Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

18 April 2018

Hidangan Pag Pag Yang Menyelerakan

Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia, semuanya serba serbi cukup, walaupun bersederhana, namun aku bersyukur kerana masih lagi dapat hidup aman, makan,minum, walaupun nasi, sambal dan telur dadar sahaja pun itu sudah cukup mengenyangkan bagi aku, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, terlalu banyak makanan melimpah ruah sehinggakan berlaku pembaziran, makanan yang tak habis, di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah ! Lebih ketara apabila tiba bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah tentu banyak juadah yang akan di beli, akhirnya tak habis dan berlaku lah pembaziran, makanan itu di buang begitu sahaja, begitu la bertapa 'kaya' nya rakyat Malaysia.

Mari kita lihat rakyat di luar negara, golongan miskin khususnya luar bandar di philipine terlalu daif dan keadaan ini memaksa golongan ini agar terpaksa 'melakukan aktiviti' untuk menyambung hidup dengan mengutip lebihan sisa makanan di dalam longgokan plastik sampah yang dibuang oleh pekerja pekerja restoran mewah di sana, sebagai contoh, sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini. PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya. Adakah korang semua sanggup melakukan ini jika keadaan ekonomi memaksa ? bersyukurlah hidup di Malaysia...yang mana, semua rakyatnya mendapat 'kemewahan' makanan, sehinggakan berlaku pembaziran...



Sisa sisa sampah yang di kutip pada setiap 12.00 malam ke atas  akan dijual kepada pengusaha kedai yang menghasilkan pag pag, pengutip iniakan mendapat bayaran lebih kurang sebanyak 0.50 sen untuk setiap satu beg berisi pag pag....seterusnya sisa makanan seperti daging, ayam, sayur itu akan di bersihkan, di asingkan kotoran yang melekat, di tumis bahan bahan dan aktiviti memasak akan di mulai...! Terbaik lah pag pag...! hidangan ini sangat popular di filifina...kepada backpackers yang berhajat untuk berkunjung ke filifina dan ingin merasai makanan bajet seperti pag pag...boleh la cuba ya! rasa nya sungguh enak dan lebih bervitamin....!

hidangan pag pag  safirulamar

Kepada orang yang suka membazir membuang makanan begitu sahaja....lihat lah dan tonton video di atas, lihat bagaimana golongan miskin di filifina ini berjuang (struggle) untuk hidup...! lihat lah...agar mampu memberi motivasi ..aku terkesan dan kagum dengan mereka di sana! Teringat masa berada di terminal one seremban suatu ketika dulu, nampak budak punk, makan sisa KFC di meja yang di tinggalkan pelanggan...! itu pun boleh jadi PAG PAG gak...! Kalau nampak iklan pag pag di warung tepi jalan..nak cuba lah! cam sedap je macam dalam gambar kat atas tu..! huhu

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasHapus
  2. ya...bersyukur negara kita masih tidak sampai tahap seperti itu...tetapi kerenah orang atasan yang pentingkan diri amat menyedihkan rakyat..

    BalasHapus
  3. kita harus bersykur apa yang kita ada...
    pembaziran amalan yang tidak baik...

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih