Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee

27 Maret 2015

Macam Macam Kisah Pelik Berlaku

Perangai dan kejadian aneh dan pelik terbaik minggu ini dan aku rasa wajar untuk di kongsikan bersama korang yang berlaku ialah pada 27 Mac 2015 (jumaat) , tiada niat apa pun, hanya berkongsi kisah dan pengalaman yang berlaku. Antaranya seperti Parking kereta di sebuah pasaraya sambil kereta enjin terlupa padam, dan bergegas pergi meeting, selepas meeting baru tersedar kunci kereta tak tahu letak di mana. Perkara kedua, Handphone kena ragut, dan dapat lihat peragut ada di depan mata, tapi tak bantu kejar sebab berlaku sangat pantas, hanya mampu menulis nombor pendaftaran kenderaan itu sahaja, selepas itu, hanya memerhatikan peragut tersebut berlalu begitu sahaja. 

Aku pelik betul dengan kejadian sebegini, dan kejadian ini bukan lah berlaku pada diri aku, ia berlaku dan terjadi pada rakan aku dan orang di sekeliling aku dan kebetulan terjadi di depan mata. Haha, Merujuk kepada kes (1), selepas jumaat aku ada meeting bagi montage video sebuah agensi kerajaan, dan aku bawa rakan selepas dia parking kereta dia, aku pun bawalah menaiki kereta aku, selepas meeting dan mendapat jalan persetujuan, kami pergi minum, selepas tu, baru kawan tu panik! apa taknya kunci kereta hilang!

Ermm cari punyalah cari tak jumpa, apa lagi, aku bawa dia ke tempat dia parking kereta, dan sedikit lega, kereta nya masih ada dan tidak hilang!! yang peliknya enjin kereta pun tak tutup, kunci tak cabut alahai sampai macam ni sekali kau !! memang kes aneh ni! kalau iya pun, nak menepati masa hahaha meeting dah lah 2 jam setengah..korang bayangkanlah dalam masa 2 jam setengah tu, enjin tak padam, automatik kereta tak lock lah, lokasi meeting dan tempat parking dalam linkungan 15 Km, terbiar je la kereta tu dengan enjin yang masih hidup!!

Nasib baik tak hilang, pencuri masuk kereta terus tekan pedal minyak, selamat!! haha


Kes (2), selepas aku balik dari meeting dan hantar partner biz aku keretanya..sambil berjalan-jalan memikirkan tabiat dan perangai aneh sebentar tadi..tiba tiba ada seorang perempuan dengan cemas, minta pen pada aku! aku pun bagilah pen..aku nampak dia seperti mencatit sesuatu, nampak gayanya seperti nombor dan perkataan, sambil melihat berberapa pemuda sedang start enjin motor sambil berborak!!

Macam Macam Kisah Pelik Berlaku
Sumber dari Google
Aku pun tanya lah kenapa catit apa tu, gadis tu cakap, nak catit nombor motor orang yang ragut handphone dia.. senang nak trace alamat rumah peragut tu sambil si wanita ni bercakap dengan aku, peragut tu pun berlalu dengan perlahan lahan seolah olah tiada apa apa, aku pun cakap lah dengan akak tu, kenapa tak bagitahu, kami boleh kejar dan dapatkan semula, kan orang sekeliling ramai, bolehlah tolong tangkap kan, si wanita ni takut di apa apakan, alahai!

Kenapa biarkan peragut tu lari begitu sahaja...! dan lebih mengejutkan..husband wanita tersebut sedang bershopping di tingkat atas...alahai! Eh, pening aku macam ni lah, call husband datang bantu, dah betul lah tu, Memang perangai pelik dan aneh....

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. huhu, pelik.. tapi kalau kita dlm keadaan diorang mesty jadi panik juga. tak tahu ape nak fikir. huhu

    BalasHapus
  2. hui boleh tahan pelik dan aneh jugak dua2 kes nih hehe

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih