banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Rabu, September 11, 2019

Dunia Semakin Pelik

Salam dan selamat sejahtera semua, post kali ini, santai dan sekadar renungan bersama, dan apa yang terjadi di alam realiti anda semua, dunia semakin tenat dengan keadaan manusia yang semakin berbagai bagai karenah. aku bukan lah seorang yang baik, cuma hasil kesan dari didikan mak ayah dan lahir di era 80an, masa tu, adab bila bercakap dan tahap menghormati orang terlalu tinggi, dan akhirnya aku menjadi manusia yang hormat orang tua dan menjadi manusia bertoleransi.

Dari apa yang aku lihat kini, budak budak sekarang langsung tiada adab hormat orang sekeliling, sebagai contoh di kedai makan, apabila mereka berbual bual semua perkataan lucah dan nama haiwan haram semua keluar, jika perlahan tak apa lah juga, ini dah macam perkampungan mereka..bercakap tanpa ambil kira siapa yang ada sekeliling...langsung tak hormat orang. Malu aku pada anak anak...nasib baik anak anak tidak terikut apa yang mereka sebut sebut tadi.

Kisah yang lain, berbeza pendapat dalam ajaran agama, dan berbagai mazhab dan kitab di pelajari, jenis ikut mengikut...dan telan begitu saja, malah, tidak pula di kaji samaada sahih atau berlandaskan AlQuran dan Hadis ? Kita semakin berpecah belah...bergaduh akibat ego dan sombong, masing masing menegakkan kebenaran apa yang mereka pelajari..ikut ikutan yang tidak membawa keberkatan.

Apa yang Al Quran dan sunnah sebut...tak mahu mendalami, tapi hanya mengikuti buta buta apa yang tok guru pondok mereka ajar...apa pun, jika berbeza pandangan, raikan lah  perbezaan itu, jangan sampai mencerca saudara seagama.

Orang putih ada cakap, you give respect, you get respect, janganlah sombong dan bertegur lah sapa. Di luar sana, anda yang tentukan diri anda, jika memilih untuk ke jalan kemusnahan, anda akan terjerumus, dan jika anda pilih ke arah kebaikan, anda akan mendapat kebahagiaan. 

1 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi