Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

30 November 2014

Sebagai tanda terima kasih

Haa...sebagai tanda ucapan terima kasih aku kepada rakan rakan bloggers, aku dengan ini akan promosi kan blog korang melalui banner header bersaiz 728 piksel x 90 piksel di blog aku, Walaupun blog korang dah ramai pengikut sekalipun haha, yelah walaupun blog aku tak di kenali ramai, tapi kan, masih ada yang melihat tau, seperti budak sekolah. haha..

Sekurang kurangnya, tak kena bayar pun, aku harap korang suka, dengan terhasilnya banner promosi ni, mungkin dapat meningkatkan traffic blog korang, mungkin, siapa tahu ? nak buat segmen dan give away tu semua aku tak reti dari dulu lagi, mungkin tiada masa, heee

Hadiah ini adalah bagi top 5 komentar yang paling tinggi komen di blog aku, dan bagi permulaan aku meletakkan banner bloggers anamizu dahulu. tempoh nya, depend on weather..! banner seterusnya seperti bloggers Acik watie, Dr shikin, Mila hilas, Nur As, Hikayat Seorang Budak, At Tarmizi, dan parihh...namun keutamaan adalah untuk TOP 5 Komentar terlebih dahulu, promosi banner, di jalankan secara berperingkat peringkat, nak buat banner pun bukan mudah..


Anda Mungkin Meminati :

28 November 2014

Salon rambut perempuan di Melaka

Kepada para para suami mithali, jantan sungai, atau yang mempunyai rakan rakan perempuan, kini anda tidak perlu risau lagi jika ingin mencari kedai gunting rambut yang tukang gunting nya adalah perempuan dan berkonsepkan muslimah, anda boleh bawa pasangan anda ke kedai salon ini. harga memang berpatutan. Terletak di Bukit katil, Melaka. Nama kedai ini ialah The Mirror.

Salon ini hanya untuk orang perempuan sahaja ya....rambut kan aurat bagi wanita, ada pasangan terutamanya sang suami yang tak suka dan tak selesa, bila isteri ke kedai yang tukang guntingnya adalah lelaki. dan segala kekusutan telah terjawab, tidak perlu tunggu, was was dan halang isteri anda dari mengunting rambut lagi...ini lah kedainya yang menepati syariat dan akan membuatkan dan mengembirakan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami!


Anda Mungkin Meminati :

27 November 2014

Macam mana nak buat Freeze Panes di Microsoft excel?

Apa itu Freeze Panes? Pergertian aku Freeze Panes ini digunakan untuk membekukan (Freeze) heading dari tidak bergerak, ia adalah tools yang sangat berguna, terutamanya ketika anda ingin membentangkan laporan berbentuk figure seperti belanjawan, maklumat data dan sebagainya, Freeze Panes ini boleh di dapati di Microsoft Excel..

Untuk memudahkan dan tidak mengelirukan pembaca dengan laporan yang di bentangkan,  anda patut menggunakan Freeze panes ini.

Di bawah ini adalah langkah-langkah mudah..


Anda Mungkin Meminati :

Macam mana nak bina kata laluan pada dokumen di microsoft word?

Boleh ke kita bina kata laluan pada dokumen fail kita di microsoft word? tutorial kali ini akan mengajar bagaimana untuk melindungi dokumen penting anda dari dicerobohi. Kita ni selalu leka, cuai dan cepat lupa, dan kadang-kadang, maklumat maklumat penting..mudah terlepas di tangan orang lain biasalah, HUMAN MISTAKE.

Tutorial ini, di bina di dalam microsoft word versi 2010, namun begitu kaedah yang sama boleh di gunapakai di versi sebelum. Sila baca pemberitahuan amaran di bahagian bawah terlebih dahulu, tutorial ini hanya sebagai pendedahan sahaja, jika anda terlupa kata laluan ataupun sebarang masalah seperti tidak dapat mencapai maklumat di dokumen anda kerana terlupa KATA LALUAN, penulis tidak akan bertanggunjawab dengan sebarang permasalahan. 


Anda Mungkin Meminati :

Fungsi red eye tools di adobe photoshop

Ok, pernah tak korang, bila ambil gambar bersama rakan rakan, keluarga, nenek, teman wanita atau sebagainya dan bila tengok output gambar yang di ambil ada yang matanya berwarna merah (Red eye)? Mungkin kesan dari pantulan cahaya flash ataupun cahaya di sekeliling. Sayang sekali, bila gambar yang kita nak abadikan dan gantung di rumah, tak berapa 'sempurna'. 

Tapi jangan lah risau..adobe photoshop ada tools yang boleh membuang kesan pantulan cahaya tersebut, segala galanya tidak mustahil. haha..masalah red eye akan dapat di atasi! Ikuti langkah langkah mudah di bawah..


Anda Mungkin Meminati :

26 November 2014

Macam mana nak buat isi kandungan atau TABLE OF CONTENTS di Microsoft word

TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS
Macamana nak buat TABLE OF CONTENTS atau TOC? Apa itu TABLE OF CONTENTS ? nama melayu nya ialah isi kandungan.

Masih ada lagi yang membuat isi kandungan secara manual, di mana amat menyusahkan dan lambat. Jika tahu bagaimana mahu membina TABLE OF CONTENTS, segala-galanya menjadi mudah dan cepat, dan macam mana cara cara nak buat isi kandungan TOC ini?

Ikuti langkah langkah yang diberikan, jangan skip, tiada jalan pintas untuk berjaya.


Anda Mungkin Meminati :

Macam mana nak buat Mail Merge di Microsoft Excel

Apa itu mail merge? Macam mana nak buat Mail Merge di Microsoft Excel? bagi aku mail merge di gunakan untuk mengimport table data yang sedia ada, sebagai contoh ke dalam surat dan boleh di cetak dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu membuang masa dan pergabungan antara dua perisian antara Microsoft word dan microsoft excel.

Mail merge ini bagus digunakan untuk penghasilan sijil (jika banyak senarai nama), surat panggilan, memo jemputan dan sebagainya yang berkaitan jika terdapat ramai orang yang perlu dihubungi melalui surat jemputan atau pun sebagai contoh bagi percetakan sijil penyertaan bila melibatkan data yang banyak.

Tutorial yang ditunjukkan ini di dalam microsoft word dan excel 2010, namun begitu boleh di gunakan dan praktis di microsoft office versi 2007 dan 1997-2003. 

Ia cara yang mudah dan menjimatkan masa, kini anda tidak perlu membuang masa lagi, dengan buat segala galanya dengan kaedah yang lambat dan satu per satu.

Kadang-kadang data anda telah tersedia, dan telah extract dari sistem ataupun sebaliknya..moga dapat di praktikkan dengan sukses.


Anda Mungkin Meminati :

25 November 2014

Hari Kualiti Bersama Anak Anak

Masa aku kecil, aku tak dapat keseronokan seperti ini, anak anak aku kini dapat merasakan kebahagiaan walaupun mommy dan daddy nya busy dengan tugas dunia, tetapi tetap dapat hari kualiti, dan ternyata mereka sangat seronok, kami pun happy..! 

Hari Kualiti Bersama Anak Anak

Bila bercuti cuti macamni, lupa lah sekejap hal masalah yang melanda, lupa sekejap, dan dapat meredakan tekanan di tempat kerja..


Anda Mungkin Meminati :

24 November 2014

Bawa Anak Mandi Manda

Bawa Anak Mandi Manda

Hari ini bawa anak anak dan keluarga pergi A famosa resort, segala galanya mahal disini, air tin je dah rm 3.50..hehe..nak sewa tempat rehat untuk letak barang barang...ala yang macam gazebo tu..kena bayar rm 180, ingat dalam rm 70-80 cam tu..!!..erm erm..takpela..duduk dan letak barang dekat kerusi kaki lima je lah...

Semuannya mahal...tapi takpela..anak anak nye pasal..!


Anda Mungkin Meminati :

Latihan Photoshop Di Telok Mas Melaka

Latihan Photoshop Di Telok Mas Melaka

Pada 23 November 2014, aku di panggil untuk mengajar subjek photoshop kepada penduduk kampung Telok mas, melaka, masa tak berapa mengizinkan kerana mengikut waktu dari pihak penganjur, maaf tak sempat ajar bahagian yang seterusnya, sebab kebanyakkan peserta takde asas komputer, jadinya pembelajaran menjadi perlahan sedikit. Dari pagi sampai ke petang fokus pada penggunaan tools je, dari teori hingga praktikal! 

Yang diorang suka dan tersengih, masa tiba part manipulate gambar guna healing brush dan clone stamp, impian mereka nak buang jerawat, tahi lalat, dekat muka yang ada sekian lama di wajah mereka!! Haha..


Anda Mungkin Meminati :

23 November 2014

Nasi Beriani Telok Mas Melaka

Kalau korang pergi ke Telok Mas melaka, jangan lupa singgah ke nasi beriani batu pahat dekat Alai, melaka, ingat tau, bukan di batu pahat, nama nya nasi beriani batu pahat, tapi di Telok Mas Melaka, haha memang terbaik dan murah pula tu nasi beriani dekat warong ni...

Kedai konsep warung papan lama, terasa seperti di zaman kesultanan melayu melaka lah! Sambil melihat dayang dayang ke hulu hilir, feeling sambil cuci mata!!...kali ni dah 2 kali aku datang dekat warong ni...menu dia boleh lah, masih boleh makan lagi, berselera juga lah!! makan nasi briyani ni satu yang best nye, kenyang lepas tu mengantuk dan migrain sakit kepala..! Haha

Nasi Beriani Telok Mas Melaka

Sedap dan murah Nasi Beriani Telok Mas Melaka ni, yang aku makan ni (gambar di bawah) ialah nasi briyani daging, harganya hanya RM6.00 sahaja, biasanya kalau makan nasi beriani ni harga nye?? Ermm..faham faham jelah! Rasa lebih kurang sama je sama..jom wei ke Nasi Beriani Telok Mas Melaka.


Anda Mungkin Meminati :

22 November 2014

Cara Cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop

tutorial clipping mask adobe photoshop
Ok, kita akan belajar bagaimana Cara Cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop dalam photoshop, bukan masked rider bajak hitam tu, ala yang macam logo 1 malaysia tu..tapi yang ni, aku tunjuk kan untuk 1 Melaka..tak tahu la pulak ada 1 siam ke, 1 jawa ke.. so kalau korang nak buat Clipping mask menggunakan photoshop..begini caranya..


Anda Mungkin Meminati :

21 November 2014

Jangan menunduk sangat

Tahulah ada handphone canggih, tak payahlah nak menunduk sangat bila berjalan tu...kalau ada tapir lalu kat sebelah pun tak perasan. Semua leka menghadap handphone...yang peliknya pandai pula bila naik tangga walaupun mata pandang handphone je, macam ada saka yang jaga! haha.. dan pandai mengelak bila ada tiang kat depan dia! Errrkkk.. Haha..

Dah macam dekat jepun kan? Sejuk je mata memandang, semua jalan menunduk je..! Haha..kalau jalan meninggi kepala pun salah, jalan menunduk pun salah..entah apa yang boleh..bak kata seniman R.Azmi...serba salah di buatnya ..!

Kalau jalan sambil tenung handphone tuh jangan menyusahkan orang di belakang kamu boleh tak? terhegeh hegeh..senyum sorang sorang..! 

Anda Mungkin Meminati :

Pengsan

Pernah tak korang secara 'tak sengaja' terlajak bangun dari tidur dan bila tengok jam kat dinding, terlewat 3 jam dari masa sepatutnya yang korang target? terperanjat? haha, tengok telefon ada berpuluh puluh misscall, berbelas belas SMS, notification media sosial jangan cakap lah... Apa perasaan korang masa tu? mesti panik dan takut  nak tengok telefon..kan? hahaha

Sepatutnya pagi ini ada tiga temujanji di pejabat, haha..mampuuih la aku, macamana nak menjawab? haha, takut nak tengok telefon, sempat tengok satu je sms dari big bos yang bertulis..'Mana, meeting nak start ni, orang tunggu kau ni, meeting tak boleh start, kalau kau takde!?', perkataan lain aku tak takut sangat, tapi kalau big bos tanya MANA? tuh ayat paling aku takut! haha pukul 6 pagi baru mula nak tidur sebab buat 3 assignment, sejak akhir akhir ni, time management dengan aku sekali tak terurus dah! , pergi office pun sampai terpakai selipar, dan tak sikat rambut!! Alahai...

Relax bos, aku Pengsan la.. sekarang ni semuanya hanya di hujung jari sahaja, kita buat video conference je ok, tak payah datang office pun tak mengapa beb, mesyuarat dekat rumah je..haha

Anda Mungkin Meminati :

20 November 2014

Ambil kesempatan atau kesempitan?

Semua orang termasuk rakyat marhaien terutamanya peniaga kecil kecilan merasai kesan dari pengurangan subsidi minyak, Ada peniaga kecil yang mengambil kesempatan dari kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga barang..jika dulu pau kaya harganya dikedai yang sama dibeli sebelum kenaikan, berharga RM 1.00, selepas kenaikan harga minyak, sudah jadi RM 1.20 sen? kenapa menjadi begini? sebabnya, kos barang yang lain bagi membuat pau mungkin meningkat sekali, namun selepas penurunan harga minyak? adakah harga pau akan turun? 

Yang kaya terus kaya...yang miskin terus miskin...yang kaya adalah penghasil & pengeluar barang-barang dan yang menguasai ekonomi, yang rata rata bukan terdiri dari bangsaku, aku turut merasa tempias dari kesan kenaikan harga minyak, kerana rata-rata supplier mula memberi alasan menaikkan harga barang mereka sekali ganda.... 


Anda Mungkin Meminati :

18 November 2014

Sekat Nombor Jalan Terbaik

Erm nampak macam kejam, tapi itulah realiti yang berlaku apabila berniaga dengan kawan-kawan ni, bayar nak murah, kualiti nak yang terbaik, macam tak masuk akal, kisahnya ada seorang kawan, suruh buat portal baru siap CMS, online form, payment gateway online, cetak report, daftar domain dan hosting, Erm nak bayar dalam RM1800-RM 2000dua ribu (2k), aku dah biasa tolong ramai member, tapi yang ini memang melampau...! rasa dah tak boleh tahan lagi hati ini, macam nak menangis pun ada, nak gelak pun ada! Bercampur campur lah.. haha

Aku pun ada anak bini, nak bagi makan apa? pasir? sesiapa yang berniaga sikit sebanyak mestilah mahu sedikit untung, dari modal yang di keluarkan, untung tu bukan la sampai boleh beli banglo!! kawan kawan jugalah, bussiness tetap bussiness, tapi jangan la melampau sangat, aku nak bayar gaji budak lagi, kejap kejap member aku ni call dan mesej, minta tolong buat dan selesaikan hal dia, macam mana lagi nak cakap, entahlah di luah mati emak, ditelan mati ayah.


Anda Mungkin Meminati :

Apabila Sudah Tidak Tahu Beza

Awak dari mana ya

Berat dan kisah benar, apabila orang sekeliling dah tak tahu beza rakyat negara sendiri, kisah sedih ini bermula, apabila saya hadir di suatu majlis, tiba tiba ada makcik bawang bertanya, awak dari mana ya, dari pakistan ke ? nampak macam orang sana...Hei! saya orang malaysia lah, bukan pakistan! Teruk sangat ke bila ada jambang ni? Sedih tau bila jumpa orang, orang dah tak kenal lagi..lepas tu dah lama sikit baru member tegur dari pakistan ke? Hah??


Anda Mungkin Meminati :

Download video dari youtube

Ramai yang suka tengok video dan dengar lagu di Youtube, tapi tidak tahu bagaimana nak memuat turun audio atau video tersebut? Jika tahupun cuma copy embed code dan paste di blog. Ada banyak akaun web yang digunakan untuk muat turun, namun terpulanglah kepada masing-masing, aku lebih selesa muat turun video dari youtube menggunakan cara ini, korang juga boleh convert video kepada format audio (mp3). mudah sahaja, hanya perlu copy dan paste dan mahir dalam ilmu hisab matematik..haha 

Tutorial di bawah ini adalah Cara mudah download video dari Youtube, langkah pertama, pergi www.youtube.com dan lakukan carian video dan audio kesukaan anda.


Anda Mungkin Meminati :

17 November 2014

Sekejap je masa berlalu

Sekejap je masa berlalu, hari bertukar hari, tahun bertukar tahun dan masa terus berlalu begitu sahaja, dalam masa yang sama, tiga bulan masa diberi, hilang dan berlalu begitu saja..! tahu tahu lagi seminggu nak tiba deadline!! ermm..baru mencabar buat last-last minit, kan? kan? haha apa pun result tetap ok

Adrenalin ku bergerak laju, pandangan ku ke langit biru, berlari laju, ku terbang tinggi, menuju ke langit itu..nah! rasakan bahang nya! sambil buat assignment sambil mendengar lagu adrenalin dan gemuruh dari faizal tahir membuatkan semangat membuak dan semakin memuncak muncak nak menyiapkan tiga assigment ni...sekejap je masa berlalu...hero hindustan biasanya last-last minit datang dia punya kuasa sakti..

Aku cinta hayat lalu...berikan aku kuasa sakti! layan lagu carpenters jap la..kasi tenangkan jiwa lara ni...haha




Anda Mungkin Meminati :

Cara Cara Install Brushes Photoshop

Ada banyak perisian yang menyokong pembinaan rekabentuk, antarannya seperti adobe illustrator, adobe pagemaker, paint, adobe photoshop dan sebagainya, bagi pemasangan brushes kali ini dan Cara Cara Install Brushes Photoshop, di posting artikel kali ini, ditunjukkan Cara Cara Install Brushes Photoshop bagi versi CS3, namun boleh juga diguna pakai cara yang sama di perisian versi sebelum atau bagi yang terkini

Sebagai designer, anda mungkin tiada masa dan tiada idea kadang kala memerlukan masa yang lebih untuk membuat rekabentuk, kaedah ini mungkin mempercepatkan proses merekabentuk (design) artwork anda semua, boleh di katakan ini adalah cara yang pantas untuk membuat design, ok, lepas ni dah tak payah nak fikir sangat idea atau lukis 'manual'. Guna brushes preset sahaja dan ikut langkah langkah Cara Cara Install Brushes Photoshop di bawah ini.


Anda Mungkin Meminati :

16 November 2014

Bukan Takut Tapi Hormat

Bukan Takut Tapi Hormat

Kalau cakap banyak dan sumpah bagai pun tak guna dengan bini!! dia bukan faham pun, kalau faham, pun dia akan buat buat tak faham, susah nak menerangkan, kena tunjuk gambar, baru nak percaya!..alahai tapi bila aku ambil (snap camera) guna handphone depan kawan kawan, kena gelak pula dengan diorang,weii tolonglah, aku bukan takut bini lah, bini yang tak takut aku! Bukan aku suka suka nak ambil gambar korang la wei, harap faham lah...!

Apa ingat aku suka suka ke ambil gambar ni? Terpaksa je ni haha erm yang korang ni buat buat main game dekat handphone masing masing, angkat handphone tinggi tinggi tu snap gambar makanan konon konon nak masukkan dalam instagram dan facebook? entah yer yer je padahal ambil gambar aku la tu nak hantar report dekat bini dan teman wanita? Kan? Haha

Anda Mungkin Meminati :

15 November 2014

Kena Ubah Cara Pendekatan

Sekarang ini, semua perkara urusan konvesional mungkin tidak relevan di zaman siber ini, kos sara hidup naik, semua naik!! Semua orang semakin berkejar kejaran mencari duit..! Tiada masa, mana kaedah yang cepat, itulah yang digunapakai. Hah betul ke  ?

Kita didedahkan dan di kejutkan dengan pelbagai isu membabitkan pelajar sekolah kini mungkin salah satu faktor disebabkan mereka tertekan dengan cara pembelajaran yang masih tipikal di sekolah, Kena Ubah Cara Pendekatan, di fahamkan ada lab komputer yang disediakan kerajaan, tetapi tidak digunakan sebaiknya, mungkin guru ICT tak berapa faham yang apa patut dibuat dengan makmal komputer , tak faham memanfaatkan 'pemberian' dan apa tujuan nya di bina?


Anda Mungkin Meminati :

13 November 2014

Bila Daddy Nak Belikan Mainan

Muhammad Qayyum Rayqal My Son


Muhammad Qayyum Rayqal dah tanya, bila daddy nak beli mainan? Ya, aku ada cakap nak beli haritu, alahai anak ku...!! kalau dah cakap sekali, diorang ingat eh, siap tuntut lagi bila nak bagi, hehe, maaf ya, daddy terlupa, banyak benda nak fikir, petang ni daddy cuba carikan helikopter mainan, , lain kali jangan cakap nak beli, menganyah sangat!!

Anak anak zaman sekarang, macam komputer otak diorang, ingat apa yang kita cakap!! Kalau nak beli, tapi yang kesiannya aku, tak boleh beli satu, kena beli dua (2),  karang bergaduh lak nanti dengan adiknya si Sofiyyah Az Zahra. Bawa dia makan roti canai dan milo ais di kedai yang berhampiran, kata nya dah lama tak makan roti canai cicah gula. Sambil makan, mulut sempat lagi tu bagitahu, bila daddy nak belikan mainan? Haha

Anda Mungkin Meminati :

12 November 2014

Sarapan Pagi Dengan Keropok Lekor

Adik aku haritu ada pergi lawatan sambil belajar di kelantan, ada tugasan mengaudit masjid di sana katanya! macam biasa la, bila dah pergi sana, dalam kepala otak aku dah fikir keropok ikan parang dan keropok lekor ! hah apa lagi kirim la! terus mesej dia, kirim keropok lekor, nanti bayar, haha...

Keropok lekor ni memang sedap di makan, lagi sedap ketika panas panas dan goreng garing, cicah sos cili, ermm memang sedap, boleh di makan tak kira waktu, ketika santai, waktu pagi, selepas makan malam, sambil menonton televisyen. Pagi ini, sebelum pergi pejabat, goreng dulu keropok, sedap cicah dengan sos cili..! Indahnya sarapan pagi aku hari ini, baru nak makan banyak sikit, bebudak dua (dua) orang ni dah bangun, tak gosok gigi dan terus makan, bangun pagi semua perut lapar, lepas tu bergaduh dan ada sahaja ceritanya..! Kalau di layan, memang alamatnya tak pergi kerja la..haha

Sarapan Pagi Dengan Keropok Lekor

Si adik ni mulut bising sedikit, namun Muhammad Qayyum Rayqal tetap tenang macam daddy dia, dah jangan gaduh gaduh, makan semua nya habiskan, takpe daddy dah kenyang, nak rasa je, mengidam kan...! Gambar dan dialog di atas tu, ayat dan penceritaan yang sebenarKeropok lekor ni memang sedap di makan. Hehe

Anda Mungkin Meminati :

Ada Udang Di Sebalik Batu

Kejadian Amuk Yang Mengerikan

Pagi sebelum pergi tempat kerja, sempat bagi ikan ikan makan, tiba tiba, terkejut ada seekor udang galah keluar dari celah batuAda Udang Di Sebalik Batu rupanya, Eh, siapa yang pandai pandai letak udang galah dalam akuarium aku ni?? Patutlah ada ikan mati dan tahu tahu hilang je, Tapi yang kelakarnya, bila dah tuang makanan ikan, makanan ikan tu, terapung kat atas air, haha kesian udang tu...!

Ermm tak apa lah, jangan mengamuk ye udang, nanti makanan tu turun, kalau susah sangat, awak makan je ikan dalam tu, itu namanya rantaian makanan, lepas udang makan ikan dalam tu, nanti aku masak dan goreng kau habis cerita...! Selesai kes !! haha begitulah cerita Ada Udang Di Sebalik Batu

Anda Mungkin Meminati :

Telur Ayam Kampung Separuh Masak

Nenek aku ada menternak ayam kampung, entah dari mana datang ayam tu aku pun tak faham, dan bila musim bertelur, nenek akan kutip jual telur dengan harga RM 0.50 sen sebiji, untuk menjadikan ayam ni sihat bertenaga dan kejap kejap bertelur ni, kena bagi makan beras padi dan apa entah, dah lupa, tapi bagus juga kan, boleh buat duit! Hidup di suasana kampung, ni memang sesuai la, tak kisah pun pasal bau, dan bunyi bising ayam. Orang kampung sempoi, santai.

Dalam masa yang sama, aku memang minat makan telur separuh masak, hampir setiap pagi, aku mesti kena telur separuh masak, dah terbiasa dari masa kecil macam tu, telur separuh masak, mak buat kan lepas tu letak kicap manis kipas udang, wah! Memang sedap dan berkhasiat..!  berkhasiat dan menambah protein dalam badan.


Anda Mungkin Meminati :

Kasau nye! dont mess with melaka?

dont mess with melaka

Slogan baru melaka kini, DONT MESS WITH MELAKA...hah, bagus lah...baik nau kasau nye ayat...pelancong luar ramai dah complaint...bila masuk je melaka terus takde mood dah ! slogan macam menghalau je..! mungkin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang.. haha..itu rakan rakan luar cakap...bukan aku...! niat nye satu je...tak nak orang buang sampah merata rata di Melaka...ermm! kan ada baiknya...letak ayat seperti JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA LA LAHABAU..direct to the point kan?


Anda Mungkin Meminati :

11 November 2014

Hilang Penat Seharian Bekerja

Betul Betul Letih Si Sofiyyah

Letihnya hari ni banyak hal nak kena urus, tapi masih boleh buka blog dan blogwalking di blog rakan rakan bloglist. Apa guna ada smartphone, kan? Hehe, kalau menguap, tutup mulut la adik...! Macam macam ragam anak bongsu aku ni!

Haha..kadang kadang bila aku pulang rumah dari tempat kerja, yelah penat kan, sebab seharian sibuk dengan pelbagai ragam dan karenah hal pejabat!! tapi secara tiba tiba menjadi tenang dan tersenyum, bila melihat perangai anak anak ni macam si Sofiyyah ni, betul betul letih tu!

Hilang penat seharian bekerja! Love you my daughter.

Anda Mungkin Meminati :

Anak Anak Cepat Membesar

Anak Anak Cepat Membesar

Alahai, sekejap je masa berlalu , tahun depan si abang Muhammad Qayyum Rayqal dah nak sekolah, adik dia lagi 2 tahun, haritu pra daftar untuk genius aulad setiap sabtu bagi dia serasi dengan budak budak lain...! Baru baru lagi nampak macam susah nak bercampur gaul dengan bebudak lain, anti sosial macam ayahnya ..haha.

Dari apa yang aku lihat, Qayyum ni ada minat nak belajar, keinginan untuk nak tahu suatu benda, lukis dan dengar cakap cikgu ustazah yang comel ! Cuma tak reti bergaul je..! Mungkin ikut daddy dia yang anti sosial, asyik menghadap komputer buat web system dan design .!

Tahun depan dah nak sekolah, secara automatik, akan tiada mainan dan utraman lagi..! Sekejap je masa berlalu, belajar pandai pandai ya anak anak ku, nanti dah besar jadi chef dekat hotel tujuh bintang ataupun engineer, boleh masak kan daddy dan mummy lambchop hari hari..!

Anda Mungkin Meminati :

10 November 2014

Macam Ini Punya Orang Pun Ada

Macam Ini Punya Orang Pun Ada

Harini tension sikit dekat pejabat..! Entahlah asyik nak marah je, maybe banyak error keluar dekat web portal!! Haha...tapi SKT bebudak ni semua aku bagi 90 keatas..bagi diorang semangat sikit nak bekerja, kesian diorang penat kerja..katanya..! 

Aku keluar jap la, ambil udara dan layan perasaan sambil dengar lagu Junainah M Amin - Tenangkan jiwaku, nampak la sorang budak lelaki, yang kerja kat kedai pakaian ni, bukan main geleng geleng kepala bila aku perhatikan betul betul, oh! pakai walkman dengar lagu rupanya..!! bila aku tanya harga baju, takde maklumbalas, budak tu cam buat buat tak dengar, entah lagu apa agaknya..aku pun tanya lagu apa kau dengar tu? Budak tu cakap..lagu biasa biasa je bang...!!

Aku cakap la dengan budak tu, boleh aku dengar lagu tu? Sebab saya suka muzik juga adik, cam best je? aku ambil earphone dia dan pasang kat telinga, ermm hampeh, takde sebarang bunyi langsung! Mana lagunya dik?? Ermm budak tu cakap takde lagu bang..saja je nak eksyen!!


Anda Mungkin Meminati :

Apa yang dimenungkan tu?

APA YANG DIMENUNGKAN

Entah apa lah yang dimenungkan si kecik ni, apa nak dimasak agaknya nanti? Haha atau fikir masalah negara? Bila lepak dengan daddy..banyak lah masalah yang di dengarnya! Kejap kejap orang call dan kadang kadang bila daddy mengeluh dan termenung, si kecik ni pun ikut sama termenung sekali...! Si kecik yang memahami...lepas ikut termenung berberapa minit dan tak berani bersuara, bila tengok daddy happy sekejap terus minta belikan mainan...alahai si kecik..haha

Anda Mungkin Meminati :

8 November 2014

Menyambut Hari Jadi Emak

Menyambut Hari Jadi Emak

Semalam 7 November 2014, aku, ayah dan adik beradik menyambut birthday mak yang ke 54! Semua anak anak wajib datang, kalau tak datang alamatnya! Haa..esok kena hantar report. Selamat hari jadi emak...! Terima kasih kerana membesarkan kami semua dan harapan kami semua, semoga mak di murahkan rezeki, cekal, panjang umur, tabah dan kelihatan muda selalu!
Menyambut Hari Jadi Emak


Anda Mungkin Meminati :

6 November 2014

Tak puas hati lagi....haha!

Apa gunanya ada korang kan? kan? kan? boleh lah bincang, dan bertukar pendapat! aku nak posting semula pasal isian minyak ikut liter atau RM, mana yang lebih menguntungkan kita? adakah balance liter menguntungkan syarikat minyak?

Aku perlukan pendapat dari korang, hehe...hari ni aku cuba la mempraktikalkan isian RM 40.00, sepatutnya jumlah liter yang masuk kedalam tangki kereta berjumlah 17.3913043478..dari mana aku mendapat nilai liter itu? teknik kiraan dia 1 liter = RM 2.30, jadi, untuk mendapat nilai liter bagi isi RM 40.00, RM 40.00 / 2.30 = 17.3913043478 lah! kan? kan?


Anda Mungkin Meminati :

Minda power!

Setiap manusia yang lahir di dunia ini, mempunyai kelebihan masing-masing, kenali potensi diri dan diri sendiri dahulu, apakah kekuatan kita! Allah SWT telah menciptakan manusia itu sebaik baik kejadian, terokai lah kehebatan itu..ada! cuma kita je yang tidak sedar kehebatan diri yang ada..

Kalau kita cakap kita boleh buat, niat dan ada matlamat apa yang mahu di capai, pasti anda akan temui kehebatan yang ada di dalam diri kita...pokok nya, kena yakin dan usaha dan terus usaha untuk mencapai matlamat ...! Sebelum tidur aku selalu pesan dengan diri aku, esok aku nak pergi kerja pukul 7.00 pagi dan nak bangun awal seawal jam 6.00 pagi, walaupun jam di dinding ketika itu dah pukul 5.37 pagi...! Pasang niat dan bersungguh sungguh, kita pasti mencapai apa yang kita nak...kalau kita tanamkan perasaan malas, kita akan jadi seperti apa yang kita nak, iaitu malas sepanjang hari! Haha

Merujuk kepada kenyataan David j. Schwartz, The Magic of thinking, kata nya "Believe it can be done. When you believe something can be done, really believe, your mind will find the ways to do it. Believing a solution paves the way to solution", dan tertarik juga dengan kenyataan dari Stephen Richards yang berbunyi "When you concentrate your energy purposely on the future possibility that you aspire to realize, your energy is passed on to it and makes it attracted to you with a force stronger than the one you directed towards it"


Anda Mungkin Meminati :

5 November 2014

Kes penipuan online

Banyak penipuan online sekarang ni berlaku, tadi ada seorang rakan di tipu, macam biasalah, bila dah kena tipu, barulah datang jumpa aku!! Sebelum beli dan bayar, takde lak nak datang jumpa! Emm dengar dia cakap pun sakit hati di buatnya..

Rakan aku ni nak beli handphone, cari barang pun dekat internet, katanya mudah.my, lepas dah dapat no call penjual, terus call, bila call berkali kali tak jawab, urusniaga hanya secara whats app sahaja di layan!! Selain dari itu..No!! Rakan aku nak COD ( cash on delivery), penjual tu kata, taknak datang, sebab jauh! Alasan lain, sebabnya jantina nye perempuan! Tak elok la kononnya..! Laa..kalau taknak datang takpe la, kita boleh pergi jumpa..takde hal lah! Macam macam alasan di beri si penjual!


Anda Mungkin Meminati :

4 November 2014

Barang terpakai

Kalau sesiapa ada kenalan, orang kampung, ibu tunggal, orang orang tua, atau kanak kanak yatim piatu yang tiada tempat tinggal tetap, dan mana mana orang yang menjalani kehidupan yang daif dan susah, pada aku ada baju, t shirt, seluar, baju kurung terpakai hasil derma orang ramai di kepong, selangor, mungkin bagi kita tidak memerlukan, tapi bagi mereka yang daif dan susah, mungkin memerlukannya untuk kegunaan harian mereka, jika ada mengenali mana mana insan yang dinyatakan seperti diatas, korang  boleh menghubungi aku menerusi email di safirulamar@gmail.com

Aku pernah tulis entri berkaitan barang terpakai untuk di dermakan di  SINI , untuk makluman, aku agak sibuk sikit sekarang ni, banyak terlibat mengajar orang berkaitan ICT, tak sempat nak buat food not bombs dan sosial charity..separuh barang telah di agihkan dari rumah ke rumah di Melaka. Kondisi barang masih baik, cuma perlu dicuci semula, takut ada hama dan debu...


Anda Mungkin Meminati :

Hidangan Makanan Jepun Gyudon

Kalau dah nama pun anak jati Melaka, memang hari hari makan asam pedas!! kalau tak pekena asam pedas melaka, makan pula asam pedas johor, memang terbaik! lepas makan makanan pedas-pedas, mulalah bercakap pun 'pedas' sampai keluar 'api' ala ala orang melaka hahaha!  emm gurau gurau je ya, emm daging salai masak lemak negeri sembilan pun sedap juga.

Kadang kadang kita kena tukar selera,kan? baru kemanisan sebuah kehidupan dirasai begitu juga bila kita berblog, setiap entri tidaklah menjurus kepada sesuatu kategori, kadang kadang perlu ada entri yang serius, berkaitan kerjaya, keluarga, perniagaan, politik dan sebagainya, sekadar berkongsi pengalaman dan idea. apa salahnya? namun, terpulang kepada masing-masing.

Ok, kali ini nak buat review tentang Hidangan Makanan Jepun iaitu Gyudon, hidangan ini boleh di dapati di Restaurant Sukiya, biasanya ada di Aeon Jusco, cari je nama nya Sukiya.  


Anda Mungkin Meminati :

Pandai bergaya!


Pandai anak anak aku ni posing..haha, gambar ni masa konvokesyen adik aku di ukm bangi minggu lepas! Yang abang..side mummy dia, si adik, cam biasalah side daddy! Senang je nak tackle budak budak ni..haha...buka game dan tanya siapa nak mainan? Emm sayang la jap lagi..haha

Aku takde masa ni, ada kelas ganti..prepare assignment dan cari bahan di library! Masa begitu mencemburui..! Haha..

Diorang ni kejap kejap nak minta ambil gambar..selfie la itu la..cepat cepat besar ye, nanti esok jadi boleh jadi chef, boleh masakkan daddy hari hari lamb chop dan asam pedas! Hee

Anda Mungkin Meminati :

3 November 2014

Latihan dalaman Microsoft Word

Pada 04/11/2014 aku kena beri taklimat dan latihan bagi kursus microsoft office word! Faham faham lah, dah nak hujung tahun...semua nak achieve apa yang belum capai!!  Dalam taklimat dan latihan ni, level pembelajaran, intermediate dan advanced. Nota diberi selepas habis latihan, kalau bagi awal awal, bukannya diorang belajar, diorang mengenyam nanti!

Kalau ajar terlalu asas, nanti peserta main-main. Masa latihan lepas yang kursus asas internet komputer, aku dah maki sorang peserta ni, kalau kau dah pandai sangat, jangan ganggu peserta lain dan buat bising! Aku cakap dengan minah ni, kalau tak berminat..boleh berambus! Kalau kau pergi kursus berbayar pun belum tentu kau akan dapat apa yang aku ajar hari ni. Bila tanya, tak dapat jawab! Dah tu kenapa nak interrupt dan influence orang lain??! 

Latihan ni, modul yang akan di ajar ialah seperti table of contents, security protection document, customization interface, table, mail merge, web, page orientation, shortcut key, paragraph setup dan lain lain.

Aku banyak guna microsoft word untuk buat content web based...microsoft word ni banyak kegunaannya!! Belajarlah...selagi boleh. Duit kumpul macamana sekalipun, ada susut nilai dan akan habis bila di belanjakan, sebaliknya dengan ilmu! Ilmu makin bertambah dan tidak akan berkurangan bila kita belanjakan dan kongsikan dengan orang lain.

Korang ada idea? apa lagi part yang nak aku ajar untuk microsoft word ni? Saja je, nak minta idea korang, apa salahnya...!!? Kan..hee

Anda Mungkin Meminati :

1 November 2014

Sepotong kuih...

Seorang wanita membeli majalah dan berberapa ketul kuih, sementara menunggu kereta api tiba, wanita tersebut membaca majalah yang dibelinya dengan kusyuk. 

Ketika membaca majalah tersebut, duduk di sebelahnya seorang lelaki. Namun tidak di endahkan oleh wanita tersebut. Tiba tiba lelaki tersebut mengambil seketul kuih dari dalam beg plastik! Wanita tersebut menyedari, dan diam sahaja, dalam hati wanita tersebut berkata " dah la curi kuih aku, langsung tak ucap terima kasih!!


Anda Mungkin Meminati :

Kurang kasih sayang

Kereta tu dah baik baik setting volume sound dan bass sound, kau upgrade tambah speaker besar gedabak, lepas tu buka semua pintu kereta!!..buka lagu techno, sound level maksimum!! Berdentam dentum!! Aku nak tidur pun tak senang!! Apa yang kau nak dalam hidup? Yang pelik tu, tak pekak pulak telinga kau?? Sabar sabar...entah apa apa lagu la kau buka! Kalau buka lagu kartina dahari ke hetty koes endang - syorga dan neraka..ok la gak! 

Lepas slow sikit volume kereta oku tadi...bunyi motor modenas kriss buatan malaysia lak...buat bising! Dah baik baik motor tu ekzos tak bunyi apa apa? Yang kau convert jadi bunyi motorboat tu dah kenapa bai?? Beli jelah superbike...bunyi bising pun tkpelah..susah duduk malaysia ni!! Motor honda ex-5 dah jadi harley davidson atau superbike valentino rossi!! Kereta wira dah jadi lamboghini...

Agaknya kurang kasih sayang kot...tuh yang beriya nak tarik perhatian orang ramai! Aku mungkin boleh bersabar, tapi anak anak aku?? Terperanjat diorang...aku nak rehat pun tak senang..!

JCB traktor pun takde bising macam bunyi motor dan kereta kau! Aku jadi masked rider ichigo karang baru kau tahu. Kalau report polis ni, boleh didakwa dibawah kategori kacau ganggu. Sekali sekala layan muzik disko ni best gak! Tapi kan! Tapi kan! Boleh tercabut jantung lah! 

Anda Mungkin Meminati :

Aiskrim...

Sofiyyah Az Zahra Makan Ais Krim

Si Sofiyyah Az Zahra kalau satu hari tak kena Aiskrim tak sah! Mesti nak makan juga Aiskrim...! Lepas makan aiskrim, suka duduk bawah katil, nak kan privasi katanya ! Macam biasalah, melepaskan hajat acah acah tiada siapa yang akan tahu! dan taknak diganggu sesiapa! Haha, nasi taknak makan!! Aiskrim je manjang ! Sofiyyah.. 

Daddy dulu kalau nak makan aiskrim, kena tunggu petang, dalam jam 4-5 petang, tunggu apek datang bawa aiskrim, haha..! Sementara masih kecil lagi dua dua anak ni, enjoy la! takpela..nikmatilah secukupnya masa kanak kanak, nanti dah mula bersekolah di tahun depan Kena ikut peraturan, selagi tak siap kan kerja sekolah dan baca buku tak boleh main mainan! tak boleh makan aiskrim, anak anak kecil ni, jangan di halang kemahuan mereka dan jangan marah marah? Takut terbantut tumbesaran mereka! Tapi perlu ada limit..dalam lembut, mesti ada ketegasan sikit...!! 

Anda Mungkin Meminati :

Banyak undangan ...

Bila nak tiba hujung tahun, memang banyak lah undangan kerja kahwin, setiap minggu ada je undangan...orang dah jemput, wajib datang, lainlah kalau tak jemput, buat apa nak datang, haram kalau dalam islam! Biasanya kalau aku tak sempat, nak pergi semua rumah, aku datang beri duit je..tak pun kirim!! Emm oleh kerana ekonomi tak berapa nak ok sekarang ni, amaun pun kurang sikit! Haha

Tahun depan aku dengar, semua naik harga!! Salah satunya sewa rumah, cukai pintu, susu formula dan lain lain..ada rezeki lebih dapatlah lebih, tetap bagi...walaupun sikit, bukan aku datang sorang, aku datang dengan isteri dan anak anak sekali...!! Yelah kos nak buat majlis kahwin pun bukannya murah...

Hari ini kita hadir majlis orang, esok orang hadir majlis kita pula! Kita ni hidup bermasyarakat......!! 

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih