banner-2017-mcj bkecik-skytech susupisangnilofa IKLAN SEWA

Kamis, November 14, 2019

Merajuk Di Klinik

Malam tadi nak pergi klinik, ambil ubat demam, tiba tiba budak kecik ni sibuk nak ikut ambil ubat, di klinik Zeref ajak borak sembang berkenaan 'pasal gula gula', 'pasal game apa yang senang menang', 'isu kenapa naik motor pergi kerja' huh dan sebagainya, seperti biasa zeref perangai macam daddy dia juga cakap nak menang je, pandai si zeref nasihat kan orang, 'daddy! jangan la main game mobile legend lagi..! susah ah game tu..kesian, asyik daddy mati je..' , erm seperti biasa lah selepas berbual berkongsi pendapat, salah seorang pasti akan terasa hati. 

Huh, merajuk pula dah , cakap pun tak nak pandang orang, toleh tempat lain, haha, like father like son.  Budak ni kalau merajuk lama, makan taknak apa taknak, diam je.


budak kecik merajuk
Apa yang daddy suka pakai, dia pun suka, sama lah macam abang nya Qayyum Rayqal. Cuma malam tadi Zeref terlupa pakai jam tangan dia, sebab bergegas nak siap siap takut kena tinggal, padahal pergi klinik je pun...Masa balik rumah, singgah speedmart 99 jap, belikan gula gula mentos...erm, bagi kat dia, lepas tu, terus senyum sampai ke telinga..! ermm

Tahun depan dah nak sekolah, pra tadika, abangnya Qayyum dah darjah tiga (3), kakaknya Sofiyyah dah darjah dua (2). Bila Daddy ada, nak bergaduh je, bila daddy takde sibuk cari..love all of you my son and my daughter. Selamanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi