Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, November 05, 2014

Naik lagi!!

NAIK!

Harga rokok naik lagi ke...? Bermula tengah malam ni?  hamboih.! mana aci cam ni, naik RM 1.50 lak tu....sampai hati naik kan, tahu lah nak bagi brim...emm kalau sekarang RM 12.00, lepas kenaikan, jadi RM 13.50 sen..emm bawa bekal la pergi pejabat..!

Kalau tak hisap rokok, takkan nak hisap gam lak..! erm..dah cuba nak berhenti, tapi belum boleh lagi, pernah berhenti hisap dalam 8 bulan camtu!! Kisahnya, aku merokok balik, bila aku ternampak seorang nenek yang berumur lebih kurang dalam 70 tahun sedang leka hisap rokok di kedai makan! selepas itu, aku jadi bersemangat semula untuk merokok! beliau memberi inspirasi pada aku untuk merokok semula....nenek itu kelihatan cergas dan tersenyum, sambil melibas libaskan selipar lusuh dan kain batiknya..

Apa yang sedapnya kena sedut tu?

kena sedut tu

kena sedut tu


Haha...macam-macam carian keyword dekat google ni ye, apa yang sedapnya sampai kena sedut tu, moga moga blog aku dapat memberi manfaat yang berguna kepada pengunjung yang melakukan carian melalui google sebagai rujukan dan mendapat maklumat dari blog ini.  

Dulu lain, sekarang lain..

Budak dulu-dulu, kalau nakal dan kaki buli, cikgu mata pelajaran ke, disiplin ke sebat cukup cukup! tujuannya untuk mendidik supaya jadi manusia suatu hari nanti, mak bapak pun tak kisah! tapi budak budak sekolah sekarang, tak leh kena jentik sikit, kalau guru jentik pihak atasan boleh ambil tindakan terhadap guru terbabit!  

Macam macam program yang 'lembut' pihak atasan arahkan buat, program guru penyayang la itu, itu la ini lah, tapi, budak budak makin banyak lemak!!...banyak kedengaran sekarang di media massa dan media cetak, pelajar pukul rakan, pukul cikgu, terlibat kes ponteng, dan sebagainya! guru besar di sekolah terbabit yang terlibat kes kes sebegini, mohon bertanggungjawab terhadap setiap kes serius membabitkan kes-kes berat seperti dinyatakan diatas!!, ambil tindakan...jangan nak jaga reputasi sekolah sangat!!, semata mata nak dapat kenaikan pangkat! bertanggung jawab lah....!

Kes penipuan online

Banyak penipuan online sekarang ni berlaku, tadi ada seorang rakan di tipu, macam biasalah, bila dah kena tipu, barulah datang jumpa aku!! Sebelum beli dan bayar, takde lak nak datang jumpa! Emm dengar dia cakap pun sakit hati di buatnya..

Rakan aku ni nak beli handphone, cari barang pun dekat internet, katanya mudah.my, lepas dah dapat no call penjual, terus call, bila call berkali kali tak jawab, urusniaga hanya secara whats app sahaja di layan!! Selain dari itu..No!! Rakan aku nak COD ( cash on delivery), penjual tu kata, taknak datang, sebab jauh! Alasan lain, sebabnya jantina nye perempuan! Tak elok la kononnya..! Laa..kalau taknak datang takpe la, kita boleh pergi jumpa..takde hal lah! Macam macam alasan di beri si penjual!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi