Terima kasih kepada peserta yang hadir di kelas adobe photoshop pada 24 Mac 2018 yang lalu, alhamdulilah semua peserta berjaya menyiapkan tugasan akhir yang di berikan, di dalam kelas ini, peserta di dedahkan dengan setiap penggunaan tools dan fungsinya...banyak perkara yang boleh di buat di adobe photoshop contohnya seperti membina laman web, gambar beranimasi , manipulasi foto dan sebagainya..
Tidak terlalu asas semasa kelas ini di jalankan dan aku memfokuskan kepada tujuan perniagaan, dan satu perkara yang paling penting, kena banyak refer design artwork yang sedia ada sama ada di internet ataupun artwork yang sediaada cetak...seperti majalah, buku, brosure dan sebagainya...bukan apa, tujuannya untuk memberikan idea dan yang paling utama ialah, mesti kreatif! nasihat aku kepada peserta yang telah hadir, kena selalu praktis dan teruskan praktis...usaha tangga kejayaan, idea atau ilham tu akan datang dengan sendiri, apabila kita sentiasa terdedah dengan sumber sumber dari internet ataupun dari sumber lain seperti buku atau sebagainya..