banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Kamis, Maret 03, 2016

Urban Resilience City di Melaka

Sibuk betul awal bulan 3, dari 1-5hb ada perhimpunan pihak berkuasa tempatan seluruh dunia yang dinamakan sebagai Urban Resilience City, akan membincangkan isu isu pemanasan global, isu daya tahan bumi, hakisan, pencemaran dan segala yang berkaitn dengan isu isu membabitkan green dan technology.

Program global ini berlangsung di Hatten dan Equatorial hotel Melaka,Best juga bila bertugas macam ni, dapat makan sedap, pantau pendaftaran melalui sistem, dan dapat speaking macam mat saleh. Haha..Aku di pinjamkan ke program ini bagi membantu kelancaran dari segi ICT support..dan setakat ini segala masalah dapat di atasi..

Pengalaman yang sangat berguna dan bagus, sebagai pendedahan kepada situasi dunia luar dan memantapkan komunikasi berkesan. 

Latihan pembangunan Blog

Pada 21 Februari 2016, aku telah di panggil oleh badan parti politik untuk memberi taklimat dan latihan mengenai blog dan pemasaran internet, dengan harapan untuk membantu usahawan usahawan melayu menaiktaraf ekonomi mereka. wah...misi nya menarik dan aku suka.

Kata penganjur program lagi, program ini akan berterusan dan ada kesinambungan program sehinggalah usahawan usahawan yang menyertai berjaya..wah! lagi aku speechless! Program program percuma ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka, setiap dun, cawangan dan daerah hanya perlu menyediakan lokasi dan peralatan logistik seperti meja dan kerusi.

Program setengah hari ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. kau fikirlah sendiri, nak setup email, nak training SEO blog, nak ajar Nuffnang lagi..nak adjust template blog, coding..kau fikir sempat atau tidak setengah hari je...dan di tambah lagi ...kata kata ucapan dari 3 orang Yang berhormat..ambil purata setiap orang berucap selama 2 jam! dengan hal politik lagi, kisahnya lagi..kata kata dorongan lagi...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi