Tertarik dengan suatu cerita berkenaan hadith yang bertaraf (dhaif jiddan - lemah) iaitu pasal 9 nafsu dan 1 akal. Para ulama tidak pernah meletakkan jantina sebagai kayu ukur dalam menilai kekuatan dan kebolehpercayaan seseorang, Wanita juga mampu menggapai kedudukan yang tinggi dalam apa jua bidang yang di ceburi, sekiranya di beri peluang dan ruang yang saksama. Pernyataan wanita mempunyai hanya satu (1) akal dan sembilan nafsu adalah kata kata yang tidak ada sumbernya dalam agama dan tidak wajar sama sekali di sebarkan.

Namun ada ceritanya berkaitan Kisah Akal Dan Syawat Hadis Dhaif di dalam buku IBNU ARABI "Lafaz Allah" Fadhilat dan rahsia rahsianya, ceritanya ialah berkenaan AKAL dan Syawat. Ok, jom kita renung renungkan dan berfikir, Bahawa suami Rabi'ah telah meninggal dunia, maka datanglah Hasan Al Basri bersama sama kawannya, serta meminta izin kepada Rabi'ah untuk masuk ke dalam rumahnya. Rabi'ah pun mengizinkanya masuk lalu dia memasang hijab lalu dia duduk di balik hijab itu. Kata Hasan Al Basri kepada Rabiah , "Sungguhnya Suami mu telah meninggal dunia, engkau harus bersuami lagi.

Kata Rabi'ah, Baiklah, tapi siapakah di antaramu yang paling alim, maka jadikanlah diri saya sebagai isterinya. Lalu mereka menjawab,' yang paling Alim adalah Hasan Al Basri', Kata Rabi'ah , apabila engkau empat soalan saya, maka saya rela menjadi isterimu." Kata Hasan, Bertanyalah, semoga Allah membantuku untuk menjawab soalan".

Rabi'ah bertanya, Bagaimana pendapatmu, kalau saya mati dan keluar dari dunia ini, saya keluar dengan berbekalkan iman atau tidak ? Kata Hasan, itu adalah sesuatu yang Ghaib, dan hanya Allah yang maha mengetahui. Rabi'ah bertanya lagi, Bagaimana pendapatmu kalau saya di baringkan di dalam kubur dan di tanya Malaikat Mungkar dan Nakir, saya dapat menjawab atau tidak ? Kata Hasan, itupun masalah Ghaib dan hanya Allah sendiri yang mengetahui,

Rabi'ah bertanya lagi, apabila manusia sudah di panggil,sebahagian di Syurga dan sebahagian lagi di Neraka, maka saya masuk ke bahagian yang mana ? Hasan menjawab, Itupun soal Ghaib. Kata Rabi'ah lagi, Kalau seseorang telah samar samar dalam masalah empat ini, maka bagaimana dia akan menyibukkan diri dengan perkahwinan ?

Kisah Akal Dan Syawat Hadis Dhaif


Kemudian Rabi'ah bertanya lagi, Hai Hasan , jawab lah berapa bahagian Allah menciptakan Akal ? Hasan menjawab, Sepuluh bahagian, yang sembilan bahagian untuk para lelaki, dan yang sebahagian untuk kaum wanita. Kata Rabi'ah pula, Hai Hasan, berapa bahagiankah Allah menciptakan syawat ? Hasan menjawab, sepuluh bahagian juga, yang sembilan untuk para wanita,  dan sebahagian lagi untuk kaum lelaki.

Rabi'ah selanjutnya berkata, Hai, Hasan, saya saja dapat menjaga sembilan bahagian dari syawat itu dengan satu bahagian akal, dan mengapa engkau tidak dapat menjaga satu bahagian syawat dengan sembilan bahagian akal ? Maka menangislah Hasan dan terus keluar rumah Rabi'ah. Begitu lah penceritaanya berkenaan Kisah Akal Dan Syawat Hadis Dhaif, walaupun hadis ini dhaif, tapi penceritaanya menarik.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. hadis dhaif rupanya..baru tahu, tapi maaflah..kadang bila perempuan jadi ketua, memang kadangkala terlalu beremosi..
    =)

    BalasHapus
  2. pengetahuan baru bagi saya, walaupaun pernah baca 9 per 1 ini

    BalasHapus
  3. terima kasih atas perkongsian...

    BalasHapus
  4. menarik kisahnya walaupun hadis dhaif..

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.