banner-2017-mcj outdoor IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Selasa, Oktober 31, 2017

Bengkel Membina Laman Web Joomla 3

Tahniah kepada peserta yang hadir ke bengkel membina laman web pada 29 Oktober 2017 (Ahad), bertempat di UTC, Jalan Hang Mall, Bandar Melaka, program ini adalah inisiatif dari kerajaan Negeri Melaka di bawah program eMelaka - K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka...percuma dan tidak perlu bayar...

Program ini berlangsung selama 1 hari, peserta di dedahkan dengan sedikit ilmu dari aku berkenaan joomla dan juga di ajar untuk installation apache dan joomla, membina menu, membina artikel, belajar bagaimana untuk preview modul positions, installation templates, memasukkan gajet module dan plug ins, dan banyak lagi yang di pelajari...alhamdulillah rata rata peserta faham apa yang aku sampaikan...

Joomla sebenarnya mudah...dan untuk membina website hanyalah semudah makan kacang...yang penting kena sentiasa praktis dan sentiasa trial and error (mencuba)

Bengkel Membina Laman Web Joomla

Senin, Oktober 30, 2017

Kalau Sudah Tertulis

Minggu ini aku pergi memancing di pantai berdekatan dengan Masjid Selat Melaka...seperti biasa lah, penantian yang tidak mengecewakan dan alhamdulillah, berjaya menaikkan ikan serkut, boleh lah daripada tak dapat langsung...kalau goreng pun ada juga lah isi...haha

memancing di masjid selat melaka
Sebenarnya dah lama aku tak memancing, rasa nya hampir setahun tak mancing, last mancing pantai pun pada bulan oktober 2016, masa tu, pun boleh tahan juga hasilnya, dapat senangin, boleh baca kisah dapat ikan di SINI....banyak dah rod mancing aku jual..mungkin sebab tiada masa di sebabkan banyak mengajar dan sibuk di pejabat.........

Aku memang suka datang sini..sebab hasilnya agak berbaloi walaupun terpaksa menunggu 5-6 jam...apa nak buat..sabar, dan pasti ada rezekinya....betulkan niat kita untuk cari rezeki. Di tempat yang sama juga..aku mendapat seekor ikan pari.....memang tak di sangka sangka..namun apa nak di katakan rezeki...cukuplah lauk untuk 2-3 hari...boleh baca kisah pari di SINI

Petua untuk dapat ikan yang aku pelajari dari seorang tua yang datang menghampiri aku pada suatu ketika dulu semasa memancing betuk di sungai...ialah, bila orang lain dapat ikan, jangan pertikaikan dan jangan iri hati / dengki dan kutuk mengutuk, malah syukur...dan berdoa lah pada tuhan agar, kita juga dapat memperolehi ikan seperti mereka. Nampak seperti lucu...tapi sebenarnya...itulah rahsia nya. 

Kalau tak dapat tak apalah....maknanya bukan rezeki kita, mungkin kalau bukan hari ini, mungkin esok, lusa, tahun depan...ermm siapa tahu ? kalau sudah tertulis oleh nya...maka itu lah dia. Pernah tak balik rumah 3 hari..sebab memancing....dan akhirnya aku beli ikan merah dan ikan kembung 3 kilo, bagi pada mak ayah....diorang dapat detect yang aku menipu, sebab takde kesan matakail kat mulut dan perut ikan....itu satu kali je penipuan yang aku buat...haha...

Oh lupa....di tempat yang sama juga, aku pernah dapat ikan kurau...so far, ini lah ikan yang besar aku pernah dapat di kawasan pantai....boleh baca di SINI

How to remove text Open Source Content Management

How to remove text "Open Source Content Management" and Joomla di Header Beez3 templates ? Ok, biasanya perkataan "Open Source Content Management" dan Joomla logo ini akan terdapat di Beez 3 templates, aku sendiri pun kalau membangunkan web, kadang kadang menggunakan default templates yang di berikan oleh Joomla, iaitu Beez 3, cara nak buang banner, teks dan logo tu sebenarnya mudah sahaja, dan yang paling 'susah' bagi aku lah...haha, iaitu macamana nak buang description dan title teks tu, sebab bukan di coding tapi sebenarnya di template setting itu sendiri, di dalam CMS control panel itu sendiri.

Ok caranya mudah, boleh ikuti langkah yang di tunjukkan di bawah, cara ini mungkin dapat menyelamatkan 'keadaan' di mana , perkataan berkaitan joomla, dapat di buang, dan anda boleh memasukkan custom teks yang anda mahukan. 

Kalau dari segi SEO (Search Engine Optimization) mungkin akan memberi effect kepada web anda jika membiarkan kosong di bahagian title dan description, kerana robot di search engine tidak dapat kenal pasti blog anda, dan sekaligus menyukarkan end user untuk melayari laman web anda.  Itu pandangan aku...namun terpulang lah kepada anda semua...kalau nak guna template beez3 ni, boleh lah guna langkah langkah ini. 

How To Preview Modul Position In Joomla 3 Templates

How to preview modul position in Joomla 3 templates ? This tutorial is for Joomla 2.5 or 3.x and above where how to enable the position to place the modul or gadjet at your website templates. Boleh ikuti langkah langkah seperti dinyatakan di bawah.

Ramai yang kurang faham, macam mana nak preview modul di Joomla, preview modul sangat penting, kerana jika kita tidak tahu position, susah untuk kita tambah module, component ataupun plugins. Ok, mari kita pelajari satu persatu langkah. Sangat mudah dan di harapkan dapat membantu anda untuk membina laman web.  How to preview modul position in Joomla 3 templates

Ok, mula mula sekali, sila login CMS administrator, dan selepas berjaya login CMS Administrator, sila ikuti langkah di bawah ini ;

Kamis, Oktober 26, 2017

Hati Hati Dengan Scammer Online

Terkejut aku dapat panggilan pagi ini, dari IPD polis putrajaya dan IPD polis timur laut pulau pinang, kata nya, aku salah seorang suspek langgar lari...yang menyewa kereta bernombor flat pendaftaran WLA 7966. Lepas tu, kata nya (Sarjan Lim), kereta yang langgar lari tu, telah dapat trace di sebuah rumah tempat pemprosesan dadah....dan dadah seberat 3 kilo telah di jumpai di dalam rumah tu.

Aku punya IC dan ATM kad bank telah di jumpai di rumah tu....aku risau dan panik, lepas tu 'sarjan lim' ni transfer talian ke IPD timur laut pulau pinang pula...untuk ambil statement sebelum keluar waran tangkap..katanya aku dah tiada harapan lagi...

Hampir 2 jam, 'sarjan sarjan' ni call aku....aku sedih dan cuba jujur beri statement, seperti telur di hujung tanduk..aku pun pelik, dari satu kes, dah jadi sampai 3 kes..langgar lari, dadah, dan pengubahan wang haram.

Seboleh boleh, sarjan ni nak suruh aku ke pulau pinang....katanya untuk memudahkan dan memberikan kerjasama...aku telah di tuduh memyewa kereta bernombor flat WLA 7966 , toyota vios warna putih, pada tarikh 22 Oktober 2017, di jalan Macalister, georgetown pulau pinang....pada pukul 11.30 Malam....padahal pada tarikh yang sama, aku kat rumah tengah masak meggi.

Rabu, Oktober 25, 2017

Mana Pergi Tu Mat

Kau pergi mana tu mat pagi pagi ni ?...tahu lah sekarang ni musim panas ?...itu lah kisahnya semasa on the way ke tempat kerja tadi, ingat kan ular, rupa rupanya biawak..yela kan, traffic light kat melaka ni....banyak giler, setiap 100 meter akan ada trafic light....dah tu, apa lagi, sambil tunggu 180 saat, boleh lah cuci mata, ingat dapat lah cuci mata melihat orang student MMU lintas depan kau,...tapi sebaliknya, nampak dak mat ni lak...haha

pergi mana tu mat
Besau lak biawak ni.....tangkap jual pun bagus juga...1 kilo dalam Rm3 - 5 tak lari ni...teringat dulu masa kecik kecik....nampak kura kura, tenggiling...tangkap lepas tu jual...yang beli tu siap bawa alat timbang lagi....siap ada minimum berapa ekor lagi...haha, bila duduk kat kawasan kampung, binatang binatang ni...boleh di katakan banyak lah juga..tapi rasa kesian pula bila fikir balik, itu masa dulu dulu, sekarang ni tak buat lagi dah....

Selasa, Oktober 24, 2017

Bersedia Dengan Perkara Yang Baru

Sampai suatu masa, otak kadang kadang jammed, bila login username / password pun salah, nama kawan kawan lama pun kadang kadang tak ingat...lepas tu, barang yang kau letak kat mana, hilang, dan bila kau cuba nak ingat semula..kau lupa kat mana sebenarnya kau letak....aku benci bila nak mencari barang hilang dan nak ingat semula hal hal yang terlalu lama...

Setiap hari kehidupan semakin kita mencabar dan up to dated version dan memang berkaitan di bidang aku iaitu ICT. Kisahnya seperti modul yang kau belajar semasa diploma dahulu, memang sudah tidak relevan untuk di guna pakai pada hari ini di tahun 2017. Dulu kau belajar, susah, tapi budak sekarang, untung, kerana perisian sekarang, dah up to dated. Sebagai contoh, masa tu diploma dahulu, software animasi flash, masih lagi di bawah nama Macromedia, dan masa tu takde lagi CS ni semua....yang canggih masa tu version MX 2004....haha. Sama juga seperti...photoshop, dulu namanya adobe photoshop je kot..belum CS 3 ke apa lagi..(itupun dah lupa), agak mencabar, sebab compile sekali dengan satu lagi software iaitu adobe image ready...yang di gunakan untuk membuat animasi imej.

iklan kurus

Nak di jadikan cerita, kita kena mengikut peredaran masa...dan setiap hari kena belajar dan bersedia dengan perkara dan benda yang baru, jika masih lagi di takuk lama...kita akan ketinggalan, dan boleh duduk didalam gua...

Sabtu, Oktober 21, 2017

Jangan Di Buang

Sorry la kak cicak...aku memang pantang kalau ada cicak berlegar legar dekat dalam rumah, dulu masa kecik kecik, arwah atuk aku..selalu cakap, kalau sesiapa dapat bunuh cicak, dapat duit..seekor dapat Rm 0.50 sen, wah..kalau 2 ekor..dah Rm 1.00...so, target aku...kena dapat at least 20 ekor...sebab, nak beli kereta Audi Tamiya..(tengah top) masa tu..sekotak baru 9.90...

Aku tembak guna senjata yang di beri nama Gunduk...boleh lihat cara nak buat gunduk tu kat sini...senang je nak buat...kalau kena cicak..comfirm tak bangun ...terus kiok ..hee


Sebenarnya, banyak kelebihan nya...dapat pahala, boleh baca kisah cicak di zaman nabi, yang mana, nabi hampir hampir dibunuh..kerana di sebabkan cicak..dan dalam masa yang sama, rumah kita bersih dari tahi cicak...

Hukum membunuh cicak

Kalau beli nasi lemak yang bungkus guna polistrin, ataupun beli air yang ada ikat getah,getah tu jangan lah buang..boleh guna untuk buat Gunduk...

Sampai Di Sini Sahaja

Dah lama rasanya tak join competition macam ini...sebenarnya takdela pandai sangat main game ni..yang penting, confident level kena tinggi...set kan target untuk menang..dan bersungguh sungguh walaupun sekadar santai.

Dan akhirnya...berjaya menempatkan pasukan di kelompok 16 terbaik...

16 kelompok terbaik

Dan seperti kebiasaan, adat permainan , ada kalah dan menang...di pusingan kedua untuk ke 8 pasukan...pasukan aku tewas panalti...erm tak apa lah, yang penting ada lawan dan kalah bermaruah. Sampai di sini sahaja perjuangan pasukan aku..haha

Pertandingan di ayer molek


16 kelompok terbaik

Syabas kepada penganjur..kerana buat pertandingan tertutup seperti ini...takpa next time...boleh cuba lagi...

Susah betul..game PS4 ni..berbeza dengan PS3 dan PS2..(TEKAN DISINI) untuk lihat.

Jumat, Oktober 20, 2017

Badan Sihat Otak Cergas

Sebenarnya dah lama aku tak bersukan...banyak 'bersukan' di smartphone je...maksudnya main game bola, badminton, tenis ...haha, sekarang macam macam game ada di playstore...game mancing pun ada beb....so, dah tak payah nak pergi mancing kat luar..mancing kat dalam smartphone je...ikan pun besar besar.....

Bila mula bersukan lepas waktu kerja....terasa ringan sikit badan ni....tapi lepas tu, sakit sakit badan..kaki dan tangan..tak tahu lah kenapa..maybe banyak angin...Seronok bila bersukan...tak kiralah apa pun permainan, golf, badminton, sepak takraw, bola sepak, futsal, atleast 30 minit....setiap hari, barulah badan sihat otak cergas....kan?

BADAN SIHAT OTAK CERGAS
Kalau dulu sukan yang aku minat..sepak takraw..sukan yang paling best dan menguji ketahanan mental, siapa yang mental tak kuat, comfirm kalah...balik rumah, berbekas birat badan kena libas dengan bola takraw...hehe..pernah main, sampai bergaduh gaduh dalam gelanggang masa terbuka negeri.

Umur dah jejak 33 tahun, kena aktif sukan..asyik kerja siang malam, kaya nya tidak...kena fikir kesihatan badan juga...macam jaga kereta, sampai masa kena service, macam tu juga badan kita...sekali sekala kena 'service', kereta rosak, boleh cari sparepart...tapi kalau komponen dalaman badan kita rosak....mana nak cari ganti ? Hidup hanya sekali...manfaat kan sebaik baiknya..

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Terasa macam chong wei pula...bila main badminton ni...tapi sayang...bila dah lama tinggal sukan ni, pukul shuttle cock pun tak kena....dulu sewa court (gelanggang) seinggat aku lah, lebih kurang RM 6-7 / 1Jam, tapi sekarang RM 10 / Jam....tak apalah, nak sihat punya pasal..

Bila cerita nak bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat ....aku masih lagi merokok...macam mana nak sihat..kalau merokok..takpe perlahan lahan, sekarang ni pun dah kurang hisap rokok...bila tension di tempat kerja dan berhadapan client sahaja hisap rokok....

Semput masa bersukan? ermm ok je kot..stamina masih ada...cuma pukul bola je tak kena...hahahaha, jom kita amalkan kempen BADAN SIHAT OTAK CERGAS...kepada budak budak wicet yang baru nak habis sekolah tu, dari korang bercerita di facebook merepek meraban macam pakar ekonomi, pakar politik, baik korang bersukan.....baru otak cergas, ni tak, dah le otak takde, badan pun tak sihat.

Lawak Betul Lah

Masa berlalu begitu pantas, sampai kan dah jumaat last day waktu kerja pun tak perasan, apa tak nya, cuti umum malaysia pada hari rabu sempena perayaan deepavali...cuti sehari, hari khamis dah kerja semula, bila 'first day' kerja (khamis) terasa macam hari isnin...tengok jadual mesyuarat di email dan di memo (surat) banyak meeting pada hari jumaat (20/10/2017), erm aku pun senyum lah, dan berkata dalam hati (ah, lama lagi pun, baru isnin).

Last minit baru perasan yang sebenarnya 'first day' yang di aku fikir hari isnin tu ialah hari khamis rupanya...blank sekejap...haha.  Biasanya bila waktu di zaman persekolahan je, nak kena ingat tarikh dan hari apa...bila dah melangkah ke alam pekerjaan, waktu, tarikh, tahun pun buat tak kisah je..kadang kadang kena tengok telefon..baru tahu. 

Sampai macam tu sekali aku ni....kan, dan yang kelakar nya, semasa breakfast dengan rakan, boleh pula aku tanya rakan tu, hari isnin ni apa aktiviti...member pula jawab, takde apa apa aktiviti, khamis je sibuk....banyak meeting. alahai.....padahal hari tersebut, adalah hari khamis. Sampai masa, makan ubat jelah, kuat betul sakit nya..haha

Lawak betul lah...

Kamis, Oktober 19, 2017

Pertandingan Online Fifa 2017

tournament _fifa2017

Siap akhirnya design (rekabentuk) bagi tournament online game Fifa 2017 agensi kerajaan, biasa lah, orang nampak macam mudah nak buat design...tapi sebenarnya susah, begitu juga mindset client client yang nak minta buat design..ala senang je..itu lah ini lah..nak design sama macam design yang designer lain buat.

Kalau korang semua nak order design...baru terus hubungi aku di 016 6474201 . Harga boleh runding.. Mengambil tempahan banner, bunting, flyers, magazine, website, sistem dan sebagainya yang berkaitan ICT.


Senin, Oktober 16, 2017

Bulan Yang Sukar Dan Mencabar

Dalam banyak banyak bulan sepanjang tahun 2017 ni, bulan 10 lah yang paling mencabar rasanya...sebab apa mencabar ?  gaji masuk awal kan,  sebab raya deepavali, dan untuk next gaji kena tunggu 44 hari....wah! memang lama tu...biasa nya lah, kalau ikutkan pengalaman masa makan gaji ..gaji biasa nya akan masuk setiap 25 haribulan setiap bulan, dan rutin aku bila hari pertama dapat gaji, selesai kan hutang dulu, contoh hutang kereta, duit anak, bil telefon, duit dapur, bil air, bil api, bila hutang dah selesai, baru dapat gaji bersih...yang part gaji bersih ni..ada sedih sikit lah...haaa

Dalam tempoh 6 hari bermula dari 25 hb hingga ke 1 hb awal bulan yang seterusnya, biasanya...baki dari gaji yang ada...dah tinggal paras paras hidung (nazak)...ermm itu biasa lah. Itu tak masuk lagi kereta kena service, tayar meletup bila on the road, bateri kereta 'kong', anak sakit..hee....itulah kehidupan..semakin hari semakin mencabar..kita kini hidup di zaman inflasi..harga barang dan bil utiliti meningkat melebihi pendapatan, naik tak turun turun.
Terseksa sedikit bulan ni.....sebab akaun bank  syarikat pula, tiba tiba kena terminate, so kena create akaun bank lain yang baru...itupun atleast kena standby deposit RM 2000.00 depend pada bank. Kalau maybank cam tu harganya....alahai...akaun bank kena prepare juga, sebab kalau dapat job, nanti senang nak cheque deposit...kena ada syarikat....dan bank akaun. penting lah juga akaun bank syarikat ni..

Minggu, Oktober 15, 2017

Cuma Minta Pandangan

Kali ni nak minta pendapat dan pandangan dari korang semua lah, ok ke tak template ni ? kalau nak di ikutkan..memang sungguh klasik template ni..kalau nak buat income dan generate SEO, memang susah gile..sebab template ni bukan lah yang mesra SEO...namun setelah di modified berbulan bulan, baru lah dapat rupa blog gini, adjust coding, masukkan plug in, so apa yang kamu semua nampak sekarang ni, bukan default..tapi telah modified..hehe...langsung takde tiru sesiapa dalam menyiapkan template ini, sebab aku bermula menulis blog dari tahun 2006...masa tu domain blog aku, namanya amarmilan.blogspot.com, banyak kisah kisah peribadi, lawak, keluarga dan yang paling banyak artikel mendominasi ialah dari kisah politik...erm

Cuma nak minta pandangan lah...ok ke tak template ini ? boleh komen apa sahaja...lebih baik jika komen itu membina, dan boleh secara teknikal, sebab apa aku perlu kan komen dan pendapat dari korang ? Sebab tahun ni..aku nak cuba untuk generate duit lebih banyak melalui blog ini...

Kamis, Oktober 12, 2017

You Are Not A Tree

Dont make time for people who have no time with you, everyone have right to get the happiness, smiling, and if someone care about you, they will show on actions, no excuse, not only word. Nobody is too busy, it's just a matter of priorities, can change.

Seek your happiness itself, and dont care to people who always story bad about you. Remember, If you have difficult time in your life, no one can help you, they only hear and proud that you have find them.What is past is past,  let goes and slowly fade away, time will tell and explain the truth. People always evaluate what they look, what they heard from others about you, then put the blame on you.

Rahsia Burger

They dont know how strong and hard you struggle in your life. But it is make you will be learn from experience before. People around you, always take for granted and make use of you, then you will be worthless. 

People will love you for purposely and need something, if they dont get what they want, they will change immediately, you will see they true color....and when you are not longer beneficial to their life.

Move.....Move.....If you dont like where you are...you are not a tree. Thats all.

Senin, Oktober 09, 2017

Bengkel Penulisan Akademik

Pada 7 Oktober 2017, aku telah di minta untuk mengajar Penulisan akademik dimana program setengah hari ini dapat membantu  dan memberi panduan kepada pelajar pelajar bagaimana membuat penulisan tesis mereka supaya lebih ilmiah dan akademik.

Banyak kelebihan yang boleh di dapati apabila mengikuti kelas ini antaranya mampu mendapat kan markah tugasan yang lebih tinggi, menjimatkan masa dalam menyiapkan tesis (assignment), installation browser plugin, tugasan mengikut format APA Style..

Alhamdulillah semua belajar faham apa yang cuba di sampaikan, dan yang penting..selepas ini, akan mendapat markah dengan lebih baik dan meningkatkan keyakinan untuk membuat assignment. Sebenarnya kunci kejayaan dalam menyiapkan assignment / tesis ialah banyak rujukan di nyatakan di tesis, itu membuktikan anda banyak melakukan research dan membaca.....dan seterusnya membuatkan si penanda markah, memberikan anda markah tinggi.

Selasa, Oktober 03, 2017

Jangan Sampai Mereka Claim

Jangan kau hina mereka....mereka lebih 'maju' dari kita sebenarnya..aku dalam proses nak menyiapkan tesis semester akhir, carilah mana mana jurnal di internet, sekali sekala kadang kadang, terpoint ke google biasa....biasanya kalau nak dapatkan data akademik di google scholar..hampir kebanyakkannya, data dan informasi berguna datangnya dari negara sebarang...begitu hebatnya penguasaan SEO blog mereka...susah nak jumpa blog dari Malaysia..mungkin bloggers seberang, pandai main keyword.

Perkara lain yang tiada kaitan dengan tajuk Jangan Sampai Mereka Claim... haha , iaitu hati aku masih sakit dengan google...sebab dah lebih 8 kali..kena reject adsense. pui ar....

Kisah Misteri Petang Tadi

Sejak sekian lama dari bangku sekolah SPM 2002 sehinggalah sekarang tahun 2017, tak pernah jadi perkara pelik seperti apa yang berlaku petang tadi, sedangkan handphone aku tiada tunggakan dan masih lagi aktif. Memang aneh dan misteri. 

Seingat aku lah, kalau aneh pun, dulu masa lepasan SMP, adalah seorang lelaki berbangsa india, call aku maki hamun ajak gaduh, katanya, aku selalu teks dan call awek dia....ermm, aku pun tak faham macam mana no hp aku boleh dail nombor dia...masa tu, takde whats app, wechat, telegram semua ni...kalau nak transfer file pun guna bluetooth dan infrared, game yang ada pun game SNOW ICE dan SNAKE...jenis handphone yang aku pakai masa tu, jenis nokia 3310  (butterfly) lupa kod, tapi betul rasanya 3310....aku pun cakap la dengan mamat india tu, woi bang...aku ni Melayu..kenapa aku nak kacau awek india kau, aku pun ada awek juga..ceh!...mamat tu tak puas hati ..dan bagi warning sama aku....ah, pergi lah telokop, malas nak layan, aku cakap dengan dia ...pergi lah report polis..habis cerita, tengok dalam call logs, takde pun nombor awek dia...Ok, stop! apa pun lupakan cerita ini....cerita petang tadi lagi misteri..

Senin, Oktober 02, 2017

Masih Tak Sembuh

Demam dan batuk sampai sekarang tak baik lagi, hampir seminggu, aku langsung takde mood nak ke mana mana apetah lagi nak buat sebarang pekerjaan, dan masa demam ni tiba tiba pula rasa sayang pada blog ni, tuh yang korang nampak update je kan. heee

Kisahnya, aku tak pasti bagaimana boleh demam...rasanya lepas pakai helmet basah, sebab bertakung hujan lebat..lepas tu orang kat jalan raya semua nampak kepala aku macam air terjun mengalir......haha, ah, aku peduli apa, yang kena saman aku bukan korang semua...kan? baik aku pakai helmet yang lembab dari tak pakai langsung...

Sejak dari itu, badan aku dah mula dedau dan batuk selesema, dan faktor lain, apabila bertukar jenis rokok dari rokok mahal RM 17.00 dunhill kepada rokok John RM 4.00 sekotak...murah beb, rasa sama je kot...cuma yang murah ni keras sikit....

Ekonomi tak menentu, barang makin mahal, so, kenalah berjimat cermat....

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi