Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Tuesday, November 11, 2014

Letihnya harini!


Letihnya hari ni..banyak hal nak kena urus, tapi masih boleh ber blog dan blogwalking....apa guna ada smartphone, kan? Hehe....kalau menguap tutup mulut la adik...! Macam macam ragam anak bongsu aku ni! Haha..kadang kadang bila balik rumah, penat sebab seharian sibuk dengan pelbagai ragam dan karenah client!!..tapi bila tengok perangai anak anak ni...hilang penat seharian bekerja! 

Boleh lagi ke nak kerja?...haha

BOLEH KE?

Mohon kerajaan mengkaji la semula opsyen bersara dan tempoh perkhidmatan penjawat awam, sedangkan kakitangan yang berumur 35 tahun pun, dah macam macam penyakit muncul seperti lemah jantung, sakit buah pinggang, otak lemah, mata dah mula rabun, ada yang langsung tak nampak dah, yang dia nampak majlis makan makan je,  dan ada tuuu yang tangan dah mula mengeletar bila buat kerja, bila bagi kerja, mengeletar satu badan! haha..baru umur 30 an tuuuuhh....bila tegur kenapa mengeletar? marah lak!!! hahaha....tapi bila selfie, semua ok! baik yang tua umur 30 an, 40 an, dan 50 an!!

Inikan pula yang ambil opsyen besara 58 dan 60 tahun? macam tak relevan dan tak produktif dah masa tu..kalau bersara awal, sekurang kurangnya..boleh lah menghabiskan sisa sisa hidup pergi haji/umrah, berjalan jalan di mexico, atau menternak ayam kampung, main baling baling selipar bersama cucu cicit  dan sebagainya....boleh lah masuk kan pekerja muda yang lebih efektif...!

orang orang lama ni bagus untuk bimbing gen y masa kini....kadang kadang ada yang tak sempat nak merasa duit pencen...!

Repair a Crashed database table (Joomla Issues)

Kepada sesiapa yang menggunakan web portal platform Joomla, pasti akan menghadapi isu isu melibatkan crashed database table error macam ni, Table './database_suffix/n0eqr_session' is marked as crashed and should be repaired SQL=INSERT INTO `n0eqr_session` (`session_id`, `client_id`, `time`) VALUES ('87b1b689ed654ea16833779add58ee44', 0, '1342450283')

Solusi dia korang kena repair table tersebut di C Panel web hosting server masing masing..aku dah jumpa penyelesaiannya, haha, ikut step by step dan kena masuk database web korang..tekan SINI untuk view langkah langkah tersebut..define error dan nama database yang crashed tu..dan cari database tersebut dan repair ! 

Jawatan kosong kontrak

Ada jawatan kosong di institut pengurusan dan integriti negeri melaka INSPIM..! baru bantu mereka masukkan iklan jawatan kosong ni...kalau berminat boleh layari www.inspim.gov.my

Inspim ni dia lebih kepada latihan untuk kakitangan awam macam INTAN la, soal kontrak atau tetap tu kemudian fikir, kerja dulu..nanti kalau performance ok..mana lah tahu..dapat kenaikan pangkat dan dapat sah jawatan...? Kan? Susah nak cari pekerjaan sekarang ni..!

Yang dah ada kerja..nak apply kerja lain, yang belum ada kerja, memilih..! Yang guna cablelity bukannya capabilty satu hal juga! Yang fresh graduate? Ermmm.....dunia semakin mencabar dan ekonomi kini tidak bertimbang rasa..

Sekejap je masa..

Anakku Sofiyyah

Alahai, sekejap je masa berlalu...tahun depan si abang nak sekolah...yang adik dia lagi 2 tahun...haritu pre daftar untuk genius aulad setiap sabtu..bagi dia serasi dengan budak budak lain...! Baru baru lagi nampak macam susah nak bercampur gaul dengan bebudak lain...

Ada minat nak belajar..lukis dan dengar cakap cikgu ustazah yang comel...! Cuma tak pandai bergaul je..! Mungkin ikut daddy dia yang anti sosial..haha..asyik menghadap komputer buat web system dan design je .! Hihi.. ..tahun depan dah nak sekolah dah...takde mainan dan utraman lagi..! Sekejap je masa berlalu...belajar pandai pandai ya anak anak ku...nanti dah besar jadi chef dekat hotel 7 bintang ataupun engineer..boleh masak kan daddy dan mummy lambchop hari hari..!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi