Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Thursday, June 22, 2017

Tiada Lagi Nuffnang Di Blog

Secara rasminya, aku membuang iklan Nuffnang di blog aku, rasanya buat semak je kot...iklan pun takde, bukan tak pernah dapat income, pernah dapat dua (kali), tapi kali ini, sepi je, demam! Kalau nak di katakan traffic blog menurun, maintain je aku tengok statistik, entah apa yang tidak kena dengan nuffnang ni, mungkin mereka pilih bloggers yang hebat hebat kot...tak apa lah. Ada rezeki aku yang lain, lepas buang iklan nuffnang ni, rasa 'bebas' dan tidak ternanti nanti macam orang gila bayang...haha.

Cukuplah aku sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman hidup di dalam blog ini, apa yang penting, aku happy sangat bila orang ramai dapat manfaat dari apa yang terkandung di dalam blog ini. Sebenarnya, banyak yang nuffnang dapat kelebihan bila bloggers mem'branding'kan jenama mereka...yelah walaupun pendaftaran percuma, at least jangan lah sepi je...

Ok, nuffnang..terima kasih kerana menjadi peneman setia sejak dari aku berblog pada tahun 2007 lagi..banyak membantu khususnya dari segi tambahan pendapatan walaupun sen...rasa seronok dulu masa iklan banyak masuk dan lagi seronok bila dapat upgrade ke CPUV..wah ! hehe, tiada lagi Nuffnang di blog aku...! hehe

Terima kasih...tidak terhingga. All the best!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi