Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

14 November 2017

Masjid Cina Negeri Melaka

Belek gambar di dalam handphone, sebab nak remove gambar gambar yang banyak sangat, handphone pun jammed dibuatnya ternampak pula gambar-gambar lama (2 bulan lepas) semasa bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka....first time aku ke sini, sebelum ini hanya dengar je apa orang cakap pasal masjid ini, jadi pada suatu hari tu, aku pun pelawa lah ayah aku ke sana..yelah, nak juga tengok senibina nya..tengok gambar dari kawan kawan, menarik dan cantik senibina nya...

Masjid Cina Negeri Melaka

Masjid Cina Negeri Melaka merupakan masjid ketiga, selepas Masjid Muhamadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan yang di bina di Malaysia bercirikan seni bina Negeri Cina...Mula beroperasi pada 27 Jun 2014. Konsep seni bina masjid ini adalah hasil gabungan reka bentuk dari masjid di negeri cina termasuk di Beijing, Shanghai dan Xian. Masjid ini Cina negeri melaka ini, terletak di Krubung, berhampiran Stadium Hang Jebat Melaka.

Keunikannya yang lain, mempunyai dua menara pagoda iaitu merupakan mercu tanda masjid...pertama kali datang masjid ni, konsep open air, cuma pada malam tu, memang bahang nya lain macam, tiada angin, agak berpeluh lah juga masa solat, malam tu memang ramai orang, solat pula di barisan depan, kuyup! 

Masjid Cina Negeri Melaka

Kalau sesiapa yang nak datang ke Masjid ini, ia terletak berhampiran di dalam Mukim Krubong, iaitu berhampiran dengan Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali sekala pergi lah sana, merasai suasana dan melihat seni bina cina...

Konsep pengudaraan dalam masjid ini, menggunakan pengudaraan semula jadi...dan masa malam aku pergi tu...memang basah kuyup, serius...tiada penghawa dingin, ada pun kipas je, lagi kipas lagi bahang!, dan orang yang hadir terlalu ramai dan bacaan ayat dari imam pula, padah panjang..hehe. Apa pun..suatu pengalaman bagi aku...bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka...

Bagi aku lah..memang tak selesa malam tu, sebab aku ni jenis kuat berpeluh, atau tak tahu lah kenapa, mungkin dalam badan aku banyak syaitan, mungkin! bak kata adik aku, kenapa ibu jari tangan aku sebelah besar dan sebelah kecik, adik aku kata pada aku, mungkin kau ni iblis ke syaitan ? Memang terkesan juga lah..haha ermm dan bila berpeluh, biasa lah...macam macam bau keluar, aku tak selesa sebab mungkin menganggu jemaah sekeliling aku...bagi aku, kalau teringin untuk sembahyang di luar rumah, aku lebih selesa ke Masjid Selat Melaka, sebab di masjid selat melaka memang sejuk secara semula jadi, yelah angin laut kan, memang terbaik, dan banyak fasiliti (cafe, perpustakaan) dan dalam masa yang sama luas.

Masjid Selat Negeri Melaka

Kalau korang nak melancong ke negeri Melaka jangan lupa untuk ke dua masjid ini rasakan ketenangannya, jangan melawat sahaja, solat tetap wajib buat, bila sampai waktu....! hihi

Anda Mungkin Meminati :

6 komentar:

  1. Balasan
    1. Farhana & Busyra kalau ke Melaka...boleh lah..ke masjid ini...

      Hapus
  2. busyra tak penah smpai ke sini lg. bestnyaa

    BalasHapus
  3. Masjid Selat dah pernah singgah solat tapi Masjid Cina belum lalu je pernah ngeh! ngeh! ngeh!

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih