Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Friday, January 02, 2015

Bawa anak pergi gunting rambut

Tadi petang selepas balik dari kerja, bawa anak sulung pergi gunting rambut, tapi sebelum gunting rambut, kena umpan dulu, kata nak beli mainan dan aiskrim, ingatkan nangis, tapi kali ni relax dan steady je..tak nangis hehe, biasanya kalau bawa pergi gunting rambut..macam nak pengsan dibuatnya tukang gunting..kesian terpaksa bergelut!! 

Tahun ni genap 5 tahun dan masuk pra tadika pada 12/01/2015, dah beli sikit sikit barang sekolah, semangat nak sekolah katanyaaaaa...ermm yelah, tunggu dan lihat jelah..silap silap hari pertama dah nak minta balik rumah! hahaha apa pun..jangan risau ye, nanti daddy temankan!!

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox

Sebagai seorang bloggers, programmer ataupun yang berkaitan dengan perniagaan atas talian (online) yang menggunakan blog atau website, anda memerlukan plug in tambahan seperti add-on Firebug (inspect element) untuk mengenal pasti kedudukan koding (script) dan CSS anda.

Firebug juga membantu anda dalam menambah baik blog, website, portal anda, tanpa detecter seperti firebug kemungkinan anda akan 'muntah' bila melihat script seperti HTML, CSS atau script yang panjang berjela. Hanya gerakkan kursor di kawasan blog atau website yang anda mahu ubah, dan right click dan pilih INSPECT ELEMENT.

Dengan adanya plugin add on seperti Firebug, senang sikit nak detect location script, jangan risau, ia bersifat sementara. Dipelayar web google chrome, telah tersedia secara automatik, apa yang perlu anda buat, cuba right click dan lihat INSPECT ELEMENT, anda akan dapati script berupa CSS dan Script koding di bahagian bawah, anda boleh mengubah, dan perubahan itu hanya sementara sahaja. jika refresh ia akan seperti sediakala. Mari lihat langkah langkah di bawah macam mana install add on Firebug di browser Mozilla firefox.


Akhirnya setelah sekian lama

Akhirnya setelah sekian lama aku meninggalkan dunia gigs, rock kapak macam cerita rock ooo tu, akhirnya termeterai juga keinginan 'reunion' dengan jamming session bersama bekas drummer band aku! haha...teringin gak nak jamming lagu lagu 'hits' ketika main band suatu ketika dulu..nasib baik jumpa bekas pemain drum band aku.

Kebetulan dah jumpa, terus aku ajak jamming....hehe dari takde apa nak buat duduk mengadap laptop dan mengeteh je sambil bincang peluang perniagaan..boring lah...we want rock! we want rock! alang alang dah jumpa kan? kan? kan? apa lagi...kembali pakai spike di lengan, terus koyak kan seluar, serabut kan rambut! pakai patches..baru Metal dan rock sejati! hehe

Tangan aku pun macam susah dah nak main dan pegang gitar, dulu masa main band,  sebagai position rythm guitar dan backup vocal je, kehebatan setanding seperti Kai hansen (helloween) ataupun seperti Allahyarham M Shariff..sekarang ni? hampeh..lupa kod lak tu! haaa..tapi bila petik ada la sikit sikit sound gitar macam kirk hammet metallica dan marty friedman..hehe aku gurau gurau je, takde la sehebat seperti yang di nyatakan diatas. mereka tu semua influence aku dari dulu ketika main band dan hinggalah sekarang. Tapi yang penting...Jamal Abdillah tetap terbaik! 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi