Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

12 Februari 2018

Siapa Yang Tidak Sedih

Sedih memang la sedih, siapa yang tidak sedih jika insan yang tersayang, saudara mara terdekat atau kenalan rapat, telah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya, memang sedih, dan tiba tiba teringat semula kenangan ketika bersama sama, sayu di hati bila mengenangkan kenangan! 

Aku pernah merasakan kehilangan adik sedara pergi begitu sahaja tanpa di duga, tapi dah tiba 'masa' nya, tiada siapa yang boleh mengelak, mati itu pasti, cuma cepat atau lambat sahaja. Boleh baca artikel sebelum di SINI

Yang menjadi tak faham, bila di waktu kerja, tak masuk pejabat alasan orang kampung meninggal, kawan baik sebelah mak meninggal lah, itu lah, ini lah, sampai ke petang tak masuk pejabat, apa ikut sampai ke kubur sekali ke ? Kan bagus tanam sekali....senang..!

Sedangkan, apabila melawat hanya di luar rumah, bersembang dan berbual seolah olah tak menjadi iktibar kepada diri yang sedang hidup, supaya insaf ! Talkin tu bukan untuk yang telah mati, padahal untuk yang masih hidup, agar menjadi peringatan ...! In fact, this is reality what happen in Malaysia...!

Senario yang kedua, bila mendengar ada orang meninggal, urusan yang penting di dunia terus di tinggalkan begitu sahaja.....sedangkan urusan kematian seseorang itu di permudahkan, dan jika pergi pun, mungkin telah selesai.....! kesudahan nya semua urusan menjadi serba tak menjadi, jika si mati itu mempunyai pertalian tidak lah mengapa, semua tumpang simpati dan faham situasi nya.

Apabila mendengar kematian, sedekah kan al fatihah kepada yang telah pergi, pergilah melawat buat kali terakhir, dan dalam masa yang sama , SELESAIKAN URUSAN DUNIA YANG MANA PERLU, kerana yang telah mati itu, telah pergi buat selama lama nya... kekal abadi di sana, kita yang di dunia ini, perbaiki lah diri ini....seimbangkan urusan

Anda Mungkin Meminati :

1 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih