Beruntungnya kita menjadi rakyat di negara Malaysia, semua nya serba cukup, walaupun bersederhana, aku syukur kerana masih lagi dapat makan dan minum, walaupun nasi, sambal dan telur dadar sahaja pun itu sudah cukup mengenyangkan bagi aku..Alhamdulillah, terima kasih Tuhan...sampaikan berlaku pembaziran, makanan yang tak habis, di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah....! Lebih ketara apabila tiba bulan ramadhan bakal tiba nanti....banyak juadah yang di beli, macam untuk makan selama setahun, lepas tu tak habis dan berlaku lah pembaziran...
Golongan miskin khususnya luar bandar di filifina terlalu daif dan keadaan ini memaksa golongan ini agar terpaksa 'melakukan aktiviti' ini untuk menyambung hidup dengan mengutip lebihan sisa makanan di dalam longgokan plastik sampah yang dibuang oleh pekerja pekerja restoran mewah di sana, sebagai contoh, sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini. PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya.
Adakah korang semua sanggup melakukan ini jika keadaan ekonomi memaksa ? bersyukurlah hidup di Malaysia...yang mana, semua rakyatnya mendapat 'kemewahan' makanan....sampaikan berlaku pembaziran...