Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, July 04, 2014

Kisah Hamdan (Episod 2)

Setelah menelan lima biji rambutan tanpa meninggalkan sisa walaupun sedikit, Perutnya berasa selesa sedikit berbanding sebelum, dan tidak lama kemudian muncul Hamdan dalam keadaan tidak terurus dan berwajah sugul.

Lauren tidak mengendahkan pun kehadiran Hamdan serta tidak menerima permohonan maaf Hamdan walaupun Hamdan ikhlas, sebaliknya Lauren hanya tersenyum dan selepas itu bertindak menghampiri dan menampar hamdan sebanyak 3 kali tanpa henti sehingga tercampak kaca mata Hamdan. Lauren seperti dirasuk oleh syaitan.

Mata Lauren tiba-tiba bertukar warna merah, air liur dimulutnya meleleh keluar seperti seekor kucing atau hamster yang dahagakan air.

Sementara Lauren dirasuk dan meliar, hamdan pula berpura-pura pitam tidak sedarkan diri kerana takut digigit oleh Lauren.

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi, tiada kesudahan bagi Lauren, masih berperangai seperti dirasuk, Lauren merasuk setempat sahaja, tidak kemana-kemana. Itu yang membuatkan Hamdan senang hati.

(Bersambung Episod 3)

Sony vs Samsung

Ini cerita berkenaan smartphone. Dulu aku pakai sony xperia z ultra, beli mahal, harga RM 2300. Hp ini memang best, skinny dan waterproof.
Ceritanya , HP Sony Z ni jatuh dan kebetulan sebelum tu, penutup charger water proof dkt HP dah tanggal.

Hantar kedai repair screen dan repair apa yang patut, totally RM 1200, dan tiba-tiba pula teringin nak pakai Samsung Note 3. Nampak macam best je.

Aku pergi trade in Sony Z ultra ni, adakah patut RM 750 je kedai ambil, kalau kat centre RM 650, alasan HP ni bukan lagi waterproof sebab tutup charger tu dah tanggal dan bukan LTE 4G. Beli mahal-mahal, jual balik, padah rendah harga!!

Apa lagi setuju lah dan tambah duit sikit pun takpe, yang penting dapat HP baru, cina kedai tu pun kata if ok dengan harga, diorang akan format HP sony ni, aku pun setuju je.

Selepas format hp sony, tetiba pula tak nak angkat HP ni, alasan bila format baru tahu condition sebenar HP, dan bila tekan camera , belakang HP tu panas. Alahai..entah betul ke tidak. 

Takde hati dengan sony z lagi. 




Lantang Lebih Baik

Berhubung dengan kenyataan Azwan Ali, yang mengatakan juadah di bazar ramadhan rasa sampah? Korang setuju dengan kenyataan "keras" ini?

Dari pengalaman aku sendiri la, sepanjang aku beli makanan di bazar ramadhan, tak pernah aku puas hati dengan kualiti juadah yang dibeli. So kesudahannya, BUANG!

Harga pun boleh tahan, nampak meningkat, berbeza sedikit dari tahun sebelum.

Bila hampir tiba musim perayaan, kita faham, semua orang perlukan duit, tapi biarlah jujur dalam mencari rezeki dan sumber pendapatan yang diperolehi itu biarlah dari yang halal. Jangan menipu.

Bulan Ramadan bulan rezeki bagi peniaga.

Perut lapar, pergi bazar nampak kuih, nampak roti canai, ayam golek, kuih senget pun tetap nampak sedap. Kuih basi pun bukannya korang tahu. Nampak je macam menarik, rasa belum tentu sedap.

Elakkan pembaziran, eloklah masak dirumah sahaja. Beli apa yang perlu.



PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi