Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, March 20, 2019

Use The Right Channel

Sebagai manusia kita mungkin ada melakukan kesilapan dan kadang kala lupa, mungkin di sebabkan faktor umur dan kerap terlalu memikirkan suatu masalah sampai menganggu urusan harian. Topik hari ini, aku nak fokuskan pada relevan kah blog pada masa kini ?

Bagi aku ya masih relevan, oleh kerana blog ini, banyak artikel melibatkan info berdasarkan pengalaman , hands on pembelajaran, tutorial perisian dan sebagainya, at least dapat membantu aku retrieve semula info info begini. Umur pun dah nak masuk pertengahan 3 series..makin cepat lupa, banyak benda nak fikir. Kongsi kan la sesuatu info yang mampu menambah nilai dan memberi manfaat sehingga kita meninggal kelak. Sekurang kurangnya dapat memberi manfaat pada kita.

Pernah suatu ketika di dalam suatu kursus, di tanya oleh penceramah kursus, Buat website dan present prototaip biasa guna platform perisian apa? dan aku pun jawab dengan selamba, guna Photoshop sebab senang nak design dan slicing. Penceramah tu kata, dari segi produktiviti dan kepantasan tidak sesuai dan nasihat dia, USE THE RIGHT CHANNEL, contoh kalau nak present sesuatu pada orang, gunalah perisian powerpoint, bukannya guna Microsoft Excel..erm bab,tu aku kurang bersetuju sebab, setiap manusia di ciptakan berbeza beza kelebihan dan mengikut keselesaan masing masing. kan?

Tapi yang menjadi semakin mengarut, bila menulis karangan dalam twitter. kan menyusahkan ? kenapa tak guna BLOG ? Macammana nak baca cerita panjang berjela, bila tulis dalam twitter...adui..!  


1 comment:

  1. Kan..alamak..saya pun terus blur. Tak apa ambil yang baik2 ja ya Saf

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi