Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, May 06, 2019

One To One Sketchup Drawing

Baru baru ini telah menerima sebuah offer mengajar bagi sketchup 3D, katanya secara one to one, dan kena mengajar dari basic gila sampai la ke peringkat advanced. Harga aku cas tak mahal pun, untuk 5 kali session, termasuk duit minyak, tak lebih pun dari RM 1500. Termasuk duit minyak dan tol pergi balik sekali session dah around RM 170 pergi balik, kalau RM 170 x 5 dah berapa. Orang ni nampak gayanya bersungguh nak belajar sketchup dan kosong betul!, sebab dari apa yang dia cakap hanya tahu tengok sahaja button tools nak tekan pun tak berani..ermm, okay, aku pun setuju. Kesian.... 

Harga RM 1500 tu more on to consept sahaja, dan di akhir sesssion tu nanti aku akan ajar measurement but need step by step baru faham, selama 13 tahun aku mengajar orang, belum pernah aku jumpa manusia yang ambil kesempatan begini. Setibanya aku untuk session 1 di rumah orang tu, apa yang terkejut nya aku, di berinya aku pula material iaitu plan dia dalam JPEG..uh, dalam hati aku lain dah ni, sepatutnya dia kena follow tools dari aku...step by step, takpe aku layankan je, terus skip tools selagi boleh, terus lari dari topik modul untuk first session. Pening dan bertambah pening..aku ajar button 3D dan dia bertambah happy dapat menaikkan model di plan dia....ok, dan aku dapat first payment RM 500 di session pertama.


Session yang ke dua...setibanya aku di rumah manusia ini, aku lihat dia sedang menyiapkan plan dan aku pun mulakan tugasan seperti biasa seperti biasa fokus manusia ini mungkin terganggu dan aku duduk sebelah dia macam orang tonggong....seperti biasa aku selit selit bantu jika nampak dia semakin berpeluh dalam membina plan 3D dia...

Dia beri pula aku file material baru dan buat seperti yang di minta..aku pun buat lah....dan kalau ikut perjanjian, pada session3 akan ada payment...dan seperti biasa sangkaan ku tepat..ternyata session 3 tak akan ada...sebab rasa tools yang penting dia dah hampir cover, yelah tiba tiba je buat drawing plan. ape taknya....

Sebelum pulang ke Melaka, aku di marahi dan di tegur, kata nya....kalau u nak mengajar, mengajar dari step by step...pastikan niat mengajar betul dan kena faham apa client nak ? aku binggung sekejap dan senyum, lepas tu aku beritahu, sampai di disini sahaja dan tiada session 3. Dia tersenyum...! 

Takpa mungkin tiada rezeki aku kali ini.....apa pun cas yang sebenar kalau menyiap kan material plan minimum 3K at least...tapi ada manusia yang hidupnya suka mengambil kesempatan atas kelurusan orang lain. Takpa tidak selamat lah dia dunia akhirat.....

Biasanya kalau one to one, aku ajar step by step tools hingga habis, selepas tu, masuk ke tools, fungsi dan panel yang lebih kritikal, dan di akhirnya, baru develop model step by step. Sabar dan jangan gelojoh, Semua benda nak tahu di session yang pertama....semata mata nak elakkan payment di session seterusnya...erm bagus la terkena kali ni! pengajaran untuk akan datang!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi