Pagi ini semasa tengah semak status rakan rakan di facebook melihat netizen mula menjalankan kerja bawang membawang, tiba tiba terlihat artikel blog aku yang pernah dikongsi di dalam facebook, biasanya kalau kena banned dari facebook, semua url ink yang pernah di share akan hilang buat sementara, pelik. Adakah facebook sudah tidak menyekat (ban) blog aku di facebook dan instagram? Boleh baca kisah blog di block oleh Facebook di SINI .

Eh, jap semak di instagram, cuba tekan pada url blog, wow, boleh tekan dan sudah menjadi blog patuh Facebook. Wah! tiada lagi keluar error, bagus, Syukur Alhamdulillah ya Allah, hampir kemurungan saya di buatnya, dan usaha menghantar report pada orang putih (facebook dan instagram) dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial akhirnya mereka menerima permohonan rayuan ini dan yang membuatkan hati semakin bertambah riang, tempoh di sekat itu hanya berlaku selama (4) empat hari sahaja. 

Nasib baik tak kena sekat (ban) berbulan bulan ataupun permanently block. Terbaik lah Blog sudah tidak di sekat facebook dan instagram. Artikel blog pun sudah boleh kongsi di facebook. aku ada sediakan Cara Cara Memastikan Blog Tidak Di Sekat  Oleh Facebook, di ruangan bawah ini.




Cara Cara Memastikan Blog Tidak Di Sekat  Oleh Facebook

Banyak tips dan panduan dari google di ambil, berulangkali juga lah report tulis 'My Blog Is Totally Not Spam' and  ayat seperti 'This is my personal blog, this is not spam" . Terima kasih juga kepada rakan rakan blog yang banyak membantu memberi tips berguna, terima kasih kepada bloggers hasrul hassan kerana provide me, meta tags untuk facebook. dan kata kata dari nya yang paling menarik ialah 'jangan mudah menerima kawan yang di luar circle life kita, hati hati dan jangan mudah accept request dari kawan yang tidak di kenali'. Ok faham!

Lepas tu, di instagram, cuba snapshot laman profile instagram kita,  kenapa instagram ? kenapa tidak facebook ? kena ingat, instagram dan facebook tu company nya sama, instagram tu milik facebook, dan report terus di , Pergi ke Setting di Instagram, selepas itu pergi ke Help --dan Report A Problem

Attach kan gambar profil yang kita Screenshot dan tulis masalah yang kita hadapi. Ayat yang aku tulis lebih kurang berbunyi seperti ini "Hi Instagram teams, I can't put my URL blog on my profile instagram, this is my personal blog and only share good information and just share or wrote my personal life I experienced before, I thought might have some haters or individual may report me purposely hate intention, deliberately intent to make my blog down and hate my blog as a individual issues, hopefuly, you may hear on others side, like me, please , kindly remind you, my blog is Not SPAM. Totally not. thanks".


Cara Cara Memastikan Blog Tidak Di Sekat  Oleh Facebook
Pada esoknya, saya hantar lagi report teks yang sama di instagram, haha, akhirnya dalam masa (4) hari url blog ini telah pulih dan telah di buka semula oleh Facebook. Fobia la nak kongsi di facebook lagi, seram, untuk tujuan keselamatan, sekarang ni tengah setting privacy di timeline facebook, dan tengah filter rakan rakan di facebook, mana yang tidak aktif, silent reader akan terus di remove. Bukan kejam, tapi ambil langkah berhati hati. Buat apa nak simpan 'parasit', biar la kawan tak ramai, asalkan apa yang ada ni,berkualiti dan aktif.

Memang sakit hati kalau kita tak boleh alamat url blog di facebook sebagai contoh error teks seperti ini Your message couldn't be sent because it includes content that other people on Facebook have reported as abusive . Oh mungkin, sangkaan aku tepat, facebook mengambil kira, report dari stranger yang report blog as a abussive. Orang report kita, kita kenalah memberi maklumbalas pada facebook dan terangkan keadaan yang sebenar. Sambil report tu, sambil berdoa pada Allah, agar di permudahkan segala urusan dunia fana ini. Akhirnya, menjadi blog ini menjadi blog patuh facebook! 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.