banner-2017-mcj bkecik-skytech UA SIGNATURE

Saturday, November 22, 2014

Panas

Panas harini cuaca di Melaka..! Bila hujan kita nak panas, bila panas kita nak hujan..manusia ni tak pernah puas dengan setiap pemberian..baik dariNya hinggalah sesama manusia...kan? Kan?

Kalau puas takdelah peribahasa sudah beri betis, nak paha pula...haha kan? Tadi pergi kerja kahwin pun terik..nasib baik dekat situ ada cendol..! Apa aktiviti petang korang semua ye? Cuaca macamni kalau aku lah..best pergi mancing laut..! Hee..

Manfaatkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah..sekali sekala kena rehatkan mata. Asyik menghadap komputer je..! Boleh migrain di buatnya..

Nak main hantu galah takde geng lak..

Latihan Photoshop

psd

Esok ada bengkel adobe photoshop. Bengkel ini akan akan dijalankan selama 1 hari. Kepada sesiapa yang berminat..boleh hubungi pihak penganjur..erm nak siap kan modul untuk esok...jumpa disana..selamat berhari minggu!!

Bukan bidang kita

Kadang kadang tidak semua benda yang kita tahu dan perlu tahu..kerana setiap dari kita ada kelebihan tersendiri, adakah kita kenal siapa diri kita? Apa potensi diri kita? Ramai yang keliru dan cuba menjadi seperti ahli politik..yang mana bercakap tanpa berlandaskan kajian terperinci dan pengalaman. Dari bab ekonomi sampailah ke bab sakit puan. Sifat seperti ahli politik..semuanya dia tahu..walaupun bukan bidang dia..itu yang  bila bercakap kadang kadang ke laut..begitu juga dengan critical thinking bloggers politik yang bercerita mengenai isu politik! Menulis pasal ekonomi mengalahkan menteri pembangunan wanita..

Kalau tak tahu..lebih baik diam. Jangan menunjuk pandai, sebagai contoh, jururawat disuruh bercakap pasal baik pulih longkang? Mana dia tahu..? Sebab bukan di bidang dia..tanyalah orang yang faham pasal longkang seperti jurutera.

Balik balik muka kau..

Haha..asal datang kelas je mesti lambat haha...lecturer pun dah faham, jalan jammed..trafic light 189 saat ..hijau nye 15 saat je ..only in melaka..haha. naik kapal terbang atau helikopter baru cepat sampai kot..

Dulu masa belajar diploma..sampai kena kunci pintu dengan lecturer..lewat 5 minit je..ceritanya 5 minit di darab kan dengan masa kelas kelas sebelum ni..memang berbulu je muka lecturer..haha..sabar sabar..! 

Oklah nak gerak ke oum ni..kelas start pukul 8 pagi...bangun harimau bangun...bangun harimau bangun..!! 

Tutorial Photoshop : Clipping Mask

SAFIRULAMAR-TUTORIAL
Ok, kita akan belajar bagaimana nak membuat Clipping Mask dalam photoshop, bukan masked rider bajak hitam tu, ala yang macam logo 1 malaysia tu..tapi yang ni, aku tunjuk kan untuk 1 Melaka..tak tahu la pulak ada 1 siam ke, 1 jawa ke.. so kalau korang nak buat Clipping mask menggunakan photoshop..begini caranya..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi