Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee

20 Januari 2015

Inilah padahnya degil sangat

Inilah padahnya kalau tak sambung study lepas diploma, kan dah tak boleh nak buat exemption credit..adui, 40 subjek kena ambil semula, lemah badan, sementara ada peluang dan tawaran sambung, baik korang sambung, jangan jadi macam aku!! 8 tahun lepas grad diploma pada 2006, tahun 2014 baru terhegeh hegeh nak study semula! padahal kalau sambung belajar lepas diploma, 1-2 tahun dah selamat dah! 

Hee..ermm pejam celik kejap je nak masuk semester 4, dari semester pertama sampai la ke semester 4, asyik mengadap dan jumpa course english je, english communication, english in workplace alahai..bosan!! english aku bukan lah hebat sangat..setakat cakap i want sleep tau lah! nampak gayanya kena rujuk kamus besta lagi lah yeee....haha, kamus besta penyelamat keadaan!

Entah macam mana lah agaknya result peperiksaan semester lepas..harap harap lulus, so far buat masa ni, belum pernah repeat paper lagi..paling teruk repeat peperiksaan masa ujian memandu lesen L berkomputer..8 kali ambil tak lulus-lulus di melaka, tapi sekarang ni dah lulus ye ambil kat ujian memandu tangkak!

Takpelah, susah susah dahulu, senang senang kemudian..NO PAIN NO GAIN, putih, putih, baru lah putih!..saboor jelah.
    

Anda Mungkin Meminati :

7 komentar:

  1. SY PON DH LAMA GAK TINGGALKAN DIPLOMA DH 9 TAHUN HEHE..MASIH LOM AD KESEDARAN NAK SAMBUNG EKEKKE

    BalasHapus
  2. jenuh gak nak start belajar semula bila dah lama tinggalkan. susah nk dpt tune study tu hehe

    BalasHapus
  3. Ouhh kalau dh lama tinggal dip tak boleh buat exemption credit eh. Baru tau. Huhuhu. Sy lepas dip 2013 terus sambung, then class degree terus masuk sem 5:))

    BalasHapus
  4. oo transfer credit ya... saya masa masuk degree dpt 4 subjek ja dpt kurangkan... disebabkn tukar kos.. dri akaun ke logistic... redha ja la..

    BalasHapus
  5. dahsyat nya 8 kali..!
    em..tak apa la janji dah lulus sekarang dan ada lesen kan..
    sya lepasan stpm..,dpt tawaran degree,tp terpaksa tolak la atas sbb2 tertentu..nak sambung..kena tunggu dlu..

    tp lepas dh tinggalkan lama zaman belajar,bila tetiba sambung blajar,mmg susah nak pickup ...maksudnya susah nak ada semangat belajar tu

    BalasHapus
  6. 40 subjek masak nak habis kan. Pejam celik pejam celik naik pentas gak nanti. Huhu

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih