Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Saturday, November 11, 2017

Ternampak Geng Kunyit Bersama Sama

Selamat hari sabtu semua...apa aktiviti korang semua hari ini ? minggu ini takde program, so, sabtu ahad duduk rumah je..malas nak keluar rumah, sebab cuaca panas..hari ini nak habiskan masa di dapur..nak memasak! mula mula plan nak masak sambal sardin..dan sayur campur...tapi ternampak pula geng geng kunyit bersama sama dekat tepi peti ais....hah, apa lagi, kalau dah nampak geng kunyit, teringat pula masak lemak cili api...! peh sedap tu..ok, kita masak lauk ikan masak lemak cili padi lah!

Bahan bahan yang di perlukan untuk masak lemak cili padi..senang je, kalau ikut resepi aku, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 ulas kunyit, udang kering,  serai 2 batang..dan santan kotak. Sekarang ni nak cari santan original susah sikit...so, pakai santan kotak je...blender bahan bahan tersebut, kecuali santan dan serai ...haha, jangan nanti korang blender santan lak...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi