banner-2017-mcj outdoor IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Kamis, Oktober 31, 2019

ICT Memainkan Peranan Penting

Zaman kini, ICT memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian khususnya ketika kita berada di ruang kerja, tanpa pengetahuan ICT kehidupan kita mungkin serba tak kena, dan tak sempurna, sebagai contoh, di pejabat bos minta draf surat untuk di hantar kepada pelanggan, lepas tu kau terkial kial, nak tekan butang (keyboard) pun takut, takut sebab meletup (kisah benar), apa maksud ICT ? ICT merupakan akronim atau singkatan kepada perkataan 'Information and Comunication Technology' , maksudnya dalam bahasa melayu ialah Teknologi Komunikasi Maklumat. Ada juga kes yang menggunakan tulisan tangan dalam urusan kerajaan.

Teknologi Komunikasi Maklumat maksud nya kaedah yang di gunakan untuk menghebahkan, memindahkan, atau memaparkan maklumat melalui perantara Teknologi. Sebagai contoh ,  Mesin taip yang suatu masa dahulu di gunakan, (ada roller) tu, kini dengan ada nya perisian prosesor perkataan seperti Microsoft Word, lebih pantas dan mudah di urus bila berlaku kesalahan semasa menaip. Kalau dulu sebelum wujud internet dan komputer, orang kalau nak mendapatkan sesuatu maklumat sensasi atau berita, kena beli surat khabar, tapi, kini dengan adanya komputer  dan internet, orang sudah mula membaca nya di laman web, maksudnya pemindahan maklumat (ke dalam laman web) menggunakan teknologi ICT. Lebih jimat dan dalam masa yang sama, dapat memelihara alam sekitar.


Semalam, ada seseorang  datang berjumpa aku (pegawai kerajaan), mengeluh katanya mengalami kepayahan dalam mengendalikan pekerjaannya, iaitu mengenalpasti jumlah yang paling tertinggi mempunyai tunggakan mengikut kawasan tadbiran. Sistem dan data sudah ada, tapi hasil dari perbualan dapat aku simpulkan iaitu masalah ini berpunca dari pekerja nya, kerana tidak kompeten dan pekerja nya berada dalam comfort zone, cukup masa ambil gaji, dan masalah ini terus berlarutan dari tahun ke tahun, bukan semakin berkurang masalah, tapi semakin menambah...!

Cadangan aku, bukan menambah pekerja, tapi  hantar pekerja nya pergi latihan komputer ICT. Data sudah ada, bila tiada pengetahuan dalam ICT, proses menjadi semakin lembab. Solutionnya, belajarlah ICT sesuai dengan peredaran semasa, apa yang kita belajar 10 tahun dahulu, mungkin tidak relevan di gunakan di masa kini, kerana versi teknologi itu sentiasa up to date dan pantas, hari ini versi 1.0, esok pagi bangun, tiba tiba dah versi 1.1.

Nampak tak , aku dah dapat satu job...latihan komputer..haha, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar perisian komputer seperti, adobe photoshop, Illustrator, Microsoft Word, Powerpoint, Excel, Web Development, 3D Sketchup bolehlah hubungi aku di 016 6474201. 





Belajarlah...cuba dan terus mencuba, try and error, jangan salahkan orang lain, jika diri sendiri tak membuat perubahan. Macamana nak bantu anak anak buat kerja sekolah, kalau tak faham ICT. Cikgu sekolah pun dah pandai suruh anak anak cari maklumat di komputer.



2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi