Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

27 September 2017

Perlawanan Bola Liga Super

Salam semua dan selamat sejahtera, hari ini 29 Julai 2017 ada perlawanan bola sepak liga super di mana Melaka united akan menentang Selangor, ermm kalau ikutkan hati memang malas nak tengok, sebab sakit hati, bila tengok bola sepak ni, rasa macam kena sakit jantung, bola dah ada depan mata pun, susah nak jaring gol !  lari macam itik, terhegeh hegeh, ending nya mesti kalah, tapi apa nak di katakan, itulah perlawanan, ada menang dan ada kalah. Itu pasti,  tapi yang tak tahan nya, kalah memanjang je ni...haha.

Aku tak minat bola ni sebenarnya, minat, tapi bukan tempatan la, minat bola sepak eropah, tapi sebab ada orang menaja tiket bola Perlawanan Bola Liga Super, aku datang tengok la, percuma kan apa lagi, aku datang stadium lah, bukan apa, dapatlah santai santai dan merehatkan minda, sekali sekala kena reward diri dengan aktiviti riadah macam ini, asyik sibuk kerja je manjang, sampaikan takde masa untuk diri sendiri. Jom tengok bola Perlawanan Bola Liga Super

Pergi kerja pagi, balik malam, lepas tu rehat, tidur, esok pergi kerja lagi...seperti biasa. Langsung tiada masa nak rehat kan diri, asal balik rumah je stress...

Perlawanan Bola Liga Super

Suka tengok Amri Yahya main bola, berbanding dengan player Melaka yang terhegeh hegeh macam itik lari kejar bola, entah apa yang dia buat atas padang, asyik buat mistake yang sama je ya, cakap memang senang, jadi penyokong tak sama macam jadi player atas padang tapi, dah itu pekerjaan player, kena lah kerja keras, penyokong tak nak hampa pulang tangan kosong, sekurang kurangnya kalau tewas, kalah bermaruah, ada saingan dan ada game, bukan macam nak tak nak je main. Penat geng ultras menyanyi, sampai kan lagu MAIN MACAM HANJING, (begitu lah lirik nya) semua ayat keluar hahahaha, itu aku no comment, sebab mereka (ultras) mungkin ada sebab tersendiri, hahaha, ternyata mereka kecewa dengan perlawanan melaka di khususnya Perlawanan Bola Liga Super kali ini.

Apa apa pun, aku tetap sokong Chelsea dan Ac Milan, walau apa pun terjadi, dan kalau kau orang nak cakap, aku tak support liga tempatan, eh,  aku sokong dan pilih, Selangor dan JDT, sebab team jdt ada GAYA..haha. Baru baru ini, rasa macam bersemangat nak update blog, sebab yang sebenarnya...baru lepas renew domain dan hosting, ada benda yang nak share dan untuk rujukan aku nanti....tu sebab aku update, kalau lupa nanti boleh cari semula...hari semakin bertukar hari, tahun bertukar tahun, umur semakin meningkat...ke 33 tahun, banyak benda nak fikir...lagi banyak fikir lagi banyak lupa, baik abadikan di blog, untuk semakan kembali....hihi

Anda Mungkin Meminati :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih