banner-2017-mcj bkecik-skytech

Tuesday, November 04, 2014

Barang terpakai

Kalau sesiapa ada kenalan, orang kampung, ibu tunggal, orang orang tua, atau kanak kanak yatim piatu yang tiada tempat tinggal tetap, dan mana mana orang yang menjalani kehidupan yang daif dan susah, pada aku ada baju, t shirt, seluar, baju kurung terpakai hasil derma orang ramai di kepong, selangor, mungkin bagi kita tidak memerlukan, tapi bagi mereka yang daif dan susah, mungkin memerlukannya untuk kegunaan harian mereka, jika ada mengenali mana mana insan yang dinyatakan seperti diatas, korang  boleh menghubungi aku menerusi email di safirulamar@gmail.com

Aku pernah tulis entri berkaitan barang terpakai untuk di dermakan di  SINI , untuk makluman, aku agak sibuk sikit sekarang ni, banyak terlibat mengajar orang berkaitan ICT, tak sempat nak buat food not bombs dan sosial charity..separuh barang telah di agihkan dari rumah ke rumah di Melaka. Kondisi barang masih baik, cuma perlu dicuci semula, takut ada hama dan debu...

Gyudon yang terbaik

Hari hari makan asam pedas!! waktu lunch kalau tak kena tak sah, kalau tak pekena asam pedas melaka, makan pula asam pedas johor...memang terbaik! lepas makan makanan pedas-pedas, mulalah bercakap pun 'pedas' ala ala orang melaka...hahaha!  emm gurau gurau je..emm daging salai masak lemak negeri sembilan pun sedap juga...

Kadang kadang kita kena tukar selera, kan? baru kemanisan sebuah kehidupan dirasai..begitu juga bila kita berblog, setiap entri tidaklah menjurus kepada sesuatu kategori, kadang kadang perlu ada entri yang serius, berkaitan kerjaya, keluarga, perniagaan, politik dan sebagainya...sekadar berkongsi pengalaman dan idea. apa salahnya? namun, terpulang kepada masing-masing. 

MAKANAN JEPUN

Gambar makanan kat atas tu namanya Gyudon, Bila ada waktu lapang dan santai santai, selalu lah juga aku makan gyudon ni. Orang korea dan jepun ni, makanan dia lebih kurang sama, lebih pada daging dan sayur...! emm kalau makan dengan set kimchi, telur dan sup dia...emm memang sedap....murah dan jimat lak tu! kalau ada asam pedas dekat sukiya ni, aku dah order dah, haha..tapi sekali sekala kena juga makan menu macam ni.....

Lagu wajib!


Ini adalah lagu wajib aku nyanyi, kalau karaoke! haha...dah lama tak karaoke, apa salahnya kan? sekali, sekala! biasanya lagu ni je sampai habis, haha! kalau booking 3 jam, ni lah lagunya, how deep is your love - bee gees dan carpenters - top of the world, kalau mood ok, tambah lagi berberapa lagu lagi, siti fairuz-usah kau bertanya, x japan - Tears!!, Muse atau Noah..emm jom lah karaoke! haha..asyik kerja kerja kerja,,tak pernahnya habis!  

Lagu lagu ni semua best bagi aku dan bermakna!! kalau nak nyanyi pun takde lah susah menderita macam nak tercabut tekak! haha..pilih lagu yang senang nak nyanyi...baru feel! 

Hasut menghasut

AYAT

AYAT2

Manusia ni memang tidak lari dari sifat dengki dan suka memporak perandakan sesama sendiri..setiap orang ada kelebihan yang dikurniakan...ada sahaja cerita dijajanya..entah apa yang untung nya..! Dah macam mainan hidup..! 

Sentiasa minta pada Tuhan agar sentiasa di lindungi dari segala bahaya fitnah dan hasutan di kalangan manusia...

Pandai bergaya!


Pandai anak anak aku ni posing..haha, gambar ni masa konvokesyen adik aku di ukm bangi minggu lepas! Yang abang..side mummy dia, si adik, cam biasalah side daddy! Senang je nak tackle budak budak ni..haha...buka game dan tanya siapa nak mainan? Emm sayang la jap lagi..haha

Aku takde masa ni, ada kelas ganti..prepare assignment dan cari bahan di library! Masa begitu mencemburui..! Haha..

Diorang ni kejap kejap nak minta ambil gambar..selfie la itu la..cepat cepat besar ye, nanti esok jadi boleh jadi chef, boleh masakkan daddy hari hari lamb chop dan asam pedas! Hee

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi