2003-2006, dan pada ketika itu, powerpoint pun tak canggih lagi, outdated..! sekarang ini, bagi aku lah, untuk tujuan animasi ringkas 2D boleh lah guna adobe flash ini, tapi kalau nak buat montage, better guna kan powerpoint sahaja. mudah dan cepat..

kelas animasi 2d flash

Pada 23 April 2017 (Ahad), Aku telah di jemput untuk mengajar, anak anak belia di Rembia Alor Gajah Melaka untuk mengajar tentang Animasi 2D, latihan animasi 2D ini, pada awalnya, rata rata peserta semuannya bersemangat dan kental, apa taknya selepas melihat video video contoh seperti di youtube, semuannya tak sabar nak mula! haha..tapi bila masuk fasa development, semua mata peserta peserta dah putih...tak nampak apa! Tapi apa pun, semua peserta dapat menyiapkan tugasan yang di berikan..alhamdulillah! Kalau dengar dan fokus..pasti boleh..

Sunday, April 23, 2017

Masa Kualiti Bersama Anak Anak

masa kualiti bersama anak anak

Seronok apabila melihat anak anak gembira bersama, bermain dan melayan keletah mereka, macam macam ragam dapat di lihat...semalam, bawa anak anak berjalan jalan dan bermain helikopter kawalan jauh di padang lapang, rosak helikopter dibuatnya..apa tak nya, jatuh terhempas di sebabkan bateri kehabisan tenaga....alahai

masa kualiti bersama anak anak
Bila dah lama tak jumpa dan bermain bersama sama anak, apa lagi, macam macam lah cerita dan aksi pelik mereka ceritakan dan cuba untuk tunjukkan....hehe, seronok melihat anak anak kecil bermain...

Hilang sedikit rasa stress di pejabat...anak anak ku, kau lah pengubat hatiku.....kesayanganku dunia dan akhirat...!

Thursday, April 13, 2017

Risau Aku Di Buatnya

Kisah siang tadi 12 April 2017, adalah hari pertama peperiksaan akhir semester bermula, macam biasalah lagi setengah jam nak mula exam, baru lah gegas gerak ke dewan peperiksaan, oleh kerana terhegeh hegeh dan masa pun dah suntuk, aku ambil keputusan untuk menaiki motor...ermm bawa motor best sebenarnya, boleh cilok dan rempit...yang tak bestnya, tiba tiba hujan turun dengan lebat...alahai....risau aku di buatnya, nak patah balik tukar kenderaan, tak sempat, lagipun hujan lebat ni...

ni yang tak best

Sunday, March 19, 2017

Perkara Yang Paling Di Takutkan

Perkara yang paling di takutkan sekali ialah bila masuk tahun yang baru..kenapa perlu takut ? bagi aku sebabnya banyak benda yang nak kena bayar dan perbaharui..sebagai contoh bayar road tax kereta, bayar hosting dan domain blog, duit sekolah anak anak,bayar sijil SSM, bayar duit lesen memandu dan sebagainya..haha..memang mengerikan kan  ? blog ini pun bayar bil setiap tahun bagi domain dan hosting je dah lebih kurang RM 100 setahun, income blog ini untuk mencapai bayaran setahun...ermm boleh lah..lepas lepas jugalah nak membayar bil domain dan hosting..

Pernah juga blog ini tiba tiba tidak dapat akses...ingatkan line internet problem..rupa rupanya tak bayar bil domain dan hosting..sampai kena suspended...hehe, baru nak maki telekom..! apa pun semak kembali langganan anda..rancanglah perbelanjaan dan elakkan pembaziran.

Sunday, March 12, 2017

Bila Sudah Menjadi Kebiasaan

Di dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan ini, ada berbagai jenis ragam manusia, rambut sama hitam dalam hati lain lain, siapa yang tahu? Tiada siapa yang akan tahu, melainkan Nya…ada orang yang hidupnya kaya, banyak harta, tapi tamak dan sombong, ada yang miskin harta tapi hatinya baik, ada pula yang miskin harta dan ilmu, tapi nampak macam baik dan dalam masa yang sama hidupnya penuh dengan penipuan dan sabotaj, biar miskin harta, jangan miskin ilmu…

Ekonomi yang tidak menentu, ramai yang tidak menggunakan kudrat sepenuhnya pemberiannya seperti mencari pendapatan sampingan seperti berniaga, kerja lebih masa, tapi  orang pemalas ini mengambil jalan singkat dengan cara menipu, mencuri dan dalam masa yang sama, mengadu domba.

Manusia seperti ini kehidupannya tidak bahagia, dan merupakan barah dalam masyarakat, bila sudah biasa dengan menipu dan berbohong…akan menjadi tabiat dan tidak produktif.

Thursday, March 09, 2017

Hadiah Saguhati Giveaway

Salam, dan selamat pagi semua, akhirnya berjaya juga menyelesaikan hadiah saguhati yang tertunggak, dan seperti yang di janjikan, telah pun meletakkan banner di bahagian header blog aku, semasa membuat banner ini di adobe photoshop, tiada idea...haha, kalau ada idea, aku akan upgrade kepada yang lebih baik.

Boleh lihat senarai pemenang di sini , sepatutnya ada 4 blog banner, tapi bagi blog yang ketiga iaitu https://farhanajafri.blogspot.my, blog not found. Harap harap pemenang saguhati berpuas hati..jika mahu banner secara individu, bolehlah emel aku di safirulamar@gmail.com.

Thursday, February 23, 2017

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Baru tahu cara yang lebih mudah untuk memuat turun video dari Youtube..sangat mudah dan ringkas dari tutorial yang aku tulis sebelum ini, boleh lihat di sini. Walaubagaimana pun banyak cara nak download video dari youtube, banyak platform boleh di gunakan, samaada menggunakan ytconv, youtube downloader, keepvid.com dan lain lain, terpulang kepada masing masing, kali ini, lagi mudah dan cepat! serius...

Ok mari kita lihat bagaimana cara cara mudah download video dari youtube, bagaimanakah cara caranya ? yang paling utama sekali, perlu lah ada talian internet, kalau tiada internet pun, guna cara apa pun alamatnya tidak akan menjadi lah...

Ok mari kita lihat cara cara mudah download video dari youtube..

Saturday, February 18, 2017

Sibuk Di Hujung Minggu Pula

Hai semua, salam sabtu dan selamat berhujung minggu bersama orang yang tersayang, hujung minggu lah waktu untuk berehat bersama keluarga, tapi aku ? hari minggu ada kelas pula..ermm terpaksalah bangun awal pagi..biasanya sabtu dan ahad, aku bangun lewat, yelah kan, isnin dan jumaat dah bangun awal pagi sebab nak pergi kerja..kini, sibuk di hujung minggu pula!!

Dalam masa yang sama juga, tiba tiba teringat kan blog usang aku ni...erm agak lama juga lah tak kemaskini, berbeza di tahun lepas..tahun ni nak dapatkan 1 entri yang berkualiti pun susah...hehe

Banyak idea nak menulis...tapi bila buka laptop..terus lupa semua yang nak di tulis..hehe...tapi walau macam mana pun, masih blog walking blog blog korang semua...jadi silent reader, seronok gak! hehe, kadang kadang aku jenguk juga blog sendiri...lihat statistik nuffnang, oh, trafic masih stabil dan maintain, oh..mungkin sebab dah develop SEO, based on searching on google lah tu kot...ok la tu, walaupun tak update, trafic masih stabil..!

Sunday, February 05, 2017

Sibuk Dengan Tugas Hakiki

Salam semua kepada rakan rakan, pembaca setia blog ini, tahun ni sungguh mencabar bagi aku, sebab tak menang tangan di sebabkan sibuk di tempat kerja, maklumlah kan, tahun baru, semua benda nak baru..macam hidup kita juga, mestilah nak upgrade kan, tahun silih berganti, masa sentiasa pantas berlalu, takkan kita nak berada di tahap yang lama juga kan, tahun ni kena kerja keras sedikit...kepada korang yang mana menyertai segmen mini giveaway anjuran aku tempohari, boleh lihat di sini

Bagi pemenang wang tunai di tempat pertama dan kedua, alhamdulillah, telah bank secara online kepada pemenang, cuma pemenang hadiah saguhati sahaja, iaitu pemenang saguhati akan menerima banner animated format web iaitu gif, ada 4 pemenang yang berjaya mendapat saguhati...

Janganlah berkecil hati, maaf sangat sangat, sebab sibuk dengan tugas, insyallah dalam masa yang terdekat, aku akan compilekan sekali ke empat empat pemenang....tunggu, tahu tahu ada je, di bahagian atas header blog aku..hehe..sabar.

Sibuk dengan tugas hakiki...
Duit Dari Internet