banner-2017-mcj bkecik-skytech

Monday, August 06, 2018

Program CSR Di Sekolah

Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, aku dan bersama rakan rakan di tempat belajar, telah membuat aktiviti CSR di Sekolah Rendah Agama (Jaim) Limbongan, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan. 

Pada hari tersebut, kami bersama sama ahli jawatankuasa kelab pelajar, mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, dan lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas. program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Bagi aku program CSR (corporat social responsibility) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan memberikan persepsi yang baik dari masyarakatkepada sesebuah agensi yang menjayakan program komuniti seperti ini.

Ternampak Sesuatu

Pernah juga teringin nak bela kucing suatu masa dahulu, ramai rakan rakan yang membela kucing, hampir suku dari posting mereka di instagram semua berkenaan dengan kucing peliharaan mereka, rasa seronok melihat telatah gelagar kucing bersama penjaga mereka...

Pada suatu malam ketika balik dari kerja, ternampak sesuatu kelihatan seperti kucing jinak ini di perkarangan rumah, comel dan kembang bulunya...dalam fikiran aku, mungkin dia lapar, terus pergi beli makanan kucing paket kecik dan letakkan air di dalam satu bekas....seronok bila lihat kucing tu happy dan menikmati makanan nya...!

Puas juga viral kan.....supaya tuannya datang ambil..tapi tiada siapa yang mengaku kucing mereka...selagi tiada tuan yang tidak tuntut, aku akan jaga nya, seronok bila pergi balik kerja ada 'kawan' yang menemani setia....! cantik dan bersih bulu nya....

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi