Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

21 Mei 2012

Al Fatihah-Daim Jamaludin

al fatihah

Al Fatihah buat sepupu rapat aku DAIM BIN JAMALUDIN yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada pagi 9 Februari 2012 kerana kemalangan jalan raya selepas menghantar ibunya. Arwah seorang budak yang baik dan hormat orang tua, kami amat terasa kehilangannya, memang tak sangka, beliau pergi meninggalkan kami dengan begitu cepat!

Allah SWT lebih sayang kan beliau, Arwah memang rapat dengan kami sepupu sepapat, kami selalu bergurau mengenai kehebatan pasukan futsal kami, dia mewakili U Tree dan saya Bird United FC, sebelum arwah meninggal, baru 1 perlawanan  persahabatan dibuat antara kami, time tu team kami kena belasah! hehe . asyik bertekak je kitorang..hehe, berborak mengenai kerja kerja grafik (arwah seorang pereka grafik di syarikat swasta) dan aktif bermain bola dan futsal. Arwah meminati Arsenal dan aku minat Chelsea, detik paling tak dapat dilupakan kami, bila team kesayangan arwah kena titik dengan Manchester United 8-2, kami 'bahan' cukop cukop. hehe, tapi apakan daya suratan takdir menentukan segalanya, kini tiada lagi tawa, tiada lagi gurauan usik mengusik, dan itu semua telah jadi kenangan, kenangan terindah kami semasa arwah hidup. Arwah minat Gaming dan antaranya adalah PES 2012 dan Fifa , sampaikan setengah jam sebelum beliau Kemalangan, sempat beliau update FB- (layan PES dululah.haha).DAIM BIN JAMALUDIN Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas Roh mu. Amin. Al Fatihah.

Anda Mungkin Meminati :

4 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih