banner-2017-mcj outdoor IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Minggu, November 24, 2019

Kes Rompakan Dan Pecah Masuk Kedai

Sejak kebelakangan ini, banyak kes rompakan dan pecah masuk rumah dan kedai. Huish..pagi ini, terima berita dari group wasap taman, berlaku rompakan kedai di dalam Taman aku. 

Suspek telah di kenal pasti dan berlegar legar dan tinggal berdekatan taman, pada sebelah petang, ada pelanggan berbangsa india keluar masuk ruang premis tersebut dan sempat bertanyakan ada menyimpan stok telefon original di kedai dan wang tunai, dan Alhamdulillah tidak banyak barang di dalam kedai yang hilang, hanya sebahagian peti cash / wang tunai sahaja termasuk CCTV kamera litar tertutup turut di cabut. Antara kedai yang di pecah masuk ialah kedai makan, kedai jual smartphone / gadget dan lain lain.


Pecah rompakan kedai
Serpihan Barang yang di buang


Kejadian pecah masuk kedai
Rompakan Kedai Di Taman

Berhati hati semua, sebelum tidur pastikan pintu luar berkunci, tingkap semua tertutup rapat. Jangan mudah buka pintu dan  beri orang yang tidak di kenali masuk. 

Berbagai modus operandi di lakukan oleh perompak. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Hati orang lain lain.


Pelancong Asing di Pengkalan Batu
Pengkalan Batu Melaka

Kejadian ragut pun semakin berleluasa, sasaran peragut ini ialah pelancong asing, kejadian berlaku betul betul depan mata aku, benda berlaku sekelip mata, ketika pelancong asing warga china ini bersuka ria melihat pokok getah. 

Kejadian nya berulang ulang, dan polis sudah ambil tindakan dengan mengawasi kawasan ini, caranya datang di kawasan kejadian, ambil gambar sebagai bukti telah mengawasi kawasan itu dan kongsi di group wasap, dan seterusnya makan di kedai berhampiran dan pulang. 

Ermmm....jangan harap kan pihak berkuasa untuk menjaga persekitaran kita, kita yang harus jaga diri dan berhati hati, jangan sampai di kala kita bergembira , kesedihan dan trauma menjenggah pula. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi