banner-2017-mcj outdoor IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Senin, Desember 02, 2019

Harap Bersabar Dengan Dugaan Ini

Bila hujan lebat turun, perkara yang paling di takutkan sekali ialah paras air naik sehingga terjadi banjir kilat, kejadian ini berlaku semalam di Melaka, berberapa kawasan di Melaka di naiki air, dan penduduk yang terlibat dalam banjir kilat ini di tempatkan di berberapa kawasan, sementara paras air kembali surut.  

Semasa kejadian, aku berada di luar Melaka dan di maklumkan banjir kilat di sekitar Ayer Keroh dan berberapa kawasan sekitar. Ketika itu, aku dalam perjalanan pulang ke Melaka. Fuh, nasib baik rakan beritahu, tangkas dan pantas! untuk mengelakkan kenderaan tersangkut, aku guna alternatif exit simpang ampat. Harini, Alhamdulillah paras air semakin surut dan kerja kerja pembersihan di jalankan...banyak juga kenderaan yang tersadai dan tenggelam...kepada yang terbabit, harap bersabar dengan dugaan ini.


Paras air naik mendadak
Melaka Mall, Ayer Keroh

Huh, bila hujan lebat berlaku, biasanya kawasan sekitar ini yang tenggelam dulu, sudah banyak kali berlaku, puncanya mungkin dari pemparitan sekitar yang tersumbat. Pernah juga kenderaan aku tersangkut di sini ketika hujan lebat, ketika itu, nasib baik aku parking di aras atas bangunan ini, lama juga la nak tunggu air surut...lepas surut baru aku turunkan kenderaan dan pulang ke rumah...! Bila berada dalam bangunan, kadang kadang tak perasan pun yang di luar sedang hujan lebat...bila keluar je ke kenderaan, tahu tahu dah tenggelam kereta. 

Pihak berkuasa sudah boleh mengkaji dan membaik pulih parit dan sekitar bangunan ini, aku tak faham sangat, cuma berbekalkan sedikit ilmu, cadangan aku elok lah di buat kawasan tadahan hujan di sekitar kawasan ini. 

Kesian makcik dan pakcik yang kenderaannya tersangkut di dalam air, buat masa ini, tiada kemalangan jiwa terjadi, cuma kerosakan harta benda sahaja. Kepada yang terbabit dengan musibah ini, harap bertabah dan sabar sementara menunggu bantuan tiba. 


Paras air naik mendadak

Tadi lalu dekat kawasan ini, air telah surut dan pekerja pekerja pembersihan 'berhibur' pesta menangkap ikan...fuh! Rezeki korang, malam ni goreng ikan lah...! 

Paras air naik mendadak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi