Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative bizness shopee

30 Desember 2019

Keputusan Segmen Bloglist Safirul Amar

Sukacita di umumkan, segmen bloglist dan banner header tamat hari ini, sehari lebih awal seperti yang di nyatakan sebelum ini . Boleh lihat Sini . Ada berberapa sebab kenapa tamat sehari lebih awal antaranya seperti, nak mengurus anak anak sekolah, awal bulan pejabat sibuk gila, senang cakap, sibuk betul ni..tak menang tangan di buatnya, blog pun tak sempat nak lihat sangat, dan yang paling penting sekali, bila bloglist kosong, susah nak blogwalking rakan rakan dan membaca posting blog rakan. Bosan juga...haha, tu yang kalau boleh biar tamat awal sikit...lepas ni dah boleh jengah jengah rakan dan tinggalkan jejak.  

Alhamdulillah, sambutan agak memuaskan dan tiada target pun sebenarnya dari segi jumlah penyertaan di segmen ini. Memang di luar jangkaan sebenarnya dan 'terkejut' masih ada yang aktif dan setia bersama blog masing masing, bercerita dan berkongsi idea, memberi inspirasi dan terus menulis mengikut gaya masing masing. Teruskan, jangan sampai pupus dan hilang dari radar. Ini lah saluran yang sesuai untuk berkongsi idea, bercerita, berkongsi ilmu dan sebagainya.


Anda Mungkin Meminati :

27 Desember 2019

Perkhidmatan Tube Well Terbaik Di Melaka

Perkhidmatan Tubewell adalah proses mengesan, mencari, membina telaga air, kaedah mendapatkan bekalan air mentah yang bersih secara tidak langsung membekalkan sumber air yang bersih sesuai untuk tujuan perladangan, ternakan, pertanian, perumahan (kawasan perumahan) dan untuk kegunaan kilang perindustrian kecil dan sederhana. Syarikat Proctor Solution adalah syarikat pakar terbaik nombor 1 berkemahiran dan berpengalaman luas di dalam perkhidmatan Tubewell Drilling (Pembinaan Telaga Air Bawah Tanah selama 10 tahun) mampu menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan anda. Sumber air bawah tanah yang segar,sejuk, pastinya percuma dan semestinya menjimatkan wang bagi bil air anda. 

Setelah lubang tube di gali, akan di pasangkan paip UPVC berdiameter 4 inci dan di dalamnya 1 inci untuk paip air. Pengerudian di lakukan dalam anggaran 30 meter untuk mencari lapisan akueifer. Kerja membina telaga air ini telah banyak di kendalikan dan di uruskan oleh Syarikat Proctor Solution ini. Jika ada dikalangan pengusaha pertanian yang memerlukan khidmat mencari sumber air bawah tanah dan mengorek telaga tiub dan memasang pam air sila hubungi Proctor Solution di nombor 012-3857825 (Matt Ikram). Servis kami termasuk menyediakan pam air automatik, dan membuat penyambungan terus ke paip utama rumah.



Anda Mungkin Meminati :

26 Desember 2019

Aktiviti Di Hari Cuti Umum

Cuti umum sempena hari krismas ini, aktiviti sihat yang di lakukan ialah seperti berkebun cucuk tanam, membersihkan kolam ikan dan melayan karenah si kucing parsi peliharaan yang comel.

Memang seronok bercucuk tanam, apatah lagi jika membuahkan hasil, seperti sayur sayuran, kalau beli di kedai, kena keluar duit lagi, kan? Gembira bila masak lauk, bahan bahannya dari apa yang kita tanam seperti cili, daun sup, daun bawang, bendi dan sebagainya. Bahagia nya hidup ! Kalau ada masa seperti cuti cuti malaysia macam ini...sempat lah juga buat semua aktiviti seperti tu, kalau tak, biasanya bila balik je dari kerja, sampai rumah makan minum, solat, gaming dan terus tidur, pergi kerja gelap, pulang kerja pun gelap, huhu, bila nak menanam dan hias lanskap ? Haha. 


Anda Mungkin Meminati :

25 Desember 2019

Semoga Di Permudahkan Urusan

Aduh petanda nyanyuk tu dah ada, bila petang tadi aku berusaha untuk siapkan kerja gila gila di pejabat, sebab sangka kan pada esoknya ( cuti umum krismas) adalah hari jumaat..sangka aku cuti panjang sehingga ahad. Rupa rupanya cuti umum raya krismas tu, adalah hari rabu, dan khamis sudah mula kerja...aiyo, hari pun dah lupa ni..! Pening ..

Kalau tahu tadi, boleh buat sambil lewa sebab khamis dah kerja, boleh lah sambung hari tu nanti...hehe. cuti seperti biasa lah, duduk rumah lihat Televisyen dan paling utama, game on! Kalau nak ke bandar , memang takdelah..melaka selalu sesak , dengan traffic light nya berlambak sana sini, hijau 15 saat, merahnya 120 saat. Ermm tak boleh tahan...! 


Anda Mungkin Meminati :

24 Desember 2019

Menu Lunch Hari Ini

Hari ini tak keluar makan lunch, walaupun hati gembira sebab facebook dah tak block url blog, tapi entah la, sejak dua tiga hari ini rasa macam malas nak keluar pejabat, tak tahulah kenapa, masa berlalu begitu pantas, rasa macam baru datang kerja, bila tengok jam, eh, sekejapan dah pukul 3.30 petang, memang cepat masa ! memang masa mencemburui kita, di kesempatan yang tak berapa cukup ni, gigihkan dam usaha juga lah untuk siap kan kerja koding dan design di pejabat, esok dah cuti krismas, maklumlah akhir tahun, memang busy gila...pening, dengan mesyuarat lagi..!

Semua benda nak kena siapkan cepat, seperti esok dah nak kiamat, semua keputusan nak kena buat, sebelum cuti krismas, nak kena buat design krismas la, ucapan tahun baru la, itu la ini la, hasil kewangan nak kena key in dalam sistem, Kadang kadang migrain bila terlalu memikirkan hal kerja, kena siapkan juga, sebab selagi kerja tak siap, takut terbawa bawa nanti di rumah, rosak mood cuti nanti! Kebetulan ada kawan nak ke aeon jusco masa lunch, sempat kirim diorang sotong goreng, minta mereka beli kan...


Anda Mungkin Meminati :

Blog Link Sudah Unblock Dari Facebook

Fuh! pagi ini masa tengah belek belek facebook sambil melihat netizen bawang membawang, tiba tiba terlihat blog page aku yang pernah di posting sebelum ini di facebook, eh wah ! rasa macam nak melompat ah ! Yeah facebook sudah unblocked link blog ? Boleh baca kisah blog di block oleh Facebook di SINI . Sah! dan di dapati tidak bersalah, seterusnya menjadi blog patuh Facebook. Haha, hah apa lagi. terus aku letakkan alamat blog di instagram. Wah! tiada error! bagus ! Syukur Alhamdulillah...berkat doa siang dan malam, 'kemurungan' dan tidak putus putus hantar report pada orang putih tu dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial akhirnya mereka menerima permohonan rayuan ini dan yang membuatkan hati semakin bertambah riang, tempoh blocking itu hanya selama (4) empat hari sahaja. 

Nasib baik tak kena block berbulan bulan dan permanently block. Yelah, sebenarnya, tanpa facebook pun, masih lagi boleh menjana pendapatan dan masih boleh buka blog, cuma kalau boleh kan, biarlah sempurna dan tiada halangan di mana mana saluran, sekurang kurangnya dapatlah meletakkan blog link sesuka hati di blog ( walaupun orang tak baca  dan tekan pun di facebook), kalau tekan pun, mungkin sebab semata mata nak report web sebab ada kebencian melampau ataupun meluat meruap ruap, itu lah haters kan ..!


Anda Mungkin Meminati :

23 Desember 2019

Recall Segmen Bloglist Dan Banner

[Recall] Segmen bloglist dan header blog Safirulamar.com masih di buka penyertaan, kepada yang berminat untuk menyertai, boleh mendaftar di sini . Hujung tahun ni ramai yang sibuk menguruskan persekolahan anak, memang tak di nafikan, tak apa bagi yang tidak sempat dan daftar di saat saat akhir..jangan risau syarat penyertaan sangat mudah, dalam kesibukan menguruskan sesi persekolahan akan datang nanti, masih meriah juga penyertaan segmen ini. Boleh lihat dan blogwalking satu persatu senarai peserta di Senarai peserta yang menyertai Segmen Bloglist dan Banner Header.

Insha'Allah akan ada kejutan, demi menghargai rakan rakan bloggers, ada yang pernah menyertai Giveaway sebelum ini, masih menulis dan ada juga rakan rakan bloggers yang baru kenal menyertai buat pertama kali, apa pun terima kasih di ucapkan kerana menyertai.


Anda Mungkin Meminati :

20 Desember 2019

Menu Makan Malam Hari Ini

Menu makan malam hari ini simple tapi terbaik dan sedap ialah asam pedas ikan parang, tempe, tauhu goreng, buah buahan, dan bayam brazil. Asam pedas pula style parit jawa johor, cair dan berbeza dari asam pedas Melaka, yang pekat dan pedas..cuma yang terbaiknya, bayam brazil tu tanam sendiri, di belakang rumah...

Seronok bila kita makan hasil tanaman yang kita tanam sendiri...perasaan dia lain macam. Bangga dan gembira bila apa yang kita tanam menjadi dan boleh di makan pula tu. Dari tanam semai pokok bunga raya, baik kau tanam sayur..ada faedahnya..


Anda Mungkin Meminati :

Apa Lagi Dia Nak Semua Sudah

Apa lagi la si muka buku hendak ni !, buat perangai pula, semalam petang tiba tiba, keluar error 'Your message couldn't be sent because it includes content that other people on Facebook have reported as abusive,' , huh apa lagi tak kena ni?, kandungan dalam blog ini tidak lah menjurus ke arah kerosakan, melanggar polisi atau salah guna, segala yang bermanfaat di kongsikan bersama dan kisah yang di lalui penulis. Dari semalam menyemak dan kerja keras betulkan koding, mencari puncanya, semua arahan sudah patuh, dan masih lagi tidak boleh kongsi di facebook dan instagram. Rasanya dulu pernah lihat di post blog mana entah, pasal perkara ini iaitu tidak boleh meletakkan url link blog di facebook.

Penat juga memikirkan penyelesaiannya apa yang tak kena sampai kan si mark betul betul marah, siap tak benarkan (kongsi maklumat blog) untuk 'bersosial' di aplikasi miliknya. Meta tag sudah letak dan tiada masalah, clear cookies pun sudah, hantar surat cinta pada mark pun sudah, haha.


Anda Mungkin Meminati :

19 Desember 2019

Akhirnya Telah Perbaharui Sijil

Huh, sebelum ini aku ada buat artikel pasal perbaharui sijil perniagaan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia), baca sini, tapi baru tersentak dari lamunan yang sijil syarikat aku dah hampir lima (5) bulan tak perbaharui renew. haha aduh ! ...minta tolong kawan yang kebetulan runner , minta tolong tanyakan status sama ada sudah out from the system, runner kan ? jumlah kadar denda lewat dan masih boleh renew kah ?

Alhamdulillah, masih ada dalam sistem mereka, dan kadar denda lewat 5 bulan, ermmm....pedih..! Yang sebenarnya, aku terlupa untuk renew, sebab sijil ssm, tak selalu di tangan, di gunakan bila perlu sahaja, certificate ni bukan macam lesen memandu untuk bawa ke mana mana, dah macam sijil tamat sekolah menengah !!, di pendekkan cerita ok begini, senang cakap  pendapatan down, ada, tapi tak banyak, kalau ada , bayaran pun secara tunai....hahaha, satu lagi, berkenaan tamat ke lagi seminggu nak tamat ke, tiada pemberitahuan sms atau emel ye ! Bukan macam toyota service centre yang ada sistem sms yang canggih!


Anda Mungkin Meminati :

17 Desember 2019

Hidup Memerlukan Tolenrasi

Hidup ini memerlukan tolenrasi dan hormat menghormati, macam orang putih cakap, 'You give respect, you get respect', jangan bawa budaya negatif ke dalam diri orang yang positif. Hormat menghormati itu perlu, apatah lagi hidup di bumi Malaysia ini, pelbagai latar belakang kaum, ada melayu, cina, kadazan dan india, dan paling penting, jangan goyah dengan situasi keadaan, teguh pada pendirian, jangan biarkan orang menggunakan kita sesuka hati. Jadi lah diri sendiri dan jangan ambil mudah (take for granted).

Bohong lah jika tiada satu kaum yang tiada sifat 'mementingkan' kaum mereka walaupun di mana mana sekalipun, bukan 'rasis' melampau, cuma 'mengutamakan' . Namun begitu, nilai nilai murni dan harmoni masih lagi di terapkan dalam setiap diri masing masing dengan mematuhi prinsip rukun negara.


Anda Mungkin Meminati :

Jangan Mudah Menilai Orang

Sebagai seorang lelaki dan juga ayah kepada 5 orang cahaya mata, kadangkala banyak memendam perasan dan suatu ketika 'makan hati', bila ada orang perempuan yang berkata, ' Bang lihat orang itu ! , lihat jiran tu! , lihat kawan kawan saya itu!, berjalan sana sini, makan tempat 'high class' , pakai beg berjenama, pakai baju mahal mahal, mesti diorang banyak duit kan. Bukan tiada wang, tapi aku lebih selesa selesaikan perkara yang penting dahulu (bayar tunggakan dan bil bil), agar tidak susah di kemudian hari, lebihan duit, hah, tak payah sebut jiran la, orang tu la , jom! kita pergi! haha ..Sebagai seorang lelaki dan juga ayah kepada anak anak, tiada siapa ayah pun di dunia ini, yang 'tergamak' nak lihat keluarga nya kelihatan 'susah' , semua insan yang bergelar ayah atau suami sentiasa mahukan yang terbaik. Hidup kat Malaysia ni, dah macam hidup zaman inflasi, harga barang lebih tinggi dari pendapatan...! Semua benda nak kena bayar....bil warisan, bil smart meter, bil indah water, bil pintu, bil itu ini...! bil ! bil ! bil ! adoi....

Kalau lah ada duit....semuanya boleh. Jangan lihat pada orang sekeliling yang nampak lebih 'senang' tapi...(sambung sendiri), aku sentiasa motivasikan diri sendiri setiap hari dengan melihat kehidupan manusia yang mana lebih susah...agar aku belajar lebih bersyukur, sehingga terdetik di hati, oh ada lagi yang lebih susah dari aku rupanya, kalau kesempitan, inshallah ada jalan dan di permudahkan. Insha Allah.


Anda Mungkin Meminati :

Hilang Segala Penat Kerja

Hari ini sampai je aku di rumah, pulang dari kerja , terasa badan dan otak, penat lain macam, mungkin sebab banyak lihat komputer di pejabat, rasa macam mengantuk dah level tak boleh bawa bincang dah ni, tapi susah nak lelap...bila nak tidur, rasa serba salah macam ada tak lengkap, serba serbi tak kena !! Yelah, sebab tidur dalam keadaan tidak solat..ah, baik aku solat dulu, takut sambil baring nanti, terlelap !! lepas solat nanti bolehlah rehat kan diri seperti malam malam sebelum. 

Seperti biasa, rutin di waktu maghrib dan isya'..tugasan si Zeref, dia akan bentang / susun sejadah dan kemas lipat semula selepas solat...tapi kali ni, dia buat perangai, dengan sejadah pun, dia nak jadikan permainan, ingatkan dah lipat, rupa rupanya, eh tengah bergulung gulung. Bila lihat telatah anak, rasa terhibur dan hilang segala penat..senyum aku malam ini..


Anda Mungkin Meminati :

15 Desember 2019

Santai Di Hujung Minggu

Sejuk betul bumi melaka minggu ini, mendung dan gerimis sahaja..memang terbaik, sesuai suasananya dengan cuti hujung minggu. Seperti biasa, tengah bulan memang dah tak keluar jalan sangat, faham faham sudah lah..haha. Awal bulan dah shopping sakan, tengah bulan termenung.

Kalau di Melaka, setiap kali hujung minggu ( weekends) ramai yang duduk rumah , sebab sesak gila jalan raya, jalan raya kat Melaka ni banyak traffic light, lepas tu tiada jalan by pass atau flyover sangat...kalau jammed, memang berjam jam terkandas atas jalan raya. Orang luar kalau datang Melaka, dia kata bandar traffic light. Haha..sekali sekala boleh la...ambil feel katanya..


Anda Mungkin Meminati :

13 Desember 2019

Nasihat Untuk Diri Sendiri

Dah hidup hampir 35 tahun di muka bumi ini, dah faham la sikit perangai manusia, ada macam macam jenis sifat dan karakter, masih lagi dalam proses pembelajaran untuk penambahbaikan dalam kehidupan, dalam proses ke arah penambahbaikan itu, aku belajar untuk menerima,memberi,buang sikap buruk sangka, pura pura bebal, dan sentiasa bertanya terlebih dahulu dan tidak melulu dalam membuat keputusan, dan memerhati (observation) orang sekeliling. Bukan 'memilih' dalam berkawan, tetapi pilih lah yang berkualiti, sentiasa positif dan tidak prejudis antara satu sama lain, jika tidak suka, tegur dan belajar menghargai. Bukan membabi buta mengiyakan apa yang orang lain berkata tentang kita, dengan alasan majoriti sekolompok (yang negatif) menyokong. Ada akal boleh boleh fikir. Belajar lah buat keputusan untuk masa depan diri sendiri, bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita juga. Jangan biarkan ketakutan menghalang impian dan kebahagiaan hidup kita.
 
Setiap orang ada sisi baik dan buruk mereka, belajar untuk memahami situasi orang lain dahulu, masing masing mempunyai kehidupan yang berbeza. Tuhan kurniaan kan Akal dan Fikiran tu, dengan tujuan untuk menilai, memahami, mentaksir, mengolah, apabila menerima sesuatu berita, kaji dan selidik berita itu sebelum menyebarkan berita itu. Lain orang, lain pemahamannya. Boleh baca di SINI


Anda Mungkin Meminati :

12 Desember 2019

Peraturan Baru Di Rumah

Ermm sudah ada peraturan baru ya di rumah, bila semua dah ada di dalam rumah ,,lepas solat isyak, di larang main gamedan tak boleh pegang smartphone ,begitu lah kata kata si zeref rayyan ni, huhu..kali ini dia tegas, dia kata lagi, kalau di dapati degil, serta merta dia akan bawa ayam kuning mainan dia yang mengengkelkan tu, dia akan picit ayam tu, memang bunyinya lain macam, kalau di picit ulang kali tanpa henti, rasa macam nak humban je ayam tu, dari tingkat atas ke aras bawah, tapi tak boleh, zeref masih ada pistol untuk melindungi ayam dia tu...

Tapi kan,  yang pelik dia boleh pula main tablet phone . Aktiviti aku kena tengok dia main, dan puji dia menang (walaupun dia kalah main game), sejak peraturan ini di mulakan dua hari lepas oleh si budak kecik ni, hidup aku menjadi lebih sistematik, masa tidur pun awal, dan sepi dari gaming! buat sementara. Dari dengar bunyi ayam dia tu, baik aku pura pura tidur, kesudahannya aku tertidur terus sampai la ke pagi, huh suram ...! Alahai


Anda Mungkin Meminati :

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Hidup ini bukan untuk berduka semata mata, kadangkala perlu ada keceriaan dan tak boleh hidup sorang sorang, tu sebab dalam agama pun, kena berpasang pasangan dan jika masih belum mampu berkahwin, carilah rakan yang boleh memahami dan berkongsi cerita, dan kalau diikutkan dari segi sejarah pun, sesuatu tamadun atau individu yang berjaya, kejayaan hadir bukan secara berseorangan, hidup mesti berkawan, dan mempunyai pasangan yang memahami, mesti ada kumpulan atau individu yang membantu untuk merealisasikan impian.

Di ringkaskan, seperti sebuah kumpulan muzik, yang mempunyai ahli yang lengkap dengan posisi masing masing, seperti pemain drum, pemain gitar, pemain bass, di iringi pengetahuan mengendalikan instrumen, maka terhasil lah sebuah melodi muzik yang indah di dengar, seperti juga sebuah pasukan di dalam bola sepak, di bahagikan kepada berberapa peranan, seperti penyerang, pertahanan, pemain tengah, tiada posisi yang lengkap, maka runtuh lah sesuatu pasukan itu. Taktikal itu penting. Murujuk kepada permasalahan melibatkan komunikasi ini, masing masing ada kefahaman tersendiri mengikut apa yang mereka faham...


Anda Mungkin Meminati :

9 Desember 2019

Segmen Bloglist Dan Banner Header

Sempena akhir tahun ini, cuma nak buat segmen bloglist safirul amar.com , inshaAllah, jika ada rezeki lebih, akan buat Giveaway...syarat syarat nya amat mudah, hanya buat satu (1) posting bertajuk Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar , dan follow instagram aku di SINI ,Itu sahaja. Mudah kan ? haha..keputusan pemenang akan di buat berdasarkan random.org mengikut nombor list penyertaan masing masing yang akan di keluarkan kemudian. Kalau nak lihat senarai peserta mengikut turutan pendaftaran boleh lihat di sini

Hadiah hadiah nya ? Ermm tiada hadiah dalam bentuk fizikal...sebab bukan giveaway kan ? tapi hanya menjanjikan 'hadiah' seperti , dari tempat pertama (1) hingga ke lima (5), akan di masukkan dalam blog list, tempoh ? tempohnya sehingga bila bila  yang di rasakan sesuai tempohnya, mungkin sebulan ? setahun ? selama lamanya ? bergantung pada reputasi blog tersebut, asalkan blog tersebut tiada masalah dari segi broken link error. Contohnya, kerap ubah url link posting setelah di index google, ataupun buat posting selepas tu padam (delete). Selepas mengikuti syarat syarat yang di tetapkan, boleh hantar penyertaan di ruangan komen posting ini


Anda Mungkin Meminati :

Menu Yang Sama Harga Berbeza

Orang melayu memang terkenal dengan budi bahasa nya dan kesopanan dan kesusilaan, penyabar dan semua sifat sifat kebaikan, kalau kau hormat dan layan orang baik, kau akan dapat harga murah...(bergantung), tapi jangan buat kat KFC atau Mc Donald lak..haha, harga dah fix tu. 

Begitu juga di kedai makan, aku pun kadang kadang marah juga, bila berjam jam tunggu, perut dah lapar, tapi pekerja kedai tak ambil order lagi, nak kena panggil baru datang, bagaimana anda ? bila berhadapan dengan situasi begini? Marah? Mengamuk? Angkat kaki jalan ? Kalau aku, angkat kaki jalan, malas nak panjang cerita, lagi banyak bercakap dan berdebat, banyak la pula nanti tindakan yang lain pula...kan?  Kalau marah marah masa order makanan, takut harga masa kira nanti kena tekan mahal, hah..menyesal pun tak guna. 


Anda Mungkin Meminati :

4 Desember 2019

Urusan Hari Ini Di PermudahkanNya

Syukur hari ini, semua urusan kerja di permudahkanNya, tiada apa apa masalah berbangkit, hal yang rumit menjadi lebih mudah, ada sahaja solusi nya, terlintas sahaja penyelesaiannya ,dan dalam masa yang sama, hari ini rezeki murah , dari pagi hingga ke petang senyum sahaja, rakan belanja makan dan minum. Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah. 

Kerja akan lebih mudah, apabila kita memudahkan urusan orang lain, jangan la terlalu 'strict' dengan prosedur, benda boleh ringkas, permudahkan lah ! Jangan di beratkan sangat proses kerja asalkan tidak melanggari etika dan salah guna.


Anda Mungkin Meminati :

3 Desember 2019

Terserempak Dengan Pakcik Ini

Dulu ada seorang rakan pernah tegur kalau jumpa orang tua, orang compang camping, pengemis, atau sesiapa sahaja asalkan pelik, layan je, kalau orang tu ajak berbual, borak lah, kalau orang tu minta duit, sedekah kan apa yang ada. Aku pun tanya dia kenapa wei? Dalam kepala otak dah fikir macam macam, contoh nya oh, mungkin hidup di dunia ini sementara, bina la hubungan baik sesama manusia, bak kata Ustaz di taman aku, " Ibadah seorang muslim itu bermasalah jika dia tidak baik hubungannya dengan sesama muslim lainnya". 'Hablumminannas' , bina lah hubungan baik sesama manusia, baru ibadah kita menjadi betul.

Rakan aku pun jawab soalan aku tadi, kenapa kalau jumpa orang compang camping, orang pelik, atau orang tua kena layan dia baik baik ?, dia kata mungkin orang itu malaikat, siapa tahu? mana tahu 'dia' saja nak test manusia. Mana tau, kau bagi dia seringgit, tahu tahu dalam beg duit kau tiba tiba ada RM 1000.00. Wow! Terbaik rakan aku ni (Kesan dari banyak tengok cerita kartun dan drama kungfu hongkong) begini la jadinya. 


Anda Mungkin Meminati :

2 Desember 2019

Barang Yang Di Pesan Telah Tiba

Yeah, barang yang aku pesan (order) secara atas-talian (online) hari itu, akhirnya telah tiba di rumah, apa yang aku order hah? Haha...untuk makluman korang, aku order wallet (beg duit) baru, yelah wallet aku kan hilang haritu, tercicir entah ke mana, boleh baca kisah wallet hilang di sini penat juga lah nak selesaikan urusan kad kad baru, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kad bank. Penat turun naik bangunan UTC Melaka, nasib baik ada UTC, semua agensi setempat ! Alhamdulillah, urusan aku di permudahkan oleh Nya. Syukur Ya Allah..

Beg duit yang hilang tu, memang aku sayang sangat, berjenama dan tahan lasak, mungkin di sebabkan lebar dan panjang itu lah antara salah satu faktor tercicir , mungkin lah. Bahaya wei. Kadang kadang kita cuai, dan tak selalunya nasib menyebelahi kita. 

Pesanan beg duit kali ini, kembali ke beg duit yang lebih 'kemas' ,pelik, murah dan pendek. Harap harap lepas ini aku tak cuai..! Kalau boleh biar lah berkekalan sampai bila bila...


Anda Mungkin Meminati :

Harap Bersabar Dengan Dugaan Ini

Bila hujan lebat turun, perkara yang paling di takutkan sekali ialah paras air naik sehingga terjadi banjir kilat, kejadian ini berlaku semalam di Melaka, berberapa kawasan di Melaka di naiki air, dan penduduk yang terlibat dalam banjir kilat ini di tempatkan di berberapa kawasan, sementara paras air kembali surut.  

Semasa kejadian, aku berada di luar Melaka dan di maklumkan banjir kilat di sekitar Ayer Keroh dan berberapa kawasan sekitar. Ketika itu, aku dalam perjalanan pulang ke Melaka. Fuh, nasib baik rakan beritahu, tangkas dan pantas! untuk mengelakkan kenderaan tersangkut, aku guna alternatif exit simpang ampat. Harini, Alhamdulillah paras air semakin surut dan kerja kerja pembersihan di jalankan...banyak juga kenderaan yang tersadai dan tenggelam...kepada yang terbabit, harap bersabar dengan dugaan ini.


Anda Mungkin Meminati :

Kehidupan Anda Baru Bermula

Baru baru ni viral kisah sekumpulan 'monyet', ops sorry sekumpulan manusia yang meraikan 'kebebasan' tamat peperiksaan seterusnya tamat dari sekolah, dalam masa yang sama menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Memang meriah kelihatan seolah olah tiada lagi hari esok. 

Oleh kerana kisah ini berlaku di Melaka, ramai juga lah rakan rakan luar negeri yang mesej aku menanyakan berita ini , dan aku hanya mampu reply, 'apa kena mengena dengan aku , cerita ini?' Pandangan dan nasihat aku dengan nada tegas kepada budak budak tak berapa empuk yang terlibat ini, kehidupan anda baru bermula.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih