banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Sabtu, November 09, 2019

Kursus Microsoft Office Power Point

Cerita pada bulan lepas kalau tak silap, Kursus latihan Microsoft Office Powerpoint kepada guru guru kolej komuniti, di panggil pada minit minit terakhir untuk memberi taklimat dan teknik berkesan, latihan secara hands on kepada guru guru ini, latihan Microsoft Powerpoint ini bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka. Alhamdulillah kursus berakhir dengan jayanya, modul yang di ajar tidak terlalu asas dan sempat juga masuk slot adobe photoshop, excel dan sebagainya add ons bagaimana untuk menjadikan persembahan slide supaya lebih berkesan dan audiens terhibur.

Di akhir kursus, peserta menjalankan tugasan dan mempersembahkan apa yang mereka faham dan pelajari sepanjang kursus, hampir semuannya menepati kriteria tugasan yang di berikan. Alhamdulillah.

Antara yang di pelajari sepanjang Kursus Microsoft Office Power Point ini ialah  seperti membina graf (carta), mail merge, memasukkan elemen multimedia seperti teks,grafik, audio, video dan animasi,snapshot,membina table dan banyak lagi , banyak idea dan teknik teknik di ajar kepada peserta.Inshallah, ada masa berjumpa lagi.


Untuk menepati ciri ciri persembahan terbaik kepada audiens, kita kena kenal pasti siapa audiens kita,latar belakangnya, dan sebagainya, dan perlu wajib ada elemen elemen Multimedia (5 elemen) , apa yang penting slide haruslah tidak membosankan dan kurangkan teks berjela jela, dan paling penting, pengunaan warna mesti kontra dan dominan. (teks dan latarbelakang)

Gambar gambar sepanjang Kursus Microsoft Office Power Point yang berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka..

 kursus Microsoft Office Power Point

 kursus Microsoft Office Power Point


 kursus Microsoft Office Power Point

 kursus Microsoft Office Power Point


Terima kasih kerana hadir, dan moga berjumpa lagi di lain hari, kepada guru guru yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan perisian, boleh buat carian di blog ini di ruangan cari kanan paling atas tu, hanya masukkan kata kunci sahaja dan tekan butang cari. contoh , animated images

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi