Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Wednesday, August 27, 2014

Bahasa penjajah

Mentang mentang pensyarah orang putih, kau nak berlagak cakap bahasa inggeris dalam lif dengan slang macam penjajah belanda. Cakap pun tak berapa betul. Tapi baguslah ada usaha nak maju ke depan dengan harapan dapat sambung pengajian di United kingdom.

Aku tak pandai cakap inggeris, sikit sikit bolehlah bergantung pada keperluan sebagai contoh di dalam mesyuarat, kelas dan sebagainya, dan bahasa penjajah juga sangat sesuai untuk memaki hamun di dalam mesyuarat, sopan jika dibandingkan dengan bahasa jawa atau melayu melaka.

Benci tapi rindu

Dulu benci tapi sekarang rindu dengan subjek sejarah.

Umur dah cecah 30. Dulu masa belajar dekat sekolah, tak mahu belajar. Sekarang dengan keadaan politik yang huru hara, gaduh sana sini, perkauman tidak sudah sudah. 

Tanpa sejarah maka tiadalah kita semua.

Jadikan sejarah lampau sebagai panduan untuk berhati hati, dan iktibar untuk di masa sekarang.

Jangan sampai kita dijajah semula dan jangan hilang identiti.

Happy Merdeka Day.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi