banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

16 Juli 2012

Perlawanan Futsal Amal Jozan FC

Pada 14 Julai 2012 yang lalu, jozan Fc dengan kerjasama padu dari Zizan FC telah dijemput untuk menyertai perlawanan amal 100 jam, anjuran pertubuhan Yayasan Khairum yang berlangsung di kompleks japerun Dun Rembia, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah, segala program berjalan lancar dan mendapat sokongan padu dari pemain pemain Jozan FC.

Sambil Bersukan sambil beramal, dapat pahala badan pun sihat. terima kasih kepada tuan penganjur yang sudi memanggil Jozan Fc bermain di Perlawanan Futsal Amal ini!  hehe


Anda Mungkin Meminati :

13 Juli 2012

Terima Surat Cinta Dari Polis Trafik

Peh, semalam kena saman trafik dengan encik polis ala-ala gaya roadblok speedtrap. Semasa kena tahan, sempat memberi hujah pada encik polis yang berbunyi seperti 'eh saya pakai tali pinggang tuan. kenapa nak saman saya pula?'

Encik polis membalas ,'awak pakai depan saya je, sebelum ni awak tak pakai pun, budak saya dah perhatikan dari awal lagi, memang awak tak pakai. pergh, ada pengintip rope-ropenye di berberapa kilometer dari roadblok tu! .haha, so diam jelah, sebab dah buat salah, tak boleh nak keledek! haha


Anda Mungkin Meminati :

10 Juli 2012

Barang Lusuh Yang Semakin Dilupakan

Barang Lusuh Yang Semakin Dilupakan

Aku memang suka kumpul kaset  bermula dari 10 tahun yang dulu, masa tu harga kaset mahal juga, lebih kurang dalam RM 19.90, dalam satu bulan tak beli satu kaset memang tak sah! Kaset pertama aku beli adalah N,SYNC-Tearin Of My Heart, masa tu umur aku lebih kurang 12 tahun. seingat aku dalam masa tu dalam darjah 6! haha. kaset kedua aku beli ialah kumpulan boyzone, ala yang ada lagu all that i need? dan seterusnya, band lokal KRU (oh la la) lepas tu banyak rock dan metal menguasai rack cassette,seperti blackrose, search fenomena, kreator, wings hukum karma, gersang, dan banyak lagi la. haha.

Tapi , dengan perkembangan pesat ICT di zaman moden ini , orang ramai semakin memandang serong terhadap kaset, masa time kaset memang melecehkan! tapi seronok, bila beli kaset, suka membaca apa yang di tulis di cover kaset, kaset punya player di radio asyik rosak je, tali kaset, asyik terbelit belit. tension, kaset yang aku paling banyak pernah aku beli dalam 4 kali, adalah helloween-keeper of the 7 keys part II. Paling tak dapat dilupakan, dua kali radio hangit terbakar, masa pasang lagu Master Of Puppet-Metallica, dan lagu Megadeth iaitu Holy Wars Punishment Due . Hangit sebab, buka volume paling kuat masa hangit, lagu Orion. Peh! haha.


Anda Mungkin Meminati :

9 Juli 2012

Tajupakale


Tajupakale

Sebuah peristiwa berlaku di sebuah kedai mamak, ketika seorang lelaki meminta password wifi di kedai tersebut. haha


Anda Mungkin Meminati :

8 Juli 2012

Wajah Comel Kesayangan Ramai

Haritu ketika memancing di pantai, aku telah mendapat seekor ikan senangin tapi versi halus dan comel sikit berbeza dengan yang sebelum ini. Sedih juga lah, tapi nak buat macam mana, rezeki hari itu besar setakat saiz itu, terima sahajalah, tapi kalau goreng pun sedap juga, isi tak berapa banyak lah, kecik kan, tak macam dapat ikan spesis yang sama sebelum ini. Tekan di sini

Apa pun syukur alhamdulillah, semua nya sudah tertulis, ingat nak lepaskan semula, untuk pelihara spesis baka ikan itu, tapi bila fikir semula, duduk sudah enam (6) jam, hanya ini lah ikan yang aku perolehi hari ini, sekurang kurangnya boleh lah di jadikan bukti pada isteri nanti. Kalau tak bawa balik bukti, nanti dia kata aku pergi mana pula nanti, lagi haru nak menjawab.


Anda Mungkin Meminati :

2 Juli 2012

Rezeki Dapat Ikan Kurau


Alhamdulillah, akhirnya dapat bawa balik ikan besar masa memancing hari itu, memang terkejut lah, tiba tiba joran bergoyang tiada angin tiada ribut, dalam hati, gembira dan tertanya ikan apakah ini, lain macam beratnya dan melawan dia.

Sampai je di rumah, terus beritahu emak dan minta mak masak kan, emak buat lauk kari pekat, memang halus dan lembut isinya macam ketam. Isi dia bukan main manis dan lembut, ikan ni macam ikan senangin, tapi emak aku kata, Ikan Kurau. emm, minggu depan ingat nak mancing lagi la.Pertama kali dapat ikan besar macam ini, di pantai.

Gembira mak, dapat makan ikan kurau.lembut isi ikan kurau katanya, ikan gred A, oh baru tahu. Rezeki Dapat Ikan Kurau


Anda Mungkin Meminati :

Euro 2012 : Final (Lost)

EURO
 
Aku peminat no 1 pasukan Italy sejak era 1994-1998 - Roberto Baggio,Baresi, Inzaghi dan Paolo Maldini , tapi untuk euro 2012 kali ini, aku memang tak boleh terima kekalahan teruk pasukan Italy di tangan pasukan Spain masa Final.

Memang luck la spain ni, tapi atas kertas italy memang boleh menang, cuma Belotelli & Teams tak kreatif dan bijak. Emm tengah frust ni.

Ish, habish kena 'bahan' kat office dengan member-member spain! memang pui la Belo,  Balotelli yang memang Belo. 

Kenapa? Kenapa? 4-0?? Pui...

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih