Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee Pengedar Shaklee Bangi

29 Oktober 2014

Saya tak marah awak sebenarnya!

Kalau kita marah dekat orang tu? apa yang korang buat? counter diorang balik maki depan-depan? belakang? tulis dalam blog korang dan luahkan cukup cukup? atau mencari orang yang boleh dipercayai, dan luahkan sehabis habisnya?

Huh, masing masing ada cara tersendiri, baik rozaimi, murukemal, ah liaw, dan kamarudin! setiap orang ada cara yang berbeza bila marahkan seseorang....kalau aku marah, aku akan buat tak tahu je dengan orang tu, dan bila bercakap, tak pandang pun muka orang tu, seolah olah tak wujud! haha...tapi satu tabiat aku, aku tak marah pada orang yang aku bengang tu secara direct, tapi aku akan marah dengan orang yang paling dekat dengan aku, kiranya sebagai proksi jelah..tapi sebenarnya bukan ditujukan pada orang terdekat tu pun!


Haha...bila tension je aku akan pergi mancing, duduk sorang-sorang! tak suka crowded, rimas! aku tak suka nak bercerita, bagi aku bukan akan menenangkan keadaan, tapi makin mencurahkan minyak lagi adalah! baik diam dan diam! Bila tengah diam, jangan di paksa untuk bercakap! memang angin la..tapi sebenarnya saya, .. saya tak marah awak..saya marah orang lain! hahaha...macam tajuk cerita novel lak! hahaha , aku cakap dengan budak budak technician dan kerani yang baru lepas kena marah ni, aku tak marah sebenarnya dekat korang! aku baru lepas kena maki dengan orang atas ni! so, aku marah la korang! korang jangan menjawab..dan fikir "eh kenapa saya lak kena marah"...diam jelah!

Kelebihan bila jadi macamni, kalau kita marah dekat orang yang tak bersalah tu, dan jika orang tak bersalah tu masih bersabar, tidak jemu dan menghampiri kita, itu lah sahabat yang bagus! kawan ketawa gembira ramai, kawan di masa sedih, tak ramai...! 

Anda Mungkin Meminati :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih