banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Kamis, Juli 26, 2018

Bengang Hari Ini

Bengang hari ini apabila masuk je ruang lobi untuk ke kaunter nombor giliran...kena keluar pulang...sebab alasan sistem down tergendala! dalam hati aku nak je cakap dengan petugas kaunter tu...kau ingat aku datang sini semata mata nak tahu kau cakap sistem tergendala ke? bila tanya bila sistem boleh ok seperti biasa? petugas tu kata entah! 

Datang naik motor dari alor gajah ke ayer keroh..lebih kurang 13 KM, dengan panas terik lagi...lepas tu cari parking motor , buka helmet, berjalan ke lobi 100 meter..! tapi...bila tiba ke destinasi, sistem tergendala! peh! bengang aku macam ini....sia sia dan tak berbaloi usaha! penat wei...

Apa pun, sebelum gerak pulang walaupun hampa....sempat juga mengucapkan kata kata cinta pada petugas tu....peduli la nak terasa atau tak...nasihat aku pada mana mana agensi, better publish di website atau SMS pada semua pemegang lesen yang berdaftar, beritahu sistem tengah DOWN...so, takdelah menyusahkan customer...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi